Thursday, February 10, 2011

Sejarah Sekolah

              
             Sejarah tidak dapat dipisahkan daripada setiap manusia yang hidup.  Sejarah terlalu dekat dengan setiap individu.  Oleh itu, mustahil  sekiranya pelajar SMK Putra mengatakan mereka tidak minat belajar Sejarah.Setiap perkara,setiap benda yang terdapat di dunia pasti ada sejarahnya. Bagi Edisi Pengenalan ini saya ingin kongsikan dengan anak-anak SMK Putra tentang sejarah Sekolah kesayangan kita.
               SMK Putra telah dibuka pada Januari 1997 dengan  nama asalnya SMK Lubuk Kawah.Pengetua pertamanya, Encik Ismail bin Haji Shafie. Nama SMK Putra yang kita sebut hari ini ditukar pada 1 Januari 1999.  Sejarah SMK Putra mendapat nama ialah bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, al-Marhum Y.T.M. Tuanku Abdul Rahman  Putra Al-Haj. Penggunaan nama PUTRA sebenarnya merupakan simbolik kepada ciri-ciri kebangsawanan, ketinggian martabat,kehebatan diri dan keilmuan yang ada pada negarawan ulung yang kita kasihi dan keistimewaan inilah yang ingin diterapkan dalam  jiwa dan minda anak-anak PUTRA.
               Nama SMK Putra turut dipilih mengantikan nama asalnya iaitu SMK Lubuk Kawah kerana sekolah ini tidak terletak di kawasan atau mukim Lubuk Kawah. Selain itu, pemimpin tempatan  dan guru yang berkhidmat di sekolah ini juga menyokong nama baru tersebut. Hal ini berikutan urusan surat menyurat sering tersalah alamat dengan SK Lubuk Kawah.
               Begitulah Sejarah SMK Putra mendapat nama yang indah ini dan penuh dengan pengertian. Semua pelajar pastinya mempunyai Sejarah masing-masing. Oleh itu kita perlu menghargai setiap sejarah yang berlaku disekeliling kita.  Tanamkan dalam diri masing-masing untuk menghargai sejarah. Sayangi sejarah bermakna kita menyanyangi diri sendiri. Lebih banyak kita mengetahui tentang sesuatu sejarah bermakna kita lebih menghargai diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment