Tuesday, January 24, 2012

ISU-ISU SEMASA 2012

Tolong cari isi-isi bagi isu ini untuk persediaan anda. Saya tak pandai nak spot soalan tapi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan 2012. Pastikan calon-calon bersedia dengan pelbagai kunci bagi isu ini. Kunci seperti biasa:
(a) Punca
(b)Kesan -positif dan negatif
(c) Langkah
(d)Kebaikan dan keburukan.

1. Gejala sosial dalam kalangan remaja; buang bayi,rempit
2.Jenayah: along dan ceti haram,ragut
3.Pembantu rumah asing
4.Kesihatan: Denggi,virus,penyakit kronik berpunca daripada amalan pemakanan,kanser
5.Kemalangan jalan raya

6.Pemanasan Global
7. Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa
8. Bangunan atau Tempat Bersejarah
9.Penggunaan Kad Kredit
10 Masalah Perumahan
11. Pelaburan Asing
12. Pengangkutan Awam
13. Perubatan Alternatif
14. Kes Penculikan Kanak-kanak
15. Adat Resam
16. Orang Gaji Asing/Pendatang Asing
17. Pertanian Moden
18. Kebanjiran Drama Bersiri Asing/Filem Asing
19.Kokurikulum
20.PATI
21.Pencemaran bahasa
22.Kenaikan harga barang
23.Bioteknologi
24.Mata pelajaran Sejarah
25.Peranan media massa-memupuk perpaduan kaum
26.OKU
27.Lambakan majalah picisan
28.PLKN
29.Penganjuran Sukan Antarabangsa
30.Peranan Iklan
31.integriti Penjawat awam dan swasta
32.Konsep 1Malaysia
33.Pemerdagangan Manusia
34.Peranan NGO
35.Media alternatif
36.Permainan Tradisional
37.Industri Batik
38.Makanan Segera
39.rokok
40. Amalan gaya hidup sihat

Thursday, January 12, 2012

Bahagian D

 Saya kongsi drp blog http://bmstpm.blogspot.com/....:
Soalan Bahagian D misalnya, iaitu soalan Analisis Kesalahan Bahasa yang memerlukan calon mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan dan menjelaskan sebab kesalahan serta membuat pembetulan, mengemukakan kesalahan-kesalahan biasa yang sering ditanya dalam peperiksaan sebelum ini. Tidaklah menjadi suatu yang mustahil untuk calon memperoleh markah yang tinggi (cemerlang) untuk bahagian ini, iaitu antara 12 hingga 15 markah. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.

Petikan yang dikemukakan:

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum, kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini memberikan manfaat kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.

Saya telah mengesan 5 kesalahan yang terdapat dalam petikan, sebagai mana frasa/ perkataan yang berhuruf condong dan ditebalkan di bawah;

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum, kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini memberikan manfaat kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.

Antara kesalahan yang telah dikenal pasti:

1. ...saling berkait rapat...
2. ...yang dapat mengenengahkan potensi...
3. ...adalah merupakan wadah...
4. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan -
5. ...memajukan lagi bidang kokurikulum...

Analisis sebab kesalahan:
1. ...saling berkait rapat...
Jenis kesalahan: unsur lewah, frasa "berkait rapat" sudah membawa maksud bersalingan, tidak perlu menggunakan perkataan "saling".

Cadangan jawapan: saling berkait/ berkait rapat

2. ...yang dapat mengenengahkan potensi...
Jenis kesalahan: Kesalahan imbuhan. Kata dasar bagi perkataan "mengetengahkan" ialah "ke tengah", bukan "ke nengah". Jikapun berlaku perubahan pada huruf awal kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s dalam proses pengimbuhan, yang berubah hanyalah bunyi pertama sahaja.

Cadangan jawapan: mengetengahkan

3. ...adalah merupakan...
Jenis kesalahan: kesalahan kata pemeri. Kata pemeri "adalah" hanya boleh digunakan sebelum kata sendi nama dan kata adjektif sahaja, bukan kata kerja.

Cadangan jawapan: ... kokurikulum merupakan wadah...

4. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan -

Jenis kesalahan: kesalahan struktur ayat/ ayat tergantung/ ayat yang tidak mempunyai subjek.

Cadangan jawapan: Dengan itu, pelajar dapat menimba pelbagai ilmu tambahan.

5. ...memajukan lagi bidang kokurikulum...

Jenis kesalahan: kesalahan frasa kerja transitif. Kata kerja "memajukan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek (kata nama), bukan kata sendi nama.

Cadangan jawapan: ...memajukan bidang kokurikulum lagi...

Monday, January 2, 2012

Selamat Kembali Bertugas...

Diam tak diam cuti sekolah telah berlalu. Cepat betul masa berlalu. Begitu singkat masa bersama anak2 di rumah. Biarpun penat melayan karenah putera puteri namun itulah saat yang paling indah dalam hidup insan bergelar ibu. 

Sayu sekali hati ini melangkah kaki ke bilik guru...Kak Sarina Ishak, seorang kakak dan sahabat telah  mengikut suaminya bertugas di Sarawak. Sunyi sekali tanpa suarannya, suara seorang wanita yang berjiwa kental. Terlalu banyak ilmu,nasihat dan panduan untuk kukutip buat pedoman. Apapun jarak bukan pemisah persahabatan antara kita.

Hari pertama di sekolah-menyibukkan diri dengan mengemas meja. Konon untuk menceriakan diri. Entahlah mungkin hanya bertahan untuk minggu..biasanya memang tak sempat nak mengemas. Bila pelajar sudah mula menghantar tugasan masing-masing memang dah tak nampak rupa meja ni. Insya-Allah tahun ni memang nak wujudkan meja kemas sedikit dari tahun-tahun lepas.

Tugasan masa cuti dah penuh inbox email. Seronok juga bila pelajar sent email nie, tinggal tugas cikgu pindahkan dalam powerpoint dan menanda karangan tersebut untuk tatapan semua pelajar...Wah!! nampaknya misi untuk kemaskan meja sepanjang tahun boleh dilaksanakan. Kurangkan penggunaan kertas dalam kalangan pelajar...namun kekangan pelajar di sini perlu diambil kira juga. Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan...

Tugas untuk tahun ni macam tahun-tahun lepas juga,16 masa STPM Bahasa Melayu 2. Sebelum 6 Bawah mendaftarkan diri santai juga jadual ni. 6 masa lagi diisi dengan Tingkatan 1 Cekal.  Insya-Allah segala tugas yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar SMK Putra sila bersedia untuk P&P anda, pastikan  Kelas anda sentiasa bersih dan ceria.