Tuesday, April 12, 2011

MENGALIH BENTUK PROSA KLASIK



  1. Baca teks dengan teliti dan fahami maksudnya dengan tepat.
  2. Bahasa klasik banyak dalam bentuk pasif dan panjang-panjang ayatnya. Jadi anda perlu menukarkan dan memecahkan ayat tersebut kepada ayat aktif yang lebih pendek dan menepati bahasa moden.
  3. Anda hendaklah mengenal pasti subjek ayat terlebih dahulu dan padankan subjek dengan predikatnya seterusnya ayat-ayat komplemenya.
  4. Bagi kata-kata klasik yang tidak diketahui maknaya, anda hendaklah menggarap maknanya dengan melihat ayat sebelum dan selepasnya.
  5. Perhatikan watak-watak yang terlibat serta persekitaran kejadian itu dan kemudian mempersembahkannya dalam prosa melayu moden.
  6. Bahasa istana perlu dikekalkan.
  7. Kata-kata pangkal ayat seperti ‘syahdan, hatta, kalakian dan lain-lain perlu digugurkan kerana kata-kata ini tidak digunakan lagi dalam bahasa Melayu moden.
  8. Jangan tokok tambah dengan idea sendiri atau memberi ulasan dan tafsiran.

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM TEKS KLASIK

1.      Bahasa yang digunakan amat terikat dengan bahasa dalam teks yang diberikan

2.      Jawapan berbentuk laporan atau menceritakan semula.

3.      Tidak mengalih ayat demi ayat tetapi mencedok cerita asal daripada teks dan mengolahnyakembali dengan gaya calon sendiri.

Menulis ayat binaannya panjang-panjang dan berbelit-belit, seperi bahasa Melayu lama
contoh:
Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan dibubuhnya racun, lalu ditaruhnya di dalam dulang emas.
jawapan
Paduka Liku membuat tapai dan memasukkan racun ke dalam tapai itu. Paduka Liku meletakkan tapai ke dalam dulang emas
Setelah sudah lalu disuruh persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri. Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan  yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.
 jawapan:
Dia meminta dayang-dayangnya menghantar tapai itu kepada permaisuri. Dayang membawa hidangan itu yang kelihatan amat menarik sehingga tidak dapat menimbulkan syak bahawa hidangan itu telah bercampur dengan racun.


No comments:

Post a Comment