Friday, November 16, 2012

MORFOLOGI: PEMAJMUKAN


Kata Majmuk

 tatabahasastpm.com



Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i.         Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
  ii.   Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i.         Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Contoh:
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
  i.       Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain.


  Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)
Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
Antara Bangsa antarabangsa
Apa Bila Apabila
Apa Kala Apakala
Apa Lagi Apalagi
Bagai Mana Bagaimana
Barang Kali Barangkali
Beri Tahu Beritahu
Bumi Putera Bumiputera
Dari Hal Darihal
Dari Pada Daripada
Duka Cita Dukacita
Jawatan Kuasa jawatankuasa
Kaki Tangan Kakitangan
Ke Pada Kepada
Kerja Sama Kerjasama
Mana Kala Manakala
Mata Hari Matahari
Olah Raga Olahraga
Pada Hal Padahal
Pesuruh Jaya Pesuruhjaya
Setia Usaha Setiausaha
Suka Rela Sukarela
Suruhan Jaya Suruhanjaya
Tanda Tangan Tandatangan
Tanggung Jawab Tanggungjawab
Warga Negara warganegara
 
Pengimbuhan Kata Majmuk
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN...an penguatkuasaan
kemas kini
lipat ganda
meN...kan Mengemaskinikan
melipatgandakan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa Ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
surat khabar peR...an persuratkhabaran
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
berR- garis pusat
terima kasih
ber garis pusat
berterima kasih
meN- ambil alih meng ambil alih
peN- cari gali pen cari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan
 
Penggandaan Kata Majmuk
Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:-
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya kapal-kapal terbang
suku-suku kata garis-garis pusat
Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar
 

No comments:

Post a Comment