Saturday, November 14, 2015

Nota Karangan P1



NOTA: KARANGAN TIDAK BERFORMAT
PENGGAL 1

Kelemahan dalam aspek bahasa amat ketara. Pelbagai kesalahan bahasa dapat dikesan,antaranya termasuklah binaan ayat dan unsur lewah. Lewah bahasa yang dikesan  ialah “antara faktor-faktor”, “adalah merupakan”, “selain daripada itu”, “pada masa kini” dan “antara lain-lain faktor”.

Calon membuat kesalahan bahasa yang banyak melebihi 21 kesalahan. Dari segi ayat, aspek kesalahan yang banyak ialah tiada subjek atau predikat menjadikan ayat tergantung. Selain itu, terdapat banyak ayat tergantung disebabkan menggunakan kata hubung seperti “tetapi”, “malahan”, “justeru”, dan sebagainya. Di samping itu, terdapat ayat majmuk yang menggunakan kata hubung yang salah contohnya, ayat majmuk pancangan komplemen,ketererangan dan relatif menjadikan ayat tersebut salah dan amat janggal. Ayat yang menggunakan kata hubung ala bahasa inggeris paling banyak ditemukan. Calon amat gemar memasukkan kata hubung “di mana” , “yang mana”, dan “ini kerana”. Ayat yang demikian tidak diterima dalam bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan calon hanya menyebabkan calon hanya mampu mendapat 1-4 markah bahasa.

Calon juga didapati gagal merancang penulisan karangan menyebabkan isi berulang. Kelemahan paling ketara juga calon STPM tahun ini masih belum menguasai teknik menulis karangan. Mereka menulis karangan yang pendek iaitu kurang 500 patah. Hal ini menyebabkan markah terpaksa dipotong. Saya amat berharap modul ini dapat memperbaiki kelemahan pelajar tersebut.



PEMARKAHAN KARANGAN

P          :           Pendahuluan
                        3 m       : tepat dan jelas
                        2 m       : kurang tepat dan kurang jelas
                        1 m       : tidak tepat / pendek / meleret

I           :           Isi Sokongan( hanya 4 isi=12 markah penuh)
                        3 m       : isi – tepat, huraian – jelas
                        2 m       : isi – masih tepat, h – masih jelas
                        1 m       : isi dan huraian – lemah


K          :           Kesimpulan
                        3 m       : baik dan meyakinkan
                        2 m       : masih baik dan masih meyakinkan
                        1 m       : tidak meyakinkan / pendek



Pengolahan
AB : 13 – 14
            P - kemas & teratur, ada tautan yg. kukuh; perengan – baik
           
B   : 10 – 12
P - masih kemas & masih teratur tetapi ada bhg. yang tidak koherens; perenggan  baik


S            : 07 – 09
            P – masih kemas tetapi aspek koherens & kohesi kurang memuaskan; perenggan – masih baik
           
L    :     04 – 06
P – krg. kemas & tidak teratur; koherens & kohesi, tidak memuaskan; perenggan – krg. baik

AL  : 01 – 03
            P – a.l., tiada koherens & kohesi; perenggan – l

Ringkasan Markah bahasa
Amat baik -                13-15 = kurang 6 kesalahan ayat
Baik -                         10-12 = 6-10 kesalahan
Sederhana -                7-9m = 11-15 keslhn
Lemah  -                     4-6m = 16-20 kesalahan
Amat lemah - 1-3m = 21 dan lebih



PANJANG KARANGAN

l  PERLU TULIS ANTARA 600 HINGGA 650 PATAH PERKATAAN
l  Jika lebih 700 = bahagian yang lebih tidak dibaca dan diperiksa

Jangan tulis karangan pendek

Jika jumlah patah perkataan tidak mencukupi 600 – 650 p.p, penolakan markah akan dibuat:
Jangan lakukan kesilapan berikut:

Tulis karangan yang pendek (kurang 650 patah perkataan)
Tulis karangan yang panjang lebih 650 patah perkataan
Buat banyak kesalahan ayat/ bahasa
Tulisan buruk seperti ‘cakar ayam’
Tidak  cukup isi


Monday, September 21, 2015

Solat di angkasa

SOALAN:

BAGAIMANAKAH CARA MENUNAIKAN SOLAT DI ANGKASA?



JAWAPAN:

Angkasa ialah udara, langit. Angkasa lepas bermaksud ruang lapisan udara yang mengelilingi bumi.

            Mengikut buku garis Panduan Ibadah Di International Space Station, ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa), cara pelaksanannya adalah seperti berikut:

Pertama: Penentuan Kiblat.

Mengikut kemapuan berdasarkan urutan berikut:

KaabahUnjuran Kaabah.Bumi



Kedua: Penentuan Waktu Solat.

Lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi) mengguna pakai waktu solat tempat berlepas (dengan penyesuaian untuk kawasan melebihi latitude 45’ utara mengikut buku Kaedah Panduan Falak Syarie angkasawan.



Ketiga: Cara Menunaikan Solat.

Solat boleh ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada’Pelaksanaan rukun fi’li (perbuatan) solat adalah dengan mengikat diri angkasawan mengikut kesesuaian keadaan di ISS berdasarkan urutan berikut:Jika tidak berupaya berdiri tegak, hendaklah berdiri secara membongkok.Jika tidak berupaya berdiri hendaklah secara duduk. Seseorang boleh melakukan rukuk dengan dahinya setentang lutut atau lebih utama setentang dengan tempat sujud.Jika tidak berupaya duduk, hendaklah secara berbaring mengiring di atas lambung kanan dan bahagian tubuh mengadap kiblat.Jika tidak berupaya baring hendaklah secara menelentang.Jika tidak berupaya secara menelentang, hendaklah secara isyarat mata bagi setiap pergerakan solat.Jika tidak berupaya juga hendaklah dengan hati iaitu menggambarkan dirinya berdiri, rukuk, sujud dan seterusnya.Pelaksanaan rukun qauli (perkatan) solat adalah sama seperti di bumi.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Bekas Memasak Makanan Haram

Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Q & A Bersama Felo Penyelidik Fatwa

Hukum Menggunakan Alat Memasak Yang Pernah Digunakan Untuk Memasak Babi.

ISU:

Saya ada sedikit persoalan berkaitan hukum menggunakan alat memasak yang pernah digunakan untuk memasak babi. Mengikut bacaan saya ada hadith Nabi yang mengatakan hukumnya makruh, tetapi jika tiada alat lain yang boleh digunakan, boleh digunakan dan cukup sekadar dengan mencuci seperti biasa tanpa perlu disamak. Mohon penjelasan hukum lebih lanjut.

PENJELASAN:

Hukum asal sesuatu bekas adalah bersih dan suci; sama ada digunakan oleh seorang Muslim atau orang bukan Islam, kecuali jika diyakini bekas itu telah terkena najis. Oleh sebab itu majoriti ulama berpendapat, dibenarkan seorang Muslim menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam.

Namun begitu, jika diyakini bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram seperti daging babi, maka hukum menggunakannya setelah dibersihkan adalah makruh.

Ini berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah, beliau berkata kepada Rasulullah saw, "Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?" Jawab Rasulullah saw, "Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.

Sabda Nabi Muhammad saw dalam hadis tersebut: " Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu..." menunjukkan makruh menggunakan bekas atau alat memasak yang digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram dan najis setelah ia dibasuh.

Imam al-Nawawi menjelaskan, "Larangan makan menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis." (al-Nawawi, Syarh sahih Muslim, jil. 13, hlm. 80)

Namun cara membersihkan atau membasuh bekas atau alat memasak tersebut perlu merujuk kepada jenis najis. Jika najis itu, najis mutawassitah seperti cawan yang digunakan untuk minum arak, maka cawan itu perlu dibasuh sehingga hilang kesan arak itu. Tetapi jika najis itu adalah najis mughallazah, maka cara membasuhnya adalah berbeza.

Menurut Imam al-Syafi'e dan ulama bermazhab Syafi'e, najis mughallazah adalah babi dan anjing. Oleh itu, jika bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak daging babi, maka bekas itu wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan air bercampur tanah. Hukum ini diqiyas kepada cara membersihkan bekas yang dijilat oleh anjing sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, "Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu tujuh kali dan salah satunya bercampur tanah." Menurut Imam al-Syafi'e, babi adalah lebih kotor berbanding anjing, oleh itu cara membasuh bekas yang terkena babi juga perlu dibasuh dengan cara yang sama (al-Khin et.al., al-Fiqh al-manhaji, jil. 1, hlm. 54).

Berdasarkan keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 yang telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat: "Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’e dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya."

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Makan Belangkas?

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalahdiharuskan.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Hukum berinai

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalahdilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Buat Muslimah

#TakeThisNoteGirls Wahai Muslimah tolonglah berubah , dunia telah mencapai kata akhir , jangan leka dngan fesyen pakaian , Jangan taksub dgn dunia , sedarlah pakaian melambangkan diri anda . Pakai jubah tapi bawah singkat hngga nmpak kaki . Ada pon yg berstokin tapi still pakaian ketat sendat . Ada pon yg labuh tapi masih gagal utk melindung punggungnya . Ada pon yg dah lindung punggung tapi syg dada masih terbukak utk tayangan . Ada pula dada yg dah trtutup tapi make up berlebihan hingga tabaruj . Ada pon muka yg natural asli tanpa make up tapi syg sanggul yahudi di belakang masih mnjadi ikutan . Ada pula sanggul nya rendah tapi syg tinggi nafsunya mengukir kening . Ada yg kening dah sempurna tpi melukis inai ditangan pula mnjadi budaya . Ada pon dari semua sudut telah sempurna tapi sayang niat hanya sekadar mngikut fasyen ! ''Ya allah jadikanlah kami para wanita , kaum yang melindungi dan dilindungi dari segala godaan syaitan dan dunia, kami bukan lemah tapi kami kuat menerima hasutan , adakalanya kami tewas dengan mereka :( , Ya allah aku pohon kekuatan dari mu untuk melalui sisa sisa dunia ini . Biarlah hanya kafir menjadi kafir . Jgn kafirkan kami hanya kerana gagal dalam mengenakan pakaian muslimah . Kami pohon jauhkanlah kami dari gelaran PUTERI DUNIA yang memaksa kami tewas bergelar BIDADARI SYURGA kelak ''. Semoga penulis ini diberkati Allah S.W.T. Saya sekadar berkongsi.

Friday, September 18, 2015