Monday, September 19, 2011

Tafakur Seorang Hamba Allah

http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/tafakur-seorang-hamba-allah/10150201782151719

Tafakur Seorang Hamba Allah

by Mohd Fadli Yusof on Sunday, April 3, 2011 at 10:24pm
Seorang hamba Allah bertafakkur mengenang hari-hari yang bakal dilaluinya, setelah lebih empat puluh tahun diizinkan Allah mengecapi nikmatNya di dunia ini. Betapa dunia ini bukan sahaja sementara malah terlalu singkat kalau dibandingkan dengan Akhirat. Satu hari di Akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun di dunia. Andainya Allah SWT beri peluang untuk hidup hingga mencecah usia 65 tahun itu ertinya bersamaan dengan 45 minit menurut perhitungan Akhirat. Ya, sehari di akhirat itu umpama seribu tahun di dunia.

 وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ

"...sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu yakni akhirat adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung." (Al-Hajj 22:47)



Andainya diambil kira masa tidur dan masa alam kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dan masa yang terbuang secara sia-sia mungkin kehidupan sebenar dalam keadaan penuh sedar hanya sekitar 30 minit menurut masa Akhirat.

Hamba Allah itu melepaskan keluhan alangkah tidak bermaknanya kehidupan dunia ini berbanding kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Namun dia merasa hairan bagaimana dirinya lebih asyik memburu kehidupan singkat ini sehingga melupai kehidupan yang abadi itu.

Ya, aku manusia, makhluk yang sering lupa. Sesungguhnya manusia ini memang lalai dan leka serta mudah lupa akan hakikat kehidupan.

Di waktu lain hamba Allah tersebut membayangkan betapa indahnya syurga penuh nikmat yang tidak pernah terlintas oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga. Di syurga tiada sebarang kesusahan, kesakitan atau keresahan. Tidak panas yang merimaskan dan tidak sejuk yang membataskan pergerakan.

Sesuatu yang dinikmati seribu tahun tidak hilang rasa nikmatnya. Para bidadari disediakan paling kurang 70 orang. Kekuatan lelaki pada ketika di syurga seratus kali ganda. Kenikmatan yang berlapis-lapis itu tidak pernah menjemukan. Dan apa saja yang terlintas atau diniatkan akan menjelma secara spontan.

Kemudian dia terbayangkan pula neraka yang penuh azab sengsara. Seorang yang paling ringan seksa neraka ialah dipasangkan kasut dikakinya yang dicipta dari bara api neraka, apabila dipakai mendidih otaknya. Itupun dia merasakan seolah-olah kemuncak segala azab. Betapalah kalau menerima seksa neraka yang sebenar. Percikan api neraka itu andainya jatuh ke bumi nescaya hancur seluruh bumi ini. Lantaran itulah maka Nabi Yahya a.s melarikan diri ke bukit memencil diri dan menangis tanpa henti hingga di pipinya ada kesan aliran air mata.

Demikian indahnya syurga dan begitu azabnya neraka lalu hamba Allah itu bertanya kepada dirinya sendiri, "Apakah yang engkau mahu wahai diri?" Lantas hatinya sendiri menjawab, "Aku mahu kembali ke dunia dengan penuh penyesalan dan aku mahu memenuhi seluruh umur dengan berbuat kebajikan."

Selepas itu hamba Allah itu kembali sedar dari tafakkurnya dan dengan penuh keinsafan dia berkata: "Eh! Mengapa aku minta kembali ke dunia untuk menyesal, bertaubat dan berbuat kebajikan? Bukankah aku kini sedang berada di dunia? Untuk apa aku minta kembali ke dunia di saat aku tidak mungkin akan dikembalikan lagi ke dunia ketika penyesalan di Akhirat nanti?"

"Apa amal yang telah kubuat bagi bekalan di akhirat nanti?" Hamba Allah itu terkenangkan betapa sedikitnya amal yang dibuat, sedang usia telah melebihi 40 tahun. Kecut perut mengenangkan apa yang dipesan Imam Al Ghazali:

Anakku tercinta,
Semaklah nasihat Rasullullah ﷺ ini. Tanda-tanda kebencian Allah terhadap seseorang ialah ketika ia menyia-nyiakan waktu dengan melakukan hal-hal yang tiada guna. Umur seseorang akan berlalu, tetapi jika ia tidak menggunakannya untuk beribadah yang diperintahkan Allah, pantas ia menyesal sepanjang masa. Barangsiapa telah berumur lebih dari empat puluh tahun, sedangkan amal baiknya belum mampu mengalahkan amal buruknya, bersiap-siaplah ia masuk neraka.

Neraka? Neraka yang itukah? Neraka yang Allah sediakan bagi hamba-hambaNya yang berdosa, yang engkar dan derhaka. Tak mungkin aku tertahan merasai azab neraka yang amat dahsyat itu. Tak mungkin aku sanggup menelan zaqqum, sejenis buah neraka yang amat pahit rasanya, menjadi makanan rasmi penduduk neraka. Tak mungkin aku sanggup meminum air panas yang menggelegak, yang diminum tidak puas-puas, malah bertambah dahaganya. Terburai perut tetapi terpaksa terus makan dan minum minuman neraka.

Aaahh! keluh berat hamba Allah itu, mengenang nasib yang belum tahu. Dia tahu Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Maka dia bertaubat. Apakah taubatku di terima? Nasibku belum tahu. Wahai diri...menangislah selalu, agar tangisan airmata itu akan memadamkan julangan api neraka buatmu..pujuk hati kecil si hamba Allah.

Anak-anakku? Isteriku?..oh! itu amanah Allah. sudahkah aku mendidik mereka agar mentaati Allah? Bukankah Allah telah perintahkan,

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim 66:6)

Berapa banyak ilmu yang telah ku ajar. Berapa banyak syariat yang dapat mereka patuhi. Berapa banyak derhaka yang telah mereka buat...yang semua itu akan menarikku tersungkur walau sudah dipintu syurga. Banyak lagi yang belum ku buat. Walau kini nampak mereka taat, alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah, tapi biarlah ketaatan itu ikhlas kerana Allah.

Air mata mengalir dan terus mengalir dari dua mata si hamba Allah. Mata? oh mata, satu nikmat yang Allah beri agar hamba itu dapat melihat kebesaran dan keindahan Allah. Tapi untuk apa mata itu digunakan selama lebih empat puluh tahun ini? Untuk bersyukur atau untuk kufur akan nikmat Allah itu? Berapa banyak haram yang dilihat, walau ditolak-tolak, namun nafsu tetap menguasai..akhirnya kalah jua. Itu baru mata, belum lain anggota.

Hamba Allah itu memejam matanya, gelap dan kelam pandangan. Bagaimana agaknya gelap dalam kubur nanti? Apa cahaya yang kubawa untuk menerangi alam barzakh itu?

Hamba Allah itu teringat Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Seorang manusia apabila diletakkan di dalam kuburnya, dan sahabatnya berpaling pulang dan dia mendengar suara sandal mereka, akan datang kepadanya dua Malaikat dan mendudukkannya, dan bertanya, Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apakah Agamamu? Maka dia menjawab: Allah adalah Tuhanku, Muhammad adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku. Terdengarlah seruan dari langit, Benar hambaku, hamparkan baginya tikar di syurga, lalu angin dan wangi surga datang kepadanya. kemudian diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya yang tiada lain amal solehnya" (HR. Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi)

Amal soleh? Apa amal soleh yang sudahku buat? Rasanya aku belum berbuat apa-apa yang soleh. Maka berazamlah hamba Allah itu, akan beramal soleh, namun terasa kepayahan dek kerana nafsu ammarah masih bersarang dijiwanya. Nafsu yang senantiasa mengajak kepada kejahatan.

Namun dia tetap yakin, Allah tidak akan mensia-siakannya. Dia cuba bersangka baik dengan Allah yang Ar-Rahman, Ar Rahim, Al Ghafur. Bila dikenangkan kemurahan Allah, Maha pengampunnya Allah hati yang bergelojak itu kembali tenang.

Lalu hatinya berdetik, "Ya Allah, Wahai Tuhanku. Bila mengenangkan Qahhar-Mu, Jabbar dan
Syadiidul  ‘iqab-Mu, rasa mahu putus jantung hatiku, kerana tidak lepas dari seksa-Mu. Hamba-Mu rasa bagaikan tiada harapan, siapakah yang dapat membersihkan diri ini dari dosa yang memburu setiap hari?

Tuhanku, bila aku mengenangkan Ghofurur-Rahim-Mu, putus asaku menghilang, semangat pulih semula, lalu harapanku pada-Mu subur kembali."

Maka hamba Allah itu terus menerus memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosanya yang lalu, serta berusaha membuat bekal amal bagi hari-hari yang payah di barzakh dan akhirat nanti.

Dia mengingatkan dirinya, "Wahai diri, ingatlah kehidupan Akhirat itulah kehidupan yang hakiki dan kekal abadi. Janganlah kerana memburu nikmat sedikit di dunia ini hingga derhaka kepada Allah SWT, yang akibatnya terlepas dari nikmat yang tidak terhingga lagi kekal. Janganlah kerana takut kepada kesusahan sedikit di dunia ini hingga lalai dari mentaati Allah SWT, hingga menanggung azab neraka yang dahsyat dan kekal."

محمد فضلي بن يوسف
29 Rabiul Akhir 1432H
03 April 2011

Silakan tag@share
(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150201782151719)

Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd , hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Langit Dan Bumi Ini Milik Allah, Kita Khalifah-Nya

http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/langit-dan-bumi-ini-milik-allah-kita-khalifah-nya/10150381461841719

angit Dan Bumi Ini Milik Allah, Kita Khalifah-Nya

by Mohd Fadli Yusof on Monday, September 19, 2011 at 11:20am
Kita dicipta sebagai hamba dan khalifah-Nya, agar kita mentadbir alam Tuhan ini mengikut peraturan yang ditetapkanNya, dalam sebuah manual yang diturunkan bernama Al Quran, dengan suluhan petunjuk dan pedoman Rasulullah ﷺ.

لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ

"Dia lah (Allah) sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Hadiid 57:2)

Sabda Rasulullah ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya”. (HR Malik)

Al Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ merupakan peraturan Allah sebagai panduan hidup manusia. Langit, bumi dan segala isinya adalah kepunyaan Allah. Maka Allah jugalah yang berhak membuat peraturan-peraturannya.

Allah sediakan peraturan itu untuk manusia menggunakan dan menjalankannya. Manusia wajib mengikuti peraturan Allah itu. Mereka tidak boleh mengikuti akal sendiri, tidak berhak membuat peraturan sendiri. Peraturan Allah itu, jika tidak dipatuhi dan diikuti, akan hancurlah dunia ini,

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

"Lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia." [Q.S. Ar Rum : 30:41]

Itulah yang sedang berlaku dalam dunia hari ini, secara menyeluruh dan sejagat, peraturan Allah tidak dipatuhi lagi. Undang-undangNya dipandang sepi. Tidak diamalkan dari peringkat yang paling kecil (individu), apatahlagi dalam mengatur keluarga, masyarakat, negara, hingga alam sejagat.



Logiknya, bila ada orang membaiki kereta BMW menggunakan manual kereta kancil, walaupun kedua-duanya sama, sebuah kereta, pastilah kerosakan yang dialami kereta BMW itu akan bertambah parah, bak kata pepatah, bagai tikus membaiki labu. Membaiki kereta BMW mesti menggunakan manual atau panduan, atau peraturan yang telah disediakan oleh tukang reka kereta BMW.

Logiknya, bila ada orang membaiki kereta BMW menggunakan manual kereta kancil, walaupun kedua-duanya sama, sebuah kereta, pastilah kerosakan yang dialami kereta BMW itu akan bertambah parah, bak kata pepatah, bagai tikus membaiki labu.

Lihatlah dalam diri kita, sudahkah kita mengatur hidup kita mengikut peraturan Allah itu? Sudahkan perintahNya kita patuhi dan laranganNya kita jauhi?

Lihatlah pula dalam kita mengatur kehidupan keluarga dan rumahtangga kita. Sudahkan mengikut peraturan Allah itu? Sudahkah perintahNya kita patuhi dan laranganNya kita jauhi dalam rumahtangga, dalam mendidik isteri dan anak-anak, dalam mencari rezeki sehari-hari?

Lihatlah dalam skop yang lebih luas lagi, sudahkah peraturan Allah itu kita laksanakan dalam masyarakat? dalam negara? Atau kita gunakan manual yang lain selain Al Quran dan Sunnah?

Kita hidup dibumi ciptaan Allah, malah kita juga ciptaanNya, adakah patut kita menggunakan cara yang lain selain yang ditunjukkannya untuk kita hidup sebagai khalifah dan hambaNya?

Peraturan yang Allah tetapkan, itulah sunnatullah.

وَلِلَّهِ يَسۡجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعً۬ا وَكَرۡهً۬ا وَظِلَـٰلُهُم بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ

"Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela (tau'an) atau dengan terpaksa (karhan) dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (Ar-Ra'd 13:15)

Hukum atau sunnatullah yang berbentuk karhan (terpaksa), mahu tidak mahu terpaksa dipatuhi oleh manusia, yang mana jika melanggarnya, risiko atau pembalasannya serta merta. Contoh: Allah tetapkan, kalau nak bernafas, mestilah menggunakan udara. Semua orang menerimanya. Jika ada yang menolak, lalu ingin bernafas menggunakan air, tentulah dia akan lemas. Itulah sunnatullah.

Hukum atau sunnatullah yang beginilah yang telah Allah beritahu dalam Al Quran,

تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيہِنَّ‌ۚ وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِيحَهُمۡ‌ۗ إِنَّهُ ۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورً۬ا

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa':17:44)

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلطَّيۡرُ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬‌ۖ كُلٌّ۬ قَدۡ عَلِمَ صَلَاتَهُ ۥ وَتَسۡبِيحَهُ ۥ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِمَا يَفۡعَلُونَ

"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya (tasbih) dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (An-Nuur: 24:41)

Hukum atau sunnatullah yang berbentuk tau'an (pilihan atau sukarela), jiga disebut sebagai syariat, itulah peraturan-peraturan yang Allah tetapkan untuk manusia hidup dengan selamat di dunia dan di akhirat. Kalau peraturan itu tidak diikuti, nescaya binasa dan terazablah manusia baik di dunia apalagi di akhirat. Cuma hukuman itu tidaklah secepat kilat seperti hukuman melanggar peraturan-peraturan yang terpaksa diikuti (karhan) tadi.

Melanggar syariat Allah bentuk yang kedua ini, akibat buruknya terjadi di akhirat, pada hari hisab. Kalau terjadi juga di dunia tapi lambat, terpaksa melalui proses kerosakan yang lama. Hingga selalunya manusia tidak sedar bahawa akibat melanggar hukum Allahlah terjadinya bencana itu, itulah pada hakikatnya. Misalnya, orang yang makan harta anak yatim, biasa jadi miskin papa, tersisih dan terhina di hujung umurnya. Demikian juga kalau derhaka pada ibu bapa, hukuman terjadi sesudah penderhaka itu sendiri mendapat anak, yang anak itu sangat menderhakainya. Hal ini kadang-kadang tidak disedari sebagai hukuman ke atas dosanya yang pernah menderhakai ibu bapanya.

Begitulah juga terhadap riba, zina, rasuah, sombong, bakhil dan lain-lain perkara haram yang dibuat oleh orang Islam atau kafir. Hukumannya tidak Allah datangkan segera. Sengaja Allah tangguhkan. Supaya dapat dilihat siapa yang beriman dan siapa yang kafir, siapa yang dapat berfikir dan siapa yang tidak mahu berfikir, siapa yang mengambil iktibar dan siapa yang tidak, siapa yang taat dan siapa pula yang derhaka.

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Al-Mulk:67:2)

Orang beriman, kerana yakinnya pada Allah, tidak melanggar segala hukum Allah. Tapi orang yang tidak beriman, tetap menurutkan hawa nafsunya. Mereka menyangka, mereka akan selamat dan bahagia dengan cara itu. Sebab itu mereka berani melanggamya. Mereka tidak yakin bahawa azab Allah bisa datang setiap saat.

Firman Allah SWT:

مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَہۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيۡہَا‌ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ۬ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ‌ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولاً۬

"Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Alllah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri, dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa, tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus rasul. (Al- Israa': 17:15)

Golongan yang menolak hukum Allah (syariat) ini kerana mereka tidak kenal Allah. Allah perkenalkan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dalam ayat 2 Surah Al-Hadiid itu, agar manusia ini faham, segala yang di langit dan bumi ini milik Allah, hendaklah digunakan dan diurus mengikut hukum dan peraturan dari Allah.

Kerana itulah, tugas pertama mereka yang ingin menegakkan hukum Allah di mukabumi ini, kenalkan manusia kepada Allah. Bila manusia ini tidak kenal Allah, mana mungkin mereka mahu cinta dan taat kepada Allah. Selalu kita tersalah langkah, perjuangkan dan kenalkan hukum Allah dahulu, sedangkan Allah yang menurunkan hukum itu tidak kita kenalkan terlebih dahulu. InsyaAllah, perkara ini dibincangkan dalam nota seterusnya.

Sudahkah Kita Merdeka?

http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/sudahkah-kita-merdeka/10150377539441719

Sudahkah Kita Merdeka?

by Mohd Fadli Yusof on Thursday, September 15, 2011 at 10:38pm
Kepada rakyat Malaysia khususnya, tidak kira sama ada yang meraikan Hari Kemerdekaan kerana bebas dari penjajah, atau yang berpendapat tidak pernah dijajah, marilah kita mengkoreksi diri, apakah kita sebenarnya telah merdeka di sudut Islam. Merdeka hakiki dalam pandangan Allah dan Rasul, yang bakal merdeka dari azab dunia dan azab neraka di akhirat.

Dari sudut kemerdekaan aqidah

1. Dalam mentauhidkan Allah, sudahkah kita menjauhi syirik dan penyelewengan aqidah. Sudahkan umat ini benar-benar telah berpegang kepada aqidah Ahlussunnah wal jamaah, aqidah yang diakui oleh Rasulullah ﷺ.

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Bahawasanya Bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.”  Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?”  Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku (AhlusSunnah wal Jamaah).” (HR Imam Tirmizi)

Persoalan aqidah ini tidak dapat tidak, mesti berakar umbi di dalam hati  seseorang. Aqidah inilah yang menjadi penggerak utama kepada seseorang muslim untuk melaksanakan perintah Allah sama ada amalan lahir ataupun batin.   Inilah yang dimaksudkan dengan hidup bertunjangkan aqidah. Ertinya, kegigihan seseorang dalam menegakkan hukum Allah dalam hidup ditentukan oleh sekuat mana aqidah yang bertunjang di dalam hatinya.

Sekiranya umat Islam memilih untuk beraqidah dengan aqidah yang lain, ideologi ciptaan akal atau isme-isme maka selama-lamanya mereka tidak dapat merdeka dalam mentauhidkan Allah.

2. Dalam mengAgungkan dan membesarkan Allah SWT, sudahkah kita merasa yang selain dari Allah SWT adalah kecil dan remeh. Kehidupan ini sama ada senang atau susah adalah kecil dan remeh sehingga tidak mengganggu dan menghalang untuk taat dan bersyukur kepada Allah.

Kesusahan dan ujian bagaikan tidak ada dan tidak dirasa kerana jiwa merdeka merasai yang besar dan agung hanyalah Allah. Begitu juga kesenangan dan kemewahan tiada ertinya kerana semua itu adalah milik Allah SWT.

Merdekanya para sahabat, hingga ada di kalangan mereka yang mewakafkan harta dagangan hanya kerana ia tidak sempat untuk takbir bersama imam dalam solat Asar. Begitulah mereka merasa harta dunia ini tiada nilai apabila berhadapan dengan perintah Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.

Berlaku kini, apabila ada yang mengingatkan persoalan solat, kedengaran suara sumbang menyanggah. Katanya, "Soal solat itu remeh temeh. Sekarang kita perlu fikirkan bagaimana umat Islam nak maju, bagaimana nak membangun. Itu lebih besar."

Inilah contoh bahawa sebenarnya kita masih terjajah (belum merdeka) kerana gagal memahami Islam itu sendiri.

Dari sudut kemerdekaan jiwa


Kemerdekaan jiwa ini amat penting  dan sering dilupakan orang. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka.

Sudahkah kita bebas dari kongkongan nafsu dengan mencapai nafsu tahap mutmainnah? Orang yang hidupnya dikongkong oleh nafsu sering menderita, kecewa dan putus asa, resah gelisah, gundah gulana kerana sentiasa menentang fitrahnya sendiri yang suci murni.

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia, bukan sahaja merosakkan diri sendiri, juga merosakkan orang lain bahkan harta benda. Merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Riyak, megah, mencari nama, ingin glamour, hingga ramai orang tersinggung dibuatnya.

Janganlah jadi seperti orang Barat yang mendakwa sebagai bebas merdeka itu sedangkan mereka membohongi fitrah dirinya. Mereka terjajah, terkurung dan terkongkong oleh nafsu serakah. Akhirnya segala tindakan didorong dan dilingkungi oleh rantaian nafsu yang semakin hari semakin kuat mengikat mereka, menjadikan mereka semakin jauh daripada Allah SWT.

Sudahkah kita ganti kerakusan nafsu itu dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, cintakan Allah, takutkan-Nya, dekatkan diri kepada-Nya jadi sebati. Inilah kemerdekaan yang sejati.


Firman Allah SWT:

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

 “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 91: 9-10)


Dari sudut kemerdekaan mental

1. Tanyalah diri, sudahkah kita bebas dari sebarang ideologi atau isme? Ideologi bukan sahaja tidak selesaikan masalah manusia malah sering menyebabkan krisis dan banyak "side-effects". Untuk apa lagi isme atau ideologi itu kita simpan, sedangkan Islam telah sampai kepada kita dengan sempurna. Tiada gunanya kita berjuang atas dasar ideologi, kononnya nak tegakkan Islam kerana Allah tidak akan biarkan Islam tertegak di atas jalan musuh Islam.

Isme dan ideologi itu amat berbahaya kerana ia memberi kesan kepada persoalan aqidah, tidak kira apa namanya, asal berlawanan dengan Al Quran dan Sunnah, perlulah kita jauhi sungguh-sungguh. Sama sahaja komunisme, sosialisme, kapitalisme, termasuk demokrasi yang kita pinjam dari Barat itu, walau jalan masing-masing berbeza, bertetap bercanggah dengan Islam.

Ideologi yang diasak oleh penjajah ke dalam benak dan pemikiran umat Islam melalui psikologi dan pendidikan, akhirnya ia menjadi satu amalan, pegangan dan aqidah umat Islam. Malahan ia sampai mengatasi agama. Ini termasuklah dalam hal demokrasi, perundangan, konsep kebangsaan, kapitalisme, sistem riba malahan dalam semua sistem hidup yang berlandaskan ideologi.

Di waktu itu, sistem Islam ditolak ke tepi. Malahan sistem hidup cara pemerintahan dan perundangan Islam dicemuh dan dihina. Rakyat mengaku Islam tetapi pemikiran dan cara hidup mereka tidak ada bezanya dari cara hidup kafir penjajah.

2. Sudahkah kita sentiasa berfikir bagaimana hendak mengembangkan makrufat, mencari jalan bagaimana hendak melenyapkan kemungkaran.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), danmenyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (A-li'Imraan 3:104)

3. Sudahkah kita selalu fikirkan kehidupan alam akhirat. Selamatkah kita di sana?

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ   إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬

Hari  (akhirat) yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Asy-Syu'araa' 26:88-89)

Dari sudut kemerdekaan fizikal

Penjajahan secara fizikal sebenarnya bukanlah satu penjajahan yang serius, walaupun kita amat terasa perit dan pedihnya kerana penjajahan aqidah, minda dan budaya yang bersifat maknawi lebih parah lagi.

Penjajah yang hanya menjajah secara fizikal, lebih-lebih lagi yang menjajah menggunakan kekerasan, kekuatan senjata dan kuasa tentera hanya mengundang kebencian, kemarahan dan penentangan rakyat.

Rakyat menentang dan memberontak. Walaupun rakyat ditekan dan ditindas namun penjajah pun tidak senang, tidak selamat dan tidak bahagia. Rakyat menganggap penjajah sebagai musuh yang mesti ditentang habis-habisan. Penjajah tidak diberi kerjasama. Hasilnya penjajah tidak akan dapat mempengaruhi dan mengambil hati rakyat. Akhirnya penjajah terpaksa pulang ke negara asal mereka.

Sesudah lama mereka pulang,

1. Sudahkah kita benar-benar bebas dari penjajah? Mereka mengongkong kehidupan orang yang dijajah dengan  budaya hidup mereka. Sudahkah kita bersih dari budaya itu?

2. Sudahkah kita mengatur hidup mengikut syariat? Setiap apa yang hendak dibuat, syariat menjadi pengawalnya. Ikut syariat ertinya merdeka dari ikatan budaya kuffar dan thaghut.

Jika hingga kini kita belum lagi merdeka aqidah, merdeka jiwa, fikiran dan fizikal, bila lagi?

محمد فضلي بن يوسف
17 Syawal 1432H
15 September 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150377539441719)

1. Saya sudah membuat nota  Cara Membina Link dan Share Nota , harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

2. Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan.  Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

3. Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk misi  dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya, 

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com
Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

Monday, September 5, 2011

Percubaan negeri Terengganu 2011

Soalan dan Skema  Bahasa Melayu 2 STPM
Karangan Percubaan negeri Terengganu 2011

PETUA KECEMERLANGAN STPM: Sentiasa latih tubi. Menulis karangan sekerap yang mungkin, hantar kepada guru untuk disemak.
Semoga kalian cemerlang. Ingatlah rebutlah peluang untuk berjaya dalam STPM 2011


1. Masalah pengangguran dalam kalangan belia di negara ini tidak harus dibiarkan berterusan. Jelaskan  kesan pengangguran kepada masyarakat  dan negara. Kemukakan juga  cadangan yang difikirkan wajar untuk menangani pengangguran.
Pandahuluan
-Pengangguran berpunca daripada berbagai-bagai faktor, termasuklah sikap memilih pekerjaan.
-Masalah ini mendatangkan masalah bukan sahaja kepada individu yang berkenaan tetapi juga kepada masyarakat dan negara.
Kesan Pengangguran
Isi – kebaikan aktiviti sukan
. Meningkatkan kadar jenayah dalam masyarakat
-bertambahnya masalah setinggan kerana penduduk tidak mampu memiliki atau menyewa rumah
-perkembangan ekonomi negara terbantut
-Imej negara terjejas
Cadangan untuk menangani pengangguran
-Memberikan kesedaran kepada golongan belia agar tidak terlalu memilih pekerjaan-menggalakkan belia bekerja  sendiri, misalnya bertani dan berniaga.
-menggalakkan pelajar mengikuti kursus kemahiran di sekolah dan di IPTS


2. Sokongan orang ramai terhadap pasar tani begitu menggalakkan. Oleh sebab itu, kebanyakan pasar tani di negara ini menjadi tumpuan. Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang ramai mengunjungi pasar tani. Jelaskan kemudahan yang perlu disediakan di pasar tani untuk keselesaan  pengunjung.
Faktor
1.Orang ramai dapat membeli berbagai-bagai hasil keluaran pertanian di sini
2.Harga hasil pertanian dijual dengan harga yang murah-dapat tawar menawar semasa berjual beli.
3.Hasil pertanian di pasar tani lebih segar kerana dibawa terus dari kebun
4.Hasil pertanian juga dapat dibeli secara borong
5.Kedudukannya pula berhampiran dengan tempat tinggal pembeli
Kemudahan yang disediakan
1.Menyediakan  tempat letak kenderaan yang sesuai untuk mengelak kesesakan.
2.Menyediakan tempat pembuangan sampah yang secukupnya
3.Menempatkan anggota keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini
4.Menyediakan lot gerai untuk meletakkan hasil pertanian yang lebih kemas dan tersusun
 
 
3. Hubungan yang erat dalam kalangan ahli keluarga amat penting, khususnya untuk membentuk kehidupan yang harmoni. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengeratkan dan mengekalkan hubungan kekeluargaan?  
Langkah
1.Ibu bapa hendaklah meluangkan masa yang secukupnya dengan anak-anak
2.Ibu bapa harus peka terhadap masalah anak-anak
3.Anak-anak hendalah mematuhi nasihat ibu bapa
4.Pendidikan agama hendaklah diterapkan
5.Penerapan nilai-nilai murni dalam P&P hendaklah dilaksanakan dengan lebih berkesan.
6.Peranan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah henda\klah ditingkatkan
7.Pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen keluarga bahagia secara berterusan.
 
 
4.Andaikan anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Pengajian Tinggi dan diminta untuk menjalankankajian tentang kesan pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sediakan satu laporan tentang kesan pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini.
Kesan positif
1.Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah
2.Pelajar bebas membuat pilihan untuk belajar
3.Membantu negara mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu
4.Menambah peluang pekerjaan
Negatif
1.IPTS mementingkan keuntungan
2.Kemasukan pelajar asing bertambah-timbul masalah lain
3.Terdapatvsesetengah dasar IPTS yang tidak seiring dengan kehendak negara. –penggunaan  bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
4.Aspek kokurikulum kurang dipentingkan di sesetengah IPTS