Tuesday, March 20, 2012

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN SMK PUTRA


Semoga teks ini dapat membantu para pelajar. Teks ini saya ubah suai daripada rakan-rakan blog untuk panduan semua pelajar.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T  dan SALAM 1 MALAYSIA
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Ruhani bt Salleh(sekiranya Tuan Pengetua tiada di sekolah gantikan dengan Pentadbir yang tertinggi )
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
  Pn Hajah Norhamidah bt Muhamad – Penolong Kanan Pentadbiran.
  Tuan Haji Mazlan bin Muhamed – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Pn. Hajah Noriah bt Zakaria – Penolong Kanan Kokurikulum 
   Tuan Haji Ahmad Nazli bin Abbas-Penolong Kanan Tingkatan 6
  Encik Hamdani bin Hamid-Penolong Kanan PPKI
Yang Dihormati Guru-guru Kanan Mata pelajaran dan Guru  Cemerlang.
Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah- NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, marilah sama-sama  kita membaca ummul Kitab.  Al-Fatihah.
  1.  NYANYIAN
    Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri  dan lagu
    Sekolah. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama –sama dengan iringan muzik. / tanpa iringan muzik.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian  sebentar tadi. Semua guru dipersilakan duduk.


2.            LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan.

Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi. 

3.            UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan.

                Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

4.            UCAPAN PELAJAR TINGKATAN 6
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Saudara/Saudari dari Tingkatan 6A 1/2 ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________________bagi berkongsi idea tentang isu-isu semasa. Semoga rakan-rakan pelajar  dapat mendengar dengan teliti dan mencatat sebagai nota .
Majlis merakamkan ucapan terima   kasih kepada  Saudara/Saudari____________ atas  perkongsian ilmu itu  tadi.
5.            UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
 Dipersilakan.
 
      -  Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh    Tuan Pengetua / Penolong Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran dan amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.
6.            DOA
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz
1.Ustaz Sukri bin Yunus/2.Ustaz Mohd Kahar bin Daud/3.Ustaz Mazlan bin Muhamed
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

                        -Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Al fadhil Ustaz_____________________atas bacaan doa itu tadi.

6.            PENGUMUMAN(jika ada)
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ;
(sila dapatkan nama dengan guru pengawas)

.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah Encik/Puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata pelajaran, Guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Surah Al-Asr.

Ø  pelajar diminta  tunggu di tapak perhimpunan/bersurau mengikut barisan masing-masing