Diam tak diam cuti sekolah telah berlalu. Cepat betul masa berlalu. Begitu singkat masa bersama anak2 di rumah. Biarpun penat melayan karenah putera puteri namun itulah saat yang paling indah dalam hidup insan bergelar ibu.
Sayu sekali hati ini melangkah kaki ke bilik guru...Kak Sarina Ishak, seorang kakak dan sahabat telah mengikut suaminya bertugas di Sarawak. Sunyi sekali tanpa suarannya, suara seorang wanita yang berjiwa kental. Terlalu banyak ilmu,nasihat dan panduan untuk kukutip buat pedoman. Apapun jarak bukan pemisah persahabatan antara kita.
Hari pertama di sekolah-menyibukkan diri dengan mengemas meja. Konon untuk menceriakan diri. Entahlah mungkin hanya bertahan untuk minggu..biasanya memang tak sempat nak mengemas. Bila pelajar sudah mula menghantar tugasan masing-masing memang dah tak nampak rupa meja ni. Insya-Allah tahun ni memang nak wujudkan meja kemas sedikit dari tahun-tahun lepas.
Tugasan masa cuti dah penuh inbox email. Seronok juga bila pelajar sent email nie, tinggal tugas cikgu pindahkan dalam powerpoint dan menanda karangan tersebut untuk tatapan semua pelajar...Wah!! nampaknya misi untuk kemaskan meja sepanjang tahun boleh dilaksanakan. Kurangkan penggunaan kertas dalam kalangan pelajar...namun kekangan pelajar di sini perlu diambil kira juga. Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan...
Tugas untuk tahun ni macam tahun-tahun lepas juga,16 masa STPM Bahasa Melayu 2. Sebelum 6 Bawah mendaftarkan diri santai juga jadual ni. 6 masa lagi diisi dengan Tingkatan 1 Cekal. Insya-Allah segala tugas yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar SMK Putra sila bersedia untuk P&P anda, pastikan Kelas anda sentiasa bersih dan ceria.
No comments:
Post a Comment