Saturday, April 9, 2011

SENARAI KESALAHAN


PERLU TULIS ANTARA 650 HINGGA 700 PATAH PERKATAAN
Jika lebih 700 = bahagian yang lebih tidak dibaca dan diperiksa

Jangan tulis karangan pendek

Jika jumlah patah perkataan tidak mencukupi 650 – 700 p.p, penolakan markah akan dibuat:
550 – 649                 = tolak 2 markah
451 – 549                 = tolak 4 markah
450 ke bawah           = tolak 6 markah

Jangan lakukan kesilapan berikut:

Tulis karangan yang pendek (kurang 650 patah perkataan)
Tulis karangan yang panjang lebih 700 patah perkataan
Buat banyak kesalahan ayat/ bahasa
Tulisan buruk seperti ‘cakar ayam’
Tiada aspek koheren & kohesi (tiada kesinambungan perenggan)
Tidak  cukup isi


KESALAHAN KRONIK
  1. Tiada kata kunci
  2. Kata kunci tidak lengkap
  3. Isi dalam pendahuluan
  4. Tidak faham kehendak soalan
  5. Terpesong isi(TR)
  6. Campur isi dalam 1 perenggan-punca dan langkah
  7. Kesimpulan terlalu lemah
  8. Tiada isu semasa,peribahasa,cogan kata
  9. Soalan dalam ayat penyata
  10. Format laporan salah-sila rujuk format
  11. Kesalahan menyebabkan markah isi  0 (kosong)
  12. Kesalahan pendekatan.
            akan
            telah
            mungkin
            sekiranya
Jangan suka-suka hati guna perkataan tersebut.
1. Pengulangan kata jamak
     Rakyat-rakyat-rakyat
  Masyarakat-masyarakat-masyarakat
  1. Antara punca-punca-Antara punca/punca-punca
  2. Pada masa kini- Kini/ Pada masa ini
  3. Banyak kes-kes
Salah pemilihan kosa kata
  1. Mengemaskini jalan raya
  2. Lebih suka membuka benda-benda yang tidak berfaedah.
  3. Bermain game
  4. Berchatting
  5. Dable line
  6. Melanggar lampu isyarat
  7. Bermacam-macam
  8. Berbagai-bagai
  9. Bermain komputer
Kesalahan : pelajar ketandusan idea
  1. Ulang ayat dalam pendahuluan
  2. Ulang ayat kunci dalam setiap perenggan- permulaan perenggan
  3. Hal ini demikian kerana-dalam setiap perenggan
            (gantikan: situasi tersebut, perkara ini, Hal tersebut, dan lain-lain yang sama 
             maksudnya) bagi menerangkan sebab dalam ayat.
  1. Ulang isi  - pastikan anda membuat rangka karangan(wajib)
Tidak menguasai istilah:
  1. Pelabur asing : ditakrif sebagaipendatang asing
  2. Kemalangan jalan raya: kesesakan jalan raya
  3. Membuka facebook- melayari laman sosial seperti “facebook….
Remaja :  dikatakan belia…kanak-kanak!!!

No comments:

Post a Comment