Perkongsian ilmu dari page Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka.
Friday, September 5, 2014
Cegah Kemungkaran
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Khamis, 9 Zulkaedah 1435H. AMNM ?
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman." (HR : Muslim)
PENCERAHAN :
Amar Makruf Nahi Mungkar (AMNM) mesti dijalankan dalam semua peringkat masyarakat. Bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara hinggalah ke alam sejagat. Bukan terletak kepada penguasa, pegawai pencegah maksiat, pendakwah, ustaz-ustazah, imam atau AJK masjid dan surau sahaja. Atau 'Admin' sahaja...
Janganlah kita hanya menuding jari kepada pihak penguasa dan bertanya, mengapa tidak dilaksanakan AMNM? Sedangkan di dalam keluarga kita sendiri masih ada yang tidak sembahyang, masih ada yang derhaka kepada Allah dan Rasul, derhaka kepada ibu bapa, cuai mendidik anak isteri. Isteri tidak taat suami. Anak-anak degil dan melawan ibu bapa. Ini semua adalah perkara mungkar yang perlu dicegah sebelum parah.
Di Akhirat nanti, apabila Allah tanya kita, mengapa dibiarkan anak tidak tahu sembahyang, adakah kita akan menjawab, kerana pemerintah tidak jalankan AMNM? Sedangkan dosa itu adalah dosa kita, maka kitalah yang akan menanggungnya...
Kata Sayidina Ali r.a : "Tidaklah turun bala kecuali dengan dosa dan tidak diangkat melainkan dengan taubat." Antara bala yang diturunkan Allah jika tugas amar makruf nahi mungkar ini diabaikan ialah:
1. Zikir tidak diterima Allah walau sebanyak mana sekalipun.
2. Taubat tidak diterima oleh Allah SWT
3. Doa tidak makbul, terhijab.
4. Iman terancam. Maksiat akan bermaharajalela dan gejala sosial meningkat. Ini akan mengganggu orang yang hendak beribadah.
5. Allah datangkan pemimpin yang zalim.
6. Di akhirat nanti orang ramai akan tergantung kepada orang yang mengabaikan tanggung jawab melaksanakan AMNM ini sedangkan dia mampu (ada ilmu, kekuasaan dan keupayaan fizikal).
Dr Afif Abdullah Fattah Thabbarah dalam bukunya, 'Dosa Dalam Pandangan Islam' menyatakan: “Mendiamkan perbuatan mungkar bererti ikut berdosa, dan dosanya akan dipikul oleh semua anggota masyarakat, kerana berdiam diri bererti merestui perbuatan itu.”
Mengikut Imam Ghazali, apabila masyarakat sunyi daripada AMNM akan terkeluar daripada kelompok orang mukmin. Mengulas ayat 71, surah at-Taubah, beliau berkata: “Apakah anda belum memahami ayat ini? Ayat itu mengatakan bahawa siapa saja yang tidak mahu menjalankan AMNM, bererti ia telah keluar daripada golongan orang beriman. Oleh kerana perbuatan AMNM adalah ciri khas dan sifat umat Islam.”
CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW :
1. Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat
2. Berdakwah secara diplomasi
3. Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang lebih besar
4. Memberi hadiah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam.
5. Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah
6. Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam
7. Menceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar
DAPATKAN CCUK VERSI BUKU DAN RAKAMAN LIVE DVD TIDAK LAMA LAGI...
KESIMPULAN :
Amar Makruf iaitu ajakan kepada kebaikan rasanya agak mudah dan ramai yang mampu melakukannya. Tetapi Nahi Mungkar atau mencegah kemungkaran yang nampak di hadapan mata adalah sangat mudah dilafaz tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan. Percayalah...!! Wallahu a'lam - Yang baik digalak, yang buruk dielak ! Ukay's

Subscribe to:
Posts (Atom)