Monday, October 24, 2011

ULANGKAJI BAHASA MELAYU 2 STPM

Alhamdulillah selesai sudah sesi penandaan...kertas Bahasa Melayu 2,6 Rendah. Karangan masih terlalu baru kerana pelajar baru didedahkan dengan penulisan karangan STPM. Pelajar masih belum menyesuaikan diri. Bahagian yang sudah dikuasai pelajar ialah bahagian D. Ramai yang sudah memperoleh markah penuh. Bahagian C...pelajar masih pening2 lalat...
Saya masih bimbang-prestasi pelajar 6 Atas. Masih belum menguasai kertas 2. Semoga pelajar2ku sentiasa mengulangkaji...dgn latih tubi yang kerap insya-Allah kalian pasti berjaya.


BAHAGIAN C
Jawab satu soalan sahaja.
6. AIih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
memindahkanb entukd ialog kepadab entukc akapp indah.


"Boleh saya tahu kerja apa yang perlu saya buat?" tanya Samad.
"Tiap-tiap pagi kamu kena hantar surat khabar ke semua pelanggan saya" jawab Pak
Karim.
"Hantar ke kedai-kedai?" tanya Samad dengan selamba.
"Tidak. Itu aku boleh buat. Kamu kena hantar ke rumah-rumah" kata Pak Karim densan
kasar.
"Boleh, Pak Karim. Saya boleh buat." Samad berusaha menyakinkan Pak Karim.
"Aku bagi kamu peluang, tetapi kalau kamu silap hantar, aku tolak gaji kamu," herdik
Pak Karim
"Baik, Pak Karim." Samad akur.
Keesokan paginya,Samad mula menghantar  akhbar ke rumah-rumah yang berada tidak
jauh dari sekolahnya
"Kamu dari mana? Kelas tadi mengapa kamu tidak pergi? Cikgu Suraya tahu kamu
tidak datang.Dia marah betul," kata rakan sekelasnya Maria.
"Tidak mengapan,nanti aku jumpa dia minta maaf," kata Samad.
"Kamu pergi mana? Kamu nampak penat" tanya Maria lagi.
"Pagi tadi aku mula kerja."
"Kamu buat kerja apa?" tanya Maria
"Aku hantar surat khabar" jawab Samad.

Sila jawab-jawapan disediakan

No comments:

Post a Comment