PANDUAN
Nota anda perlu:
(a)
Bertaip
(b)
Tulisan tangan yang kemas
(c)
Fotostat juga dibenarkan.
(d)
PERINGATAN!!!
DIHARAMKAN FOTOSTAT 100%
SILA SIAPKAN NOTA BERDASARKAN SUKATAN MATA PELAJARAN
SILA PASTIKAN ANDA MENCARI CONTOH KARANGAN
TERSEBUT.
BAGI MEMAHAMI KEPERLUAN PENGGAL INI ANDA PERLU MEMAHAMI PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS BERIKUT:
BAGI MEMAHAMI KEPERLUAN PENGGAL INI ANDA PERLU MEMAHAMI PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS BERIKUT:
TERHAD
910/4

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
![]() |
|||
![]() |
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS
BAHASA MELAYU:
PENULISAN ESEI BERFORMAT
(MANUAL GURU)
PENGGAL 2:
JANUARI HINGGA MEI
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
Buku
panduan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.
©
Majlis Peperiksaan Malaysia
TERHAD
1
Pengenalan
Dalam sistem Peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) Bahasa Melayu yang baharu, elemen
pentaksiran berasaskan sekolah diterapkan kepada calon sekolah kerajaan, calon
sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Melalui elemen ini, calon dikehendaki
menyediakan dua kerja kursus, iaitu kerja kursus pada penggal kedua dan kerja
kursus pada penggal ketiga.
Pada
penggal kedua, calon dikehendaki mengarang esei berformat manakala pada penggal
ketiga, calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah. Calon yang gagal mengemukakan tugasan akan
dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk
keseluruhan mata pelajaran ini. Arahan
tugasan akan diberikan melalui laman web MPM http://www.mpm.edu.my. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang
terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
Manual
ini disediakan khusus sebagai panduan untuk melaksanakan kerja kursus bagi
penggal kedua, iaitu penulisan esei berformat.
2 Objektif
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan
adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk
(a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
(b) menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran ini
(c) menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah
berasaskan pembelajaran sepanjang penggal
3 Pelaksanaan
(a) Arahan Am
(i) Pelajar dikehendaki menyediakan esei
berformat secara individu.
(ii) Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan
esei berformat kepada pelajar.
(iii) Pelajar dikehendaki menulis
sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei bagi setiap format, kecuali bagi
format syarahan/ceramah/teks ucapan.
Calon hendaklah menulis dua esei bagi format syarahan/ceramah/teks
ucapan.
(iv) Ketujuh-tujuh esei tersebut hendaklah
disemak, dan markah purata bagi kesemua esei tersebut hendaklah dihantar kepada
MPM.
(v) Pelajar dikehendaki menulis esei berformat
dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu.
(vi) Panjang esei berformat yang dihasilkan
mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.
Bagi esei berformat surat kiriman rasmi, panjangnya mestilah tidak
kurang daripada 250 patah perkataan.
(vii) Markah yang diperuntukkan bagi penulisan
esei berformat adalah sebanyak 25 markah.
Wajarannya adalah sebanyak 8%.
(b)
Pemantauan oleh MPM
(i) Pegawai MPM akan membuat pemantauan
terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.
(ii) Pemantauan ini dibuat untuk memastikan PBS
dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
(iii) Laporan pemantauan akan dibuat oleh
pegawai pemantau dan hasil pemantauan akan dimaklumkan kepada pihak sekolah.
(iv) Pemantauan dibuat secara persampelan
rawak, iaitu sebanyak 10%-20% daripada bilangan sekolah di seluruh negara.
Pecahan persampelan sebanyak 10%-20% dibuat berdasarkan jumlah sekolah di
setiap negeri.
(v) Pemantauan
terhadap penilaian esei berformat dibuat secara persampelan rawak sekurang- kurangnya
10% bagi setiap sekolah.
(c)
Penyelarasan PBS
(i)
Penyelarasan PBS akan dilakukan oleh
penyelaras PBS yang dilantik oleh MPM.
(ii)
Penyelarasan akan dibuat terhadap hasil kerja
calon (esei berformat).
(iii)
Penyelarasan
akan dilaksanakan mulai 21 Januari 2013 hingga 17 Mei 2013.
(iv)
Sekiranya
terdapat perbezaan markah antara guru dan penyelaras, markah penyelaras akan
diambil kira untuk dihantar kepada MPM.
4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja
Kursus
Tempoh
|
Perancangan
dan Pelaksanaan Aktiviti
|
Tindakan
Guru
|
Tindakan
Calon
|
Catatan
|
Januari
(2/1/2013 hingga
4/1/2013)
|
Pengenalan kerja kursus
|
Memberikan penerangan kepada pelajar tentang
penulisan esei berformat, dari segi aspek tugasan, dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
|
Mendengar penerangan guru dan mengetahui aspek
tugasan yang perlu dilaksanakan
|
|
Januari (7/1/2013 hingga 11/1/2013)
|
Penyediaan soalan esei berformat
|
Menyediakan tujuh soalan esei berformat. Soalan disediakan berdasarkan sukatan
|
Tidak berkenaan
|
|
Januari
hingga Mei
(14/1/2013
hingga (17/5/2013)
|
Pengajaran
dan pembelajaran esei berformat
Penulisan esei berformat
Penghantaran, penyemakan, dan penilaian esei
berformat
|
Mengadakan sesi P&P di dalam bilik
darjah tentang format esei, seperti yang terkandung dalam sukatan
Menyerahkan soalan esei berformat kepada
pelajar dan membimbing mereka dalam penulisan esei berformat
Menyemak dan menilai esei berformat berdasarkan
skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
*Guru hendaklah melaksanakan penulisan dan
penyemakan esei berformat sepanjang tempoh P&P. Pelaksanaan hendaklah dibuat apabila P&P
bagi sesuatu format esei telah selesai.
|
Mengikuti P&P dan mempelajari format esei
Menerima soalan esei berformat dan
menulis esei berdasarkan soalan yang diterima
Menghantar esei berformat yang dihasilkan
kepada guru untuk dinilai
|
Penghantaran esei berformat:
Setiap esei berformat yang dihasilkan
oleh calon hendaklah terus dihantar kepada guru sebelum guru memulakan
P&P bagi format esei yang lain.
Penyemakan dan penilaian esei berformat:
Guru hendaklah menyemak dan menilai semua esei berformat
yang dihantar oleh pelajar dan memberikan peluang kepada mereka untuk
menambah baik markah masing-masing.
*Guru sekolah kerajaan juga dikehendaki mentaksir
esei berformat bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.
Guru sekolah swasta tidak dibenarkan untuk mentaksir
esei berformat bagi mana-mana jenis calon.
|
Mei
(20/5/2013 hingga 24/5/2013)
|
Penghantaran markah esei berformat kepada MPM
|
Menghantar markah pelajar ke MPM
|
Tidak berkenaan.
|
|
5
Penskoran
Skema Pemarkahan
Esei Berformat
No
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Kerelevanan
-Pendahuluan (2)
-Isi (10)
-Kesimpulan (2)
|
14
|
2
|
Pengolahan
|
5
|
3
|
Bahasa
|
6
|
Jumlah
|
25
|
6
Kriteria Penilaian
Penulisan esei berformat dinilai dari
aspek:
(a) Kerelevanan (R)
(i)
Pendahuluan
(ii)
Isi
(iii)
Kesimpulan
(b) Pengolahan (P)
(i)
Kesepaduan Esei
·
Jalinan isi dengan huraian
·
Jalinan isi dengan isi
·
Jalinan perenggan dengan
perenggan
·
Jalinan ayat dengan ayat
(ii)
Binaan Karangan
·
Pendahuluan
·
Isi
·
Kesimpulan
(c) Bahasa (B)
(i)
Diksi
·
Kata umum
·
Istilah
·
Peribahasa
(ii)
Tatabahasa
·
Sintaksis (Frasa dan Ayat)
·
Morfologi (Imbuhan, Kata Ganda,
Kata Majmuk)
(iii)
Aspek Mekanis
·
Ejaan
·
Tanda Baca
(a) Kerelevanan (14 markah)
Markah kerelevanan (R) terbahagi kepada
pendahuluan/pengenalan, isi, dan kesimpulan/penutup.
(i)
Pendahuluan (2 markah)
Tahap
|
Markah
|
Kriteria
|
Baik
|
2
|
Tepat dan jelas
|
Lemah
|
1
|
Kurang tepat dan kurang jelas
|
(ii)
Isi (10 markah) iaitu 2 markah
x 5 isi
Tahap
|
Markah
|
Kriteria
|
Baik
|
2
|
Isi tepat,
huraian jelas dan berfokus kepada isi utama
|
Lemah
|
1
|
Isi masih tepat,
huraian kurang jelas dan kurang berfokus kepada isi utama
|
(iii)
Penutup (2 markah)
Tahap
|
Markah
|
Kriteria
|
Baik
|
2
|
Baik dan
meyakinkan
|
Lemah
|
1
|
Kurang baik dan
kurang meyakinkan
|
(b)
Pengolahan (5 markah)
(i)
Isi atau buah fikiran
disampaikan dengan kemas dan teratur
(ii)
Idea yang disampaikan
memperlihatkan hubungan logikal yang padu antara ayat dengan ayat, dan antara
perenggan dengan perenggan.
(iii)
Ayat-ayat yang dibina
menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal dan nahuan.
Tahap
|
Markah
|
Kriteria
|
Baik
|
4-5
|
|
Sederhana
|
2-3
|
|
Lemah
|
1
|
|
(c) Bahasa (6 markah)
(i)
Markah bahasa dinilai dari
aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis.
(ii)Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah Kerelevanan (R)
dan Pengolahan (P).
Tahap
|
Markah
|
Kriteria
|
Baik
|
5-6
|
|
Sederhana
|
3-4
|
|
Lemah
|
1-2
|
|
Penjumlahan Markah
Contoh pengiraan:
P
|
=
|
2
|
(maksimum 2)
|
I
|
=
|
8
|
(maksimum 10)
|
K
|
=
|
1
|
(maksimum 2)
|
__________________________________
|
|||
R
|
=
|
11
|
(maksimum 14)
|
P
|
=
|
4
|
(maksimum 5)
|
B
|
=
|
4
|
(maksimum 6)
|
__________________________________
|
|||
JUMLAH
|
19
|
(maksimum
25)
|
________________________________
Catatan
(a)
Jika calon tidak menepati
kehendak format, tolak 1 hingga 3 markah daripada markah Kerelevanan (R).
(b)
Jumlah perkataan yang perlu
ditulis adalah sebanyak 600 hingga 650 patah perkataan. Bagi esei berformat yang kurang daripada 550
patah perkataan, penolakan markah adalah seperti yang berikut:
(i) Jumlah perkataan antara 500
hingga 549: Tolak 2 markah
(ii) Jumlah
perkataan antara 450 hingga 449: Tolak 4
markah
(iii) Jumlah perkataan kurang
daripada 449 : Tolak 6 markah
(c)
Jika karangan melebihi 650
patah perkataan, penilai tidak perlu memeriksa bahagian esei yang selebihnya.
7. Contoh Soalan
1 Kini, stesen
televisyen cenderung untuk mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti
bagi menarik minat penonton. Rancangan
sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan
remaja.
Sebagai pengerusi
sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta untk
menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan
kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan
mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya.
Memorandum
Kepada : YB Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi
Daripada : Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Pekan
Memorandum tentang
Rancangan Hiburan
Bersifat Realiti yang
Disiarkan Melalui Televisyen
1.
Pendahuluan
Dunia hiburan sekarang semakin
berkembang di negara ini. Kini,
rancangan hiburan yang bersifat realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian
Idol, Mentor
dan lain-lain telah diperkenalkan oleh televisyen tempatan. Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan
sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan
kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan menjejaskan masa depan
orang ramai, khususnya golongan remaja.
Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar
memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga
usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.
2.
Pernyataan Masalah
2.1 Pembaziran Masa
Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti
mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan
yang tempoh siarannya panjang. Situasi
ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup
menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di
hadapan televiseyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat
realiti yang menjadi kegemaran mereka.
Segelintir pelajar sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan
tersebut. Sekiranya amalan ini
berterusan, prestasi akademik mereka akan merosot, dan situasi ini sekaligus
menjejaskan usaha kita untuk melahirkan pelajar yang tahu menghargai masa dan
cemerlang dalam bidang akademik.
2.2 Pembaziran Wang
Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan
ringkas (sms) pula, misalnya dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata
membazirkan wang orang ramai…(jelaskan isi kedua)
2.3 Pengaruh Negatif
Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang
kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah
laku golongan remaja…(jelaskan isi ketiga)
3. Usul
3.1 Mengehadkan Rancangan
Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat
realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah
dipendekkan. Hal ini demikian
kerana…(jelaskan isi keempat)
3.2 Menghentikan Undian Sms
Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah
dihentikan. Pihak yang berkenaan
hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan menggunakan borang undian
bagi tujuan tersebut…(jelaskan isi kelima)
3.3 Menyediakan Garis Panduan
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan,
khususnya tentang perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral
artis…(jelaskan isi keenam)
4. Penutup
Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan
negatif kepada orang ramai, terutamanya golongan remaja. Pembaziran masa dan wang bukan sekadar
merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang
bijak merancang. Persatuan ini tidak
menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa
usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan,
persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan
berkurangan. Semoga matlamat negara
untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.
tt
…………………………….
30 Mei 2009
Datuk Abdul Rahim bin Abdullah
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan
dan Kesenian
Daerah Pekan.
Skema Pemarkahan
|
|||
![]() |
SELAMAT BERCUTI, GUNAKAN MASA CUTI SEBAIK
MUNGKIN...sebarang masalah anda boleh hubungi saya menerusi email,
facebook: SITI ZUNAIDA MUSTAPHA IDA.