Saturday, March 26, 2011

Sila pastikan apakah kunci bagi pendahuluan berikut dan tema yang digunakan



CONTOH PENDAHULUAN
Laporan


1.0       Pendahuluan

            Kini, perkataan “jenayah” tidak asing lagi kepada kita. Perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dan agama itu tidak harus dicuba. Sesiapa yang mencuba jenayah ringan, seperti menyeluk saku, memeras ugut, dan menipu misalnya, tidak mustahil mereka akan beralih pada jenayah yang lebih berat, iaitu merompak, merogol, bahkan membunuh. Malangnya, gejala tersebut turut dilakukan oleh golongan remaja yang menjadi aset penting negara. Kini, bilangan kes jenayah, khususnya yang melibatkan remaja semakin bertambah dari semasa ke semasa. Baru-baru ini saya mewakili Kementerian Dalam Negeri ditugaskan menyediakan laporan tentang kegiatan jenayah yang melibatkan golongan remaja berserta dengan cadangan mengatasinya.
Apakah kunci soalan:___________________
Tema yang digunakan;__________________

Pendahuluan:
                       Semangat kejiranan bermaksud semangat bersatu padu yang perlu dipupuk dalam sesebuah masyarakat seperti amalan bekerjasama, tolong-menolong, dan hormat- menghormati jiran. Walau bagaimanapun, semangat kejiranan ini semakin diabaikan oleh sebahagian besar masyarakat di bandar. Hal ini demikian kerana mereka lebih bersikap “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2”. Menurut Y.A.B Datuk Najib Tun Razak, sikap ini boleh menggugat kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil oleh semua pihak agar fenomena ini tidak berlanjutan.
Apakah kunci soalan:_________________________________________________
Tema yang digunakan;________________________________________________
Pendahuluan:

                        Media massa tempatan kerap melaporkan berita mengenai kemalangan jalan raya di negara ini. Kadar kemalangan pula didapati meningkat dari setahun ke setahun. Perkara yang amat menyedihkan kita ialah kadar kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia sehingga ada pihak yang menyatakan bahawa jalan raya menjadi pembunuh utama rakyat negara ini. Fenomena ini memperlihatkan bahawa jalan raya di Malaysia seolah-olah tidak selamat digunakan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.   
Apakah kunci soalan:_______________
Tema yang digunakan;______________

Pendahuluan

                        Persekitaran yang bersih menjadi idaman setiap manusia. Situasi yang sedemikian bukan sahaja menarik dipandang tetapi dapat menjamin kesihatan penduduk setempat. Walaupun begitu, banyak kawasan di muka bumi ini tercemar. Masalah ini menjejaskan kualiti alam sekitar dan sekali gus mendatangkan masalah kepada hidupan. Pencemaran air laut yang serius ternyata mengancam hidupan akuatik. Pencemaran udara pula mendedahkan manusia kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Sehubungan dengan itu, punca pencemaran alam sekitar perlu dikenal pasti dan langkah mengatasinya  hendaklah dilaksanakan dengan berkesan.
Apakah kunci soalan:________________________
Tema yang digunakan;_______________________

No comments:

Post a Comment