Wednesday, October 31, 2012

TUGASAN MASA CUTI BAGI PENGGAL 2 SISTEM MODULAR



PENGGAL 2
PANDUAN
Nota anda perlu:
(a)    Bertaip
(b)   Tulisan tangan yang kemas
(c)    Fotostat juga dibenarkan.
(d)   PERINGATAN!!!
DIHARAMKAN FOTOSTAT  100%


SILA SIAPKAN NOTA BERDASARKAN SUKATAN  MATA PELAJARAN



SILA PASTIKAN ANDA MENCARI CONTOH KARANGAN TERSEBUT.


BAGI MEMAHAMI KEPERLUAN PENGGAL INI ANDA PERLU MEMAHAMI PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS BERIKUT:

 
TERHAD
910/4


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)












 


PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS
BAHASA MELAYU:
PENULISAN ESEI BERFORMAT
(MANUAL GURU)
PENGGAL 2:  JANUARI HINGGA MEI


















 




















Buku panduan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 
TERHAD

1    Pengenalan
Dalam sistem Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Bahasa Melayu yang baharu, elemen pentaksiran berasaskan sekolah diterapkan kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu.  Melalui elemen ini, calon dikehendaki menyediakan dua kerja kursus, iaitu kerja kursus pada penggal kedua dan kerja kursus pada penggal ketiga.
         Pada penggal kedua, calon dikehendaki mengarang esei berformat manakala pada penggal ketiga, calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah.  Calon yang gagal mengemukakan tugasan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran  ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.  Arahan tugasan akan diberikan melalui laman web MPM http://www.mpm.edu.my.  Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
            Manual ini disediakan khusus sebagai panduan untuk melaksanakan kerja kursus bagi penggal kedua, iaitu penulisan esei berformat.

2  Objektif
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk
         (a)  memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
         (b)  menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran ini
         (c)  menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal

3      Pelaksanaan

(a)    Arahan Am
(i)     Pelajar dikehendaki menyediakan esei berformat secara individu.
(ii)   Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan esei berformat kepada pelajar.
(iii) Pelajar dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei bagi setiap format, kecuali bagi format syarahan/ceramah/teks ucapan.  Calon hendaklah menulis dua esei bagi format syarahan/ceramah/teks ucapan.
(iv) Ketujuh-tujuh esei tersebut hendaklah disemak, dan markah purata bagi kesemua esei tersebut hendaklah dihantar kepada MPM. 
(v)   Pelajar dikehendaki menulis esei berformat dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu.
(vi) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.  Bagi esei berformat surat kiriman rasmi, panjangnya mestilah tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
(vii)    Markah yang diperuntukkan bagi penulisan esei berformat adalah sebanyak 25 markah.   Wajarannya adalah sebanyak 8%. 


(b)    Pemantauan oleh MPM

(i)     Pegawai MPM akan membuat pemantauan terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.
(ii)   Pemantauan ini dibuat untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
(iii) Laporan pemantauan akan dibuat oleh pegawai pemantau dan hasil pemantauan akan dimaklumkan kepada pihak sekolah.
(iv) Pemantauan dibuat secara persampelan rawak, iaitu sebanyak 10%-20% daripada bilangan sekolah di seluruh negara. Pecahan persampelan sebanyak 10%-20% dibuat berdasarkan jumlah sekolah di setiap negeri.
(v)    Pemantauan terhadap penilaian esei berformat dibuat secara persampelan rawak sekurang- kurangnya 10% bagi setiap sekolah.

(c)    Penyelarasan PBS
(i)    Penyelarasan PBS akan dilakukan oleh penyelaras PBS yang dilantik oleh MPM.
(ii)  Penyelarasan akan dibuat terhadap hasil kerja calon (esei berformat).
(iii)    Penyelarasan akan dilaksanakan mulai 21 Januari 2013 hingga 17 Mei 2013.
(iv)    Sekiranya terdapat perbezaan markah antara guru dan penyelaras, markah penyelaras akan diambil kira untuk dihantar kepada MPM. 



4  Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
Tempoh
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Catatan
Januari
(2/1/2013 hingga
4/1/2013)
Pengenalan kerja kursus
Memberikan penerangan kepada pelajar tentang penulisan esei berformat, dari segi aspek tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan

Mendengar penerangan guru dan mengetahui aspek tugasan yang perlu dilaksanakan

Januari (7/1/2013 hingga 11/1/2013)
Penyediaan soalan esei berformat
Menyediakan tujuh soalan esei berformat.  Soalan disediakan berdasarkan sukatan
Tidak berkenaan

Januari
hingga Mei
(14/1/2013
hingga (17/5/2013)

Pengajaran dan pembelajaran esei berformat


Penulisan esei berformat



Penghantaran, penyemakan, dan penilaian esei berformat


Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang format esei, seperti yang terkandung dalam sukatan
 
Menyerahkan soalan esei berformat kepada pelajar dan membimbing mereka dalam penulisan esei berformat

Menyemak dan menilai esei berformat berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM

*Guru hendaklah melaksanakan penulisan dan penyemakan esei berformat sepanjang tempoh P&P.  Pelaksanaan hendaklah dibuat apabila P&P bagi sesuatu format esei telah selesai.
Mengikuti P&P dan mempelajari format esei


Menerima soalan esei berformat dan menulis esei berdasarkan soalan yang diterima


Menghantar esei berformat yang dihasilkan kepada guru untuk dinilai
Penghantaran esei berformat:
Setiap esei berformat yang dihasilkan oleh calon hendaklah terus dihantar kepada guru sebelum guru memulakan P&P bagi format esei yang lain.

Penyemakan dan penilaian esei berformat:
Guru hendaklah menyemak dan menilai semua esei berformat yang dihantar oleh pelajar dan memberikan peluang kepada mereka untuk menambah baik markah masing-masing.
*Guru sekolah kerajaan juga dikehendaki mentaksir esei berformat bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.
Guru sekolah swasta tidak dibenarkan untuk mentaksir esei berformat bagi mana-mana jenis calon.
Mei
(20/5/2013 hingga 24/5/2013)
Penghantaran markah esei berformat kepada MPM
Menghantar markah pelajar ke MPM

Tidak berkenaan.


5        Penskoran
 Skema Pemarkahan Esei Berformat

No
Perkara
Markah
1
Kerelevanan
-Pendahuluan (2)
-Isi (10)
-Kesimpulan (2)
14
2
Pengolahan
5
3
Bahasa
6
Jumlah
25

6         Kriteria Penilaian
Penulisan esei berformat dinilai dari aspek:

(a)   Kerelevanan (R)
(i)                 Pendahuluan
(ii)               Isi
(iii)             Kesimpulan

(b)   Pengolahan (P)
(i)                  Kesepaduan Esei
·                  Jalinan isi dengan huraian
·                  Jalinan isi dengan isi
·                  Jalinan perenggan dengan perenggan
·                  Jalinan ayat dengan ayat

(ii)               Binaan Karangan
·                  Pendahuluan
·                  Isi
·                  Kesimpulan

(c)    Bahasa (B)
(i)                  Diksi
·                  Kata umum
·                  Istilah
·                  Peribahasa

(ii)                Tatabahasa
·                  Sintaksis (Frasa dan Ayat)
·                  Morfologi (Imbuhan, Kata Ganda, Kata Majmuk)

(iii)               Aspek Mekanis
·                  Ejaan
·                  Tanda Baca

(a)    Kerelevanan (14 markah)
Markah kerelevanan (R) terbahagi kepada pendahuluan/pengenalan, isi, dan kesimpulan/penutup.

(i)                  Pendahuluan (2 markah)

Tahap
Markah
Kriteria
Baik
2
Tepat dan jelas
Lemah
1
Kurang tepat dan kurang jelas

(ii)               Isi (10 markah) iaitu 2 markah x 5 isi

Tahap
Markah
Kriteria
Baik
2
Isi tepat, huraian jelas dan berfokus kepada isi utama
Lemah
1
Isi masih tepat, huraian kurang jelas dan kurang berfokus kepada isi utama

(iii)             Penutup (2 markah)
Tahap
Markah
Kriteria
Baik
2
Baik dan meyakinkan
Lemah
1
Kurang baik dan kurang meyakinkan

(b)         Pengolahan (5 markah)
(i)                 Isi atau buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur
(ii)               Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logikal yang padu antara ayat dengan ayat, dan antara perenggan dengan perenggan.
(iii)             Ayat-ayat yang dibina menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal dan nahuan.
Tahap
Markah
Kriteria
Baik
4-5
  • Pengolahan kemas dan teratur
  • Tautannya kukuh
  • Pemerengganannya baik
Sederhana
2-3
  • Pengolahannya masih kemas dan teratur
  • Tautannya kurang kukuh
  • Pemerengganannya masih baik
Lemah
1
  • Pengolahannya tidak kemas dan tidak teratur
  • Tiada tautan
  • Pemerengganannya tidak baik

(c)    Bahasa (6 markah)
(i)  Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis.
(ii)Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah Kerelevanan (R) dan Pengolahan (P).

Tahap
Markah
Kriteria
Baik
5-6
  • Kesalahan sintaksis kurang daripada 10
  • Bahasa lancar dan berkesan
  • Diksi tepat dan luas
Sederhana
3-4
  • Kesalahan sintaksis 10-19
  • Bahasa masih lancar dan masih berkesan
  • Diksi masih tepat dan masih luas
Lemah
1-2
  • Kesalahan sintaksis melebihi 20
  • Bahasa tidak lancar
  • Diksi tidak tepat dan terbatas
Penjumlahan Markah
Contoh pengiraan:
P
=
2
(maksimum 2)
I
=
8
(maksimum 10)
K
=
1
(maksimum 2)
__________________________________
R
=
11
(maksimum 14)
P
=
4
(maksimum 5)
B
=
4
(maksimum 6)
__________________________________
JUMLAH
19
(maksimum 25)
                    ________________________________
Catatan
(a)    Jika calon tidak menepati kehendak format, tolak 1 hingga 3 markah daripada markah Kerelevanan (R).

(b)    Jumlah perkataan yang perlu ditulis adalah sebanyak 600 hingga 650 patah perkataan.  Bagi esei berformat yang kurang daripada 550 patah perkataan, penolakan markah adalah seperti yang berikut:
(i)     Jumlah perkataan antara 500 hingga 549:  Tolak 2 markah
(ii) Jumlah perkataan antara 450 hingga 449:  Tolak 4 markah
(iii)  Jumlah perkataan kurang daripada 449   :  Tolak 6 markah

(c)    Jika karangan melebihi 650 patah perkataan, penilai tidak perlu memeriksa bahagian esei yang selebihnya.






7.  Contoh Soalan

1  Kini, stesen televisyen cenderung untuk mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti bagi menarik minat penonton.  Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja.
            Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta untk menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi.  Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu.  Tulis memorandum tersebut selengkapnya.
 
Memorandum

Kepada    :    YB Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Daripada  :    Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Pekan

Memorandum tentang Rancangan Hiburan
Bersifat Realiti yang Disiarkan Melalui Televisyen

1.      Pendahuluan
Dunia hiburan sekarang semakin berkembang di negara ini.  Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan lain-lain telah diperkenalkan oleh televisyen tempatan.  Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa.  Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan menjejaskan masa depan orang ramai, khususnya golongan remaja.  Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2.      Pernyataan Masalah
2.1  Pembaziran Masa
Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang.  Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan.  Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televiseyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti yang menjadi kegemaran mereka.  Segelintir pelajar sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut.  Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi akademik mereka akan merosot, dan situasi ini sekaligus menjejaskan usaha kita untuk melahirkan pelajar yang tahu menghargai masa dan cemerlang dalam bidang akademik.

            2.2  Pembaziran Wang
Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan ringkas (sms) pula, misalnya dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata membazirkan wang orang ramai…(jelaskan isi kedua)

2.3  Pengaruh Negatif
Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja…(jelaskan isi ketiga)

3.  Usul
3.1     Mengehadkan Rancangan
Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan.  Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan.  Hal ini demikian kerana…(jelaskan isi keempat)

 
3.2     Menghentikan Undian Sms
Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah dihentikan.  Pihak yang berkenaan hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan menggunakan borang undian bagi tujuan tersebut…(jelaskan isi kelima)

3.3     Menyediakan Garis Panduan
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis…(jelaskan isi keenam)

4.  Penutup
Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutamanya golongan remaja.  Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang.  Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua.  Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan berkurangan.  Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.



                    tt
…………………………….                                                                                  30 Mei 2009
Datuk Abdul Rahim bin Abdullah
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Daerah Pekan.
Skema Pemarkahan








Memorandum

Kepada     :
Daripada   :

Tajuk Memorandum

1.      Pendahuluan
2.      Pernyataan Masalah
3.      Usul
4.      Penutup

Tandatangan                                                                               Tarikh
(Nama dan Jawatan)  

 


 












































































SELAMAT BERCUTI, GUNAKAN MASA CUTI SEBAIK MUNGKIN...sebarang masalah anda boleh hubungi saya menerusi email, facebook:  SITI ZUNAIDA MUSTAPHA  IDA.

No comments:

Post a Comment