Bhg. | Aspek | Markah | Masa (Minit) |
A | Karangan | 50 | 90 |
B | Rumusan | 20 | 40 |
C | Alih Bentuk Teks | 15 | 30 |
D | Analisis Kesalahan Bahasa | 15 | 20 |
JUM. | 4 Bahagian | 100 | 180 |
MATLAMAT SUKATAN PELAJARAN
- Menguasai kecekapan berbahasa setaraf peringkat intelek
- Meningkatkan keupayaaan berbahasa untuk kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya
- Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis berasaskan pemikiran logik
- Menyampaikan dan menerima maklumat –maklumat dengan berkesan
OBJEKTIF SUKATAN
Membina Kecekapan:
i. Mengungkapkan fikiran dengan menggunakan bahasa yang
betul dan berkesan
ii. Memahami bahan yang beraneka jenis, gaya tentang pelbagai perkara
iii. Memperluas idea dengan cara yang tersusun, padat dan meyakinkan
iv. Penggunaan bahasa seperti ejaan,kosa kata,tatabahasa dan ungkapan mengikut konteks
yang sesuai
v. Merumus kandungan pelbagai bahan bacaan dan mengungkapkannya kembali dengan
tepat dan jitu.
vi. Menganalisis dan menginterpretasi rangsangan daripada pelbagai bahan
vii. Mengalih bentuk sesuatu penulisan kepada bahan yang lain
viii. Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa
Tujuan Pengujian
- Mengemukakan isi-isi yang releven bagi setiap soalan karangan.
- Menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang,lancar, dan berkesan
- Menyusun isi mengikut urutan yang sesuai
- Menyampaikan dalam bentuk wacana yang utuh.
- Menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai
URUTAN MASA : SEBUAH KARANGAN
URUTAN KERJA | MASA |
Tulis rangka karangan | 20 minit |
Tulis pendahuluan | 7 minit |
Tulis isi sokongan | 46 minit 8 mnt 1 isi (6isi) |
Tulis kesimpulan | 7 minit |
Buat penyemakan | 10 minit |
JUMLAH | 90 minit |
No comments:
Post a Comment