Friday, February 11, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH


Maulidur Rasul:
Sejarah dan Ikhtibar
Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul Awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda S.A.W
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W

Tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

NABI YATIM PIATU

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian baginda dipelihara oleh Datuk baginda Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudara baginda pula mengambil alih tugas menjaga baginda sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana-mana termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawa baginda berdagang ke Syam dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab-kitab suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang-orang Yahudi dan Nasrani mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya.

PENGAJARAN/IKTIBAR

1.            Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2. Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas muka bumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang -orang yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dengan mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah  yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda.
4.            Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.            Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya.
6.            Kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. Antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.            Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.



No comments:

Post a Comment