SINOPSIS
NOVEL: BUKAN DUNIAKU
Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja
sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe.
Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe
memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia
mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci
kereta dan menjaga petak letak kereta.
Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di
sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu
malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja
paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi
itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan
Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim.
Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti
sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu
menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk
mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh
menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba
melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.
Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang
bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz,
remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani
berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian
kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang
Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim
memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang
susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta
Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di
pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali
peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan
ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan
hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga
mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika
merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah
diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah
sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak
terburu-buru.
Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang
Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia
bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang menemani Halim
ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk.
Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh
polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya
adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan
kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan
keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan
memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja
persekolahan Saleh.
ULASAN BAB
BAB 1: MENCARI SESUAP NASI
Halim bekerja sebagai pencuci kereta. Dia tekun mencuci kereta para
pelanggannya.Setiap hari dia perlu melakukan tugas itu. Setelah selesai
mencuci kereta, Halim tersangkal dipangkal pokok untuk melepaskan penat.
Seorang lelaki berjeket hitam dan bertubuh gempal datang menghampiri
Halim. Halim menyerahkan semua wang hasil kerjanya kepada lelaki itu.
Halim memanggil lelaki itu Abang Joe.
Abang Joe pemeras tenaga remaja yang tidak berumah atau
yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja
haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta. Abang Joe
banyak menpunyai kawan yang sanggup memerhatikan remaja-remaja ini
bekerja. Kawan-kawan Abang Joe akan memukul dan mencederakan mereka yang
ingkar atau mencuba melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja yang
disuruh oleh Abang Joe. Halim juga pernah dipukul dan diseksa kerana
mencuba melarikan diri suatu ketika dahulu.
Halim berjalan ke gerai yang berhampiran untuk membeli
makanan. Kemudian, Halim kembali ke pokok itu semula. Halim makan
perlahan-lahan. Dalam pada itu, dia termenung mengenangkan nasibnya.
Halim dicengkam rasa kesal kerana bertindak terburu-buru. Oleh sebab
terlalu mengikut kata hati,akhirnya Halim menjadi hamba kepada seorang
lelaki yang tidak berhati perut.
BAB 2: DIGANGGU RINDU
Selepas meletakkan beberapa bungkus makanan di atas
meja, Abang Joe keluar dari pondok itu. Halim tahu bahawaAbang Joe
keluar untuk mengedarkan dadah. Perkara itu terbongkar apabila seorang
rakanya yang diperdayakan oleh Abang Joe membuka cerita. Menurutnya,
Abang Joe merupakan pengedar dadah yang utama yang membekalkan dadah
kepada penagih-penagih di sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, Abang Joe
tidak pernah sekalipun ditangkap kerana dia begitu pandai menjalankan
kerjanya.
Halim mengambil bungkusan makanan yang ditinggalkan
oleh Abang Joe. Dia berikan bungkusan makanan itu kepada rakan-rakannya.
Selepas tenaga mereka diperas pada waktu siang, di pondok usang itulah
Halim dan rakan-rakannya menghabiskan masa pada waktu malam. Tidak ada
sesiapa pun yang dibenarkan keluar dari pondok itu tanpa kebenaran Abang
Joe. Halim berbaring. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya.
Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah
atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh
mengejutkan Halim. Mungkin perasaan rindu dan bersalah membuatkan dia
bermimpi begitu. Saleh meminta Halim menceritakan peristiwa yang berlaku
sehingga dia terperangkap di pondok itu. Halim terdiam. Dia bimbang
kalau-kalau ceritanya nanti membuatkan Saleh berasa tidak selesa
denganya. Saleh dapat membaca kegelisahan Halim. Saleh pun memutuskan
untuk menceritakan kisahnya dahulu. Saleh berasal dari keluarga yang
susah. Ayahnya penores getah dan ibunya pula suri rumah. Saleh
mengingati segala peristiwa yang berlaku sehingga dia terperangkap dalam
genggaman Abang Joe.
BAB 3: BERKORBAN APA SAHAJA
Ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan
Saleh lagi. Saleh rela berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan
ayah dan ibunya serta ingin menberi peluang kepada adik-adiknya belajar.
Saleh meminta izin daripada ayahnya untuk pergi ke
Bandar. Dia mahu mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.Pada
mulanya, ayah Saleh tidak membenarkan Saleh ke bandar kerana bimbang
sesuatu yang buruk akan menimpa Saleh. Namun begitu, setelah Saleh
memberitahu ayahnya bahawa dia akan mencari kawannya, Abu maka ayahnya
bersetuju melepaskan Saleh.
Setelah tiba di Kuala Lumpur, Saleh menunggu bas untuk Shah
Alam. Ketika itulah Saleh didatangi oleh Abang Joe. Abang Joe
bersungguh-sungguh ingin membantu Saleh. Abang Joe berjaya memujuk Saleh
supaya tinggal bersama-sama denganya. Saleh membatalkan niatnya untuk
mencari Abu kerana termakan pujukan Abang Joe yang menawar pekerjaan
yang dapat menjamin kehidupannya.
Akhirnya, Saleh sedar bahawa dia telah diperangkap oleh
Abang Joe. Saleh dipukul dan diugut ketika mencuba melarikan diri. Halim
bersimpati akan nasib menimpa Saleh.
BAB 4: PERKENALAN
Halim Termenung di bawah pokok sambil menunggu
kedatangan pelanggan. Ketika Halim asyik melayan perasaan,kelihatan
sebuah kereta membelok masuk ke kawasan itu. Seorang lelaki keluar dari
kereta itu. Halim segera mengambil peralatan mencuci kereta. Lelaki itu
meminta Halim mencuci keretanya bersih-bersih. Halim mengangguk-angguk
sambil melakukan kerjanya.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Halim. Lelaki
itu bernama Fariz.Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi
Faris,remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak
berani berterus-terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya kerana Halim
bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab
itu,Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa
dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja
untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Fariz mempelawa Halim makan di gerai yang berhampiran setelah
dia habis mencuci kereta itu nanti.Halim berasa serba salah sama ada
hendak menerima atau menolak pelawa Fariz. Dia memerhatikan keadaan di
sekelilingnya.
BAB 5: BERKONGSI CERITA
Faris berusaha mengajak Halim makan di gerai dan sedikit curiga dengan
ketakutan Halim. Halim tidak mampu menolak. Dalam pertemuan singkat,
Halim merasakan Fariz seorang lelaki yang baik.Namun, dia masih takut
untuk berterus-terang. Sebelum beredar, Fariz menyerahkan duit tambahan
kepada Halim sebagai tanda terima kasih. Menjelang petang, van membawa
mereka pulang ke pondok. Halim terkejut apabila Abang Joe ingin
berjumpanya. Dia mengasyaki mungkin Abang Joe mengetahui pertemuannya
dengan Fariz. Saleh bimbang apabila Halim berjumpa Abang Joe di luar
pondok.
Rupa-rupanya Abang Joe hanya inginkan duit hasil kerja Halim kerana
Abang Joe tidak datang mengutip wang daripada Halim pada hari itu. Abang
Joe percaya pada kerja Halim dan terus menyimpan duit itu dalam
poketnya. Namun, Abang Joe mengingatkan Halim agar tidak menyusahkannya.
Halim masuk semula ke pondok dan Saleh berasa lega apabila Halim tidak
diapa-apakan. Mereka bersama berharap agar dapat dibebaskan dan berdoa
agar sentiasa sihat. Saleh memujuk Halim mencerita kisahnya. Halim
memberitahu dia anak orang berada. Ibu bapanya ahli perniagaan dan dia
merupakan anak tunggal.
BAB 6: MENGIKUT KATA HATI
Halim terus mengimbas kembali kisah hidupnya. Sejak
akhir-akhir ini, ayah dan ibu Halim sibuk bekerja. Halim mengurung diri
di dalam biliknya. Dia berasa hampa kerana ayah dan ibunya masih tidak
pulang lagi sedangkan hari itu merupakan hari jadinya yang kelima belas.
Apabila ayah dan ibunya pulang, Halim bertanyakan sama ada
mereka ingat akan hari jadinya. Ternyata kedua-dua orang tua Halim
terlupa akan hari jadinya. Mereka meminta maaf dan berjanji akan
membelikan Halim hadiah esok. Perkara ini benar-benar mengecewakan
Halim. Dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, Halim lari dari rumah.
Dia menaiki bas untuk sampai ke ibu kota.
Setelah tiba di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun
oleh beberapa orang lelaki ketika melalui sebuah lorong. Halim telah
diselamatkan oleh Abang Joe dan dibawa pulang ke rumahnya. Abang Joe
melayan Halim dengan baik. Namun begitu, Abang Joe bukanlah sebaik yang
disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.
BAB 7: MENERIMA PELAWAAN
Halim menjalan tugasnya seperti biasa pada hari itu. Sebuah kereta masuk
dan muncul Fariz. Halim terkejuk dan setelah bertanya khabar, Halim
dimaklumkan Fariz bercuti. Halim mula mengesyaki Fariz konco Abang Joe
apabila memberitahu dia bercuti sehingga urusan selesai. Namun, Fariz
meyakinkan Halim bahawa dia orang jahat. Fariz masih bertanya tentang
Halim kerana kelihatan Halim menyembunyikan sesuatu. Fariz membeli
makanan di gerai setelah Halim menolak pelawaannya untuk makan
bersama-sama di gerai. Fariz menunggunya di bawah pokok.
Sedang Halim ingin menjamah makanan, Abang Joe menyergahnya. Abang Joe
memarahinya kerana tidak menjalankan tugasnya. Fariz yang terkejut akan
kekasaran Abang Joe cuba menenangkannya dengan berkata keretanya sedang
dicuci oleh Halim agar Abang Joe tidak memarahi Halim. Abang Joe member
amaran agar Halim tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Abang
Joe bimbang rahsianya terbongkar. Setelah Abang Joe beredar, Fariz mula
menyoal Halim. Halim menyatakan bosnya memang garang namun masih enggan
berterus terang. Fariz tidak memaksa Halim berterus-terang namun dia
sakit hati melihat Halim diperlakukan begitu. Halim meminta maaf
daripada Fariz dan Fariz menyatakan akan memberi hadiah kepada Halim
pada hari esok.Halim tidak sabar menunggu hari esok.
BAB 8: DIBELASAH ABANG JOE
Setibanya dipondok kediaman, Abang Joe menyuruh semua remaja
di dalam van itu turun. Semua kawan Halim turun dari van tersebut
kecuali Saleh. Walaupun dimarahi oleh Abang Joe namun Saleh tetap enggan
berganjak.
Halim dan Saleh dibawa ke sebuah pondok usang yang lain. Pondok
itu dijadikan gudang menyimpan dadah dan ganja. Saleh dibelasah dengan
teruk oleh konco-konco Abang Joe ketika dia cuba menghalang Abang Joe
daripada mencekik leher Halim. Abang Joe mengugut akan membunuh Halim
jika dia masih berhubung dengan orang luar. Konco-konco Abang Joe turut
membelasah Halim sehingga dia jatuh pengsan.
Apabila tersedar, Halim mendapati dia sudah berada di
pondok tempat tinggalnya. Dia dikelilingi oleh rakan-rakan yang lain.
Halim bertanya tentang Saleh kepada mereka. Ternyata Saleh juga berada
disitu. Halim bangun lalu memeluk Saleh. Beberapa orang rakan yang lain
mengubati luka pada badan Halim Dan Saleh.
BAB 9: BERLAKU KEKECOHAN
Pagi itu, Halim menjalankan tugasnya seperti biasa. Kebiasaannya jam
sembilan pagi baru ramai pelanggannya. Dia teringat akan Fariz yang mahu
menemuinya hari ini untuk memberi hadiah. Halim risau akan ugutan Abang
Joe. Mungkin dia perlu berterus terang. Tiba-tiba,beberapa buah
motorsikal memasuki kawasan itu. Mereka merayau-rayau dikawasan itu dan
akhirnya meninggalkan motosikal mereka dikawasan itu. Mereka hilang
begitu sahaja. Halim hairan pelanggannya tiada pada hari itu.
Tiba-tiba, dia melihat kekecohan berlaku. Dua orang konco Abang Joe
dikejar oleh lima orang lelaki yang bermotosikal tadi dan berjaya
ditangkap. Halim mengesyaki mereka polis. Apabila ditanya, Halim
menyatakan mengenali penjenayah itu. Tiba-tiba kelihatan dua buah kereta
tiba.Fariz keluar dari kereta itu. Halim terkejut melihat semua anggota
lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim semakin keliru. Fariz
memegang bahu Halim.
BAB 10: BEBAS DARIPADA PERANGKAP
Fariz menerangkan kepada Halim identitinya yang
sebenar. Dia bukan kerani tetapi pegawai polis dari bahagian narkotik
dan jenayah. Fariz memberitahu telah lama dia mengintip Johari atau
Abang Joe dan memaklumkan Abang Joe telah ditangkap pagi tadi. Abang Joe
merupakan penjenayah yang paling dikehendaki. Halim lega kerana dia
akan kembali ke pangkuan keluarganya. Dia mula bertanya tentang
rakan-rakannya yang lain. Fariz memaklumkan kesemua mereka berada di
balai polis akan diserahkan kepada keluarga masing-masing termasuk
Halim. Halim bersetuju menjadi saksi kepada semua jenayah Abang Joe.
Sebelum dibawa berjumpa ibu bapanya, Halim diminta menunjukkan tempat
simpanan dadah Abang Joe. Halim bersetuju menujukkan tempatnya kerana
disitu dia dibawa semalam.
Abang Joe dan konconya menerima hukuman setimpal. Halim kembali kepada
keluarganya. Dia menyambung kembali pelajarannya dan tidak lagi mengikut
perasaan. Saleh gembira menerima sepucuk surat daripada Halim. Ayah
Halim bersetuju membantu Saleh untuk menyambung semula pelajaranya.
Mereka sedar dunia mereka bukan disitu dan harus menggunakan akal setiap
kali membuat keputusan.
PLOT
Permulaan
Halim merupakan seorang remaja yang bekerja sebagai pencuci kereta dan
sebagai orang suruhan Abang Joe. Dia sering merindui keluarga yang
ditinggalkannya. Dia berasa menyesal kerana tindakanya lari dari rumah.
Oleh sebab terlalu merindui ibu bapanya, dia bermimpi. Saleh,rakan yang
senasib dengannya mengejutkannya dari mimpi. Saleh pun bercerita
kisahnya yang berasal dari keluarga miskin dan terpaksa berkorban dengan
berhenti sekolah demi adiknya yang masih bersekolah. Dia berjanji untuk
membantu ibu bapanya mencari rezeki namun ditipu oleh Abang Joe apabila
tiba di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan nasib Halim.Halim bercerita
dia merupakan anak tunggal orang berada. Namun ibubapanya, membuatkannya
tersinggung. Hal ini berlaku apabila ibu bapanya lupa akan hari
lahirnya.Halim merajuk dan melarikan diri dari rumah menuju ke Kuala
Lumpur.Di Kuala Lumpur dia diselamatkan oleh Abang Joe daripada dirompak
dan ditipu dengan kebaikan Abang Joe.
Perkembangan
Halim berkenalan dengan Fariz yang begitu baik orangnya. Fariz yang
begitu baik orangnya. Fariz melayannya dengan baik. Namun, Halim curiga
kerana risau mungkin Fariz konco Abang Joe yang ingin mengujinya. Fariz
member upah tambahan kepada Halim sebagai tanda terima kasih kerana
mencuci keretanya. Keesokannya Fariz datang lagi berjumpa
dengannya.Halim menolak apabila di ajak ke gerai makan. Namun Fariz
tidak putus asa. Dia membeli makanan dan mengajak Halim makan dibawa
pokok. Ketika itu,Abang Joe datang menjerkahnya. Halim dan Fariz
terkejut.Namun,dia membela Halim menyatakan keretanya sedang dicuci dan
dia mengajak Halim makan kerana dia berasa lapar.
Perumitan
Halim menerima padanya apabila dibelasah oleh Abang Joe dan
konco-konconya kerana berbaik dengan Fariz. Saleh juga dibelasah kerana
membela Halim.
Klimaks
Kumpulan bermotosikal yang tiba dikawasan Halim mencuci kereta
membingungkan Halim. Mereka hilang dan tidak lama kemudian lima orang
berjaya menangkap konco-konco Abang Joe. Fariz muncul dan angota polis
lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim tercengang dengan situasi
itu.
Peleraian
Fariz menceritakan kepada Halim bahawa dirinya seorang pegawai polis di
bahagian narkotik. Mereka sudah lama mengintip kegiatan Johari. Johari
berjaya ditahan polis bersama konco-konconya.Halim kembali kepangukuan
keluarganya.Bapa Halim berjanji untuk membantu Saleh dari segi kewangan
agar Saleh terus bersekolah. Mereka insaf bahawa tidak boleh membuat
keputusan terburu-buru.
TEMA
Novel remaja Bukan Duniaku memaparkan tema yang unik, iaitu penderitaan
dan keinsafan remaja yang terperangkap dengan satu sindiket di Kuala
Lumpur. Itu pokok persoalan yang dapat dikesan daripada keseluruhan
cerita novel tersebut. Idea tadi amat dominan dalam novel tersebut
bermula dari peringkat awal hinggalah pengakhiran cerita.
Penderitaan remaja yang dijadikan mangsa sindiket akibat bertindak
terburu-buru. Halim dan saleh menjadi mangsa sindiket yang menipu remaja
yang tiba di ibu kota demi mengaut keuntungan dengan mudah. Mereka
dipaksa bekerja sebagai pencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta.
Semua wang hasil kerja terpaksa diserahkan kepada Abang Joe iaitu ketua
sindiket.
Hal itu merupakan bentuk penderaan dan penderitaan fizikal yang dialami
oleh Halim. Penderaan dan penderitaan fizikal yang lebih dahsyat ialah
peristiwa Halim dibelasah dalam kejadian berasingan. Kejadian pertama
berlaku ketika Halim cuba melarikan diri daripada cengkaman sindiket
itu. Halim disepak dan diterajang oleh konco-konco Abang Joe. Kejadian
kedua pula berlaku pada waktu petang selepas Halim pulang dari tempat
kerja. Dia dibelasah dengan teruk hingga pengsan kerana didapati
bercakap dan makan serta minum dengan salah seorang pelanggannya, iaitu
Fariz. Rakannya Saleh yang mempertahankannya daripada dicekik oleh Abang
Joe turut dibelasah hingga pengsan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Halim
Halim berumur lima belas tahun, berkulit gelap dan masih bersekolah. Dia
merupa anak tunggal. Ibu bapanya merupakan orang berada namun terlalu
sibuk bekerja. Antara perwatakan Halim ialah membuat keputusan
terburu-buru. Contohnya, Halim melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila
ibu bapanya terlupa akan hari lahirnya. Seterusnya, menyesal atas
perbuatannya yang mengambil keputusan terburu-buru. Contohnya, Halim
menyesal dengan keputusan terburu-burunya menyebab dia terperangkap
dengan sindiket akibat merajuk dengan ibu bapanya. Selain itu, simpati
terhadap orang lain.Contohnya, dia bersimpati dengan nasib Saleh yang
hidup dalam kesmiskinan. Di samping itu, suka membantu. Contohnya, Halim
berazam untuk membantu Saleh dan akhirnya ayah Halim bersetuju membantu
Saleh dari segi kewangan. Halim juga seorang yang mengambil berat akan
orang lain. Contohnya, apabila tersedar daripada pengsan, dia segera
bertanya tentang Saleh yang teruk dibelasah kerana membelanya.
Selanjutnya, bekerja bersungguh- sungguh. Contohnya, dia mengelap kereta
sehingga bersih demi kepuasan pelanggan dan Abang Joe berpuas hati
dengan pendapatan Halim.
Abang Joe
Berbadan besar dan sangat bangis. Merupakan seorang pengedar dadah dan
mempunyai ramai anak buah. Perwatakannya suka memperdaya remaja.
Contohnya, Halim dan Saleh terpedaya akan kebaikan Abang Joe yang pada
awalnya melayan mereka dengan baik dengan tujuan jahat. Seterusnya,
tiada sifat belas kasihan. Contohnya, Halim ditumbuk dan dibelasah
apabila terbaik dengan Fariz.Selain itu, seorang yang garang dan bengis.
Contohnya, apabila ada remaja yang cuba melarikan diri, mereka akan
dibelasah dengan teruk. Disamping itu, suka mengugut. Contohnya Halim
akan menerima padah sekiranya dilihat bertemu dengan Fariz.
Fariz
Merupakan seorang pegawai polis di bahagian narkotik jenayah.
Perwatakannya ialah bertanggungjawab. Contohnyanya, beliau
bertanggungjawab dengan menghapuskan kegiatan jenayah dan menankap
penjenayah.Seterusnya, baik hati. Contohnya, sentiasa mengajak Halim
keluar makan di gerai dan ingin berbaik dengan Halim. Selain itu,
prihatin. Conohnya, Fariz menyatakan Halim patut bersekolah dan bukanya
berkerja.
Saleh
Anak penoreh getah dan seorang pelajar yang terpaksa berhenti sekolah
kerana kemiskinan. Perwatakannya ialah sanggup berkorban. Contohnya,
sanggup berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup dan ingin menbantu
keluarga serta mahu adiknya terus bersekolah. Seterusnya,
rajin.Contohnya sebelum ke sekolah, dia akan menbantu bapanya menoreh.
Di samping itu, berani. Buktinya apabila dia tidak mahu turun dari van
kerana risau akan Halim yang dipaksa mengikut Abang Joe ke tempat lain,
walaupun Halim memaksanya turun tapi dia enggan.
PERSOALAN
Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram.
Halim dan rakan-rakanya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah
mengarahkan konco-konco supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan
rakan-rakanya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul
oleh konco-konco Abang Joe.
Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati. Halim amat kesal
atas tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati
apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru
Halim itu telah membawa musibah kepadanya.
Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil
kesempatan atas kelemahan orang lain demi kepentigan diri. Abang Joe
telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya.
Dia memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram
seperti menjaga tempat letak kereta dan mencuci kereta tanpa membayar
sebarang upah kepada mereka.
Semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup menemani Halim berjumpa
dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu.
Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh
konco-konco Abang Joe.
Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah. Fariz
bijak menyembunyikan identinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia
memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani disebuah syarikat swasta
supaya identitinya yang sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke
tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan
konco-konconya.
Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah. Anggota polis
yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya
yang melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut,
dan sebagainya.
GAYA BAHASA
Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel adalah hiperpola,
contohnya Dia hanya mampu mengukir mimpi itu, namun tidak berdaya
mencipta semua itu. (Halaman 6). Contoh lain Hiperbola, Biarlah dia
dikurniakan sepasang sayap untuk terbang, pasti dia terbang menghadap
ayah dan ibunya.Akan dipohon seribu kemaafan atas kesalahan yang telah
dilakukannya selama ini. (Halaman 29). Seterusnya simile, contohnya Dari
sebuah rumah besar yang selesa, kini dia terpaksa bersesak-sesak hidup
di dalam pondok usang yang tidak ubah seperti kandang kambing. (Halamn
11). Contoh lain,Gambaran itu sangat jelas bagaikan paparan skrin
televisyen yang menayangkan kisah hidupnya. (Halaman 18) dan Dia layan
kamu macam kamu ini hambanya sahaja. (Halaman 59). Terdapat juga bahasa
Arab, contohnya, penggunaan perkataan Allah S.W.T (Halaman 40),
assalumualaikum (Halaman 47), waalaikumusalam (Halaman 48) dan
astaghfrullahalazim (Halaman 15).Seterusnya, simpulan bahasa Selama ini
Halim buta hati kerana tidak tahu menilai kasih sayang ayah dan ibu.
(Halaman 29). Seterusnya pepatah, contohnya Benarlah kata pepatah
bahawa, ikut rasa binasa, ikut hati mati. (Halaman 77).
LATAR TEMPAT
Tempat cuci kereta-tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia terperangkap oleh Abang Joe.
Bawah pokok-Tempat Halim meletakan peralatan mencuci kereta dan tempat
Halim duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk cuci kereta.
Sebuah lorong di ibu kota-tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu
kota.Di tempat ini Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang
lelaki.Disini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe yang
menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun.
Pondok usang-di pondok ini Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya
ditempatkan.Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang
kisah hidup masing-masing.Mereka saling bercerita tentang peristiwa yang
menyebabkan mereka ke Bandar sehingga akhirnya termasuk dalam perangkap
dalam perangkap Abang Joe.
Rumah Halim-tempat tinggal Halim sekerluarga.Dirumah ini Halim sering
ditemani pengasuhnya,Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluarga bekerja.
Rumah Saleh-tempat tinggal Saleh sekeluarga.Di rumah inilah ayah Saleh
memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh
lagi.Dirumah ini jugalah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia sanggup
berhenti sekolah.Malah,Saleh turut memberitahu ayahnya tentang hasratnya
yang ingin mencari perekerjaan di bandar demi membela nasib mereka
sekeluarga.
Gerai makan-gerai terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta.Di sinilah Fariz membelanjai Halim makan.
Sebuah pondok usang yang lain-Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai
tempat menyimpan dadah.di sini jugalah Halim dan Saleh dipukul oleh
konco-konco Abang Joe kerana tidak suka Halim berkawan dengan Fariz.
LATAR MASA
Pada Waktu Siang-Setiap hari Halim berkerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.
Pada Waktu Pagi-Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah.
Pada Waktu Malam-Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang terlalu mengikut kata hati. Halim yang baru berusia 15
tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila
ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinan. Ayah Halim tidak mampu menanggung belanja persekolahan Halim.
Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga.
Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan
ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar.
Malah, Saleh sanggup pergi ke Bandar untuk mencari kerja demi membela
nasib mereka sekeluarga.
Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain demi
kepentigan diri. Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan
rakan-rakannya. Dia mengugut Halim dan rakan-rakannya supaya bekerja
mencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta tanpa memberi sebarang
upah kepada mereka.
Masyarat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe mengarahkan
konco-konconya memukul Halim dan Saleh apabila melarikan diri.
Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan.Halim dan Saleh tabah
menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah mereka termasuk dalam
perangkap Abang Joe.
Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup
menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim
sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang
memberikan perhatian terhadap anak. Ibu bapa Halim terlalu sibuk bekerja
sehingga kurang memberikan perhatian terhadap Halim.
Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah. Fariz dan beberapa
orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang Joe dan konco-konconya
yang menjalankan kegiatan haram seperti mengedardadah dan memeras ugut.
Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihakberkuasa untuk
membanteras kegiatan jenayah. Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi
saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di
makamah.Sebagai akibatnya, kesemua penjanayah terbabit telah dijatuhkan
hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.
NILAI
Kasih sayang
Contohnya: Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah
kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan
peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia sanggup pergi ke bandar
untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.
Tabah
Contohnya: Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan
Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan
konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
Rajin
Contohnya: Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.
Bersimpati
Contohnya: Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti
sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
Setia
Contohnya: Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak
meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang
Joe.
Bijak
Contohnya: Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis
dari bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.
Baik hati
Contohnya: ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.
PENGAJARAN
Kita haruslah sayang akan keluarga kita.
Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti
sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin
memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi
ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.
Janganlah bertindak terburu-buru.
Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah
semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan
hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.
Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali.
Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu
semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan
pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya akhirnya termasuk dalam
perangkap lelaki tidak berhati perut.
Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terabai.
Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan.
Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan
Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan
konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
Kita haruslah belajar daripada kesilapan.
Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana
dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah, Saleh tidak
meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang
Joe.
Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang.
Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis
dari bahagaian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.
Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras jenayah.
Contohnya, Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan
keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah.
Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh
TEKNIK PENCERITAAN
Eksposisi
Pada peringkat ini, pengarang memperkenalkan watak utama dan beberapa watak sampingan kepada pembaca dengan cara yang kreatif.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 1 perenggan 2.
Perkembangan
Dalam bahagian perkembangan, konflik yang dihadapi oleh Halim kian rumit
Gabungan konflik pada peringkat perkembangan ini membawa cerita ke bahagian klimaks
Klimaks
Binaan plot pada bahagian klimaks memperlihatkan penangkapan dua rakan Abang Joe di tempat Halim bekerja.
Peleraian
Apabila cerita melepasi klimaks, insiden-insiden yang berikutnya mula memasuki bahagian peleraian.
Semua rahsia sindiket yang diketuai oleh Abang Joe terbongkar dan mereka
dibalas dengan hukuman yang setimpal, semua remaja yang menjadi
hambanya kini selamat.
Dialog
Dialog ialah perbualan dalam kalangan watak
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 3 perenggan 11.
Pemerian
Pemerian merupakan satu-satunya cara yang memberikan ruang kepada
pengarang menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Pengarang
seolah-olah campur tangan untuk menggambarkan apa-apa insiden.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 6 perenggan 4 - 6.
Monolog
Monolog ditakrifkan sebagai bercakap kepada diri sendiri dan suara itu
dilafazkan serta kedengaran oleh watak tersebut dan mungkin juga oleh
orang lain sekitarnya.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 6 perenggan 8.
Monolog Dalaman
Monolog dalaman didefinisikan sebagai kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 19 perenggan 6.
Halaman 25 perenggan 8.
Halaman 25 perenggan 6.
Suspens
Suspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan perasaan ingin
tahu atau keadaan tertanya-tanya dalam diri pembaca tentang peristiwa
yang akan berlaku seterusnya.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 60 perenggan 6 - 7.
Imbas Kembali
Imbas kembali merupakan salah satu teknik plot dalam penghasilan karya sastera prosa, khususnya novel, cerpen dan drama.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 7 perenggan 3.
Diksi
Diksi bermaksud pemilihan kata oleh pengarang ketika menulis sebuah cerita.
Dalam novel bukan duniaku, keseluruhan diisinya berkait rapat dengan kehidupan remaja pada masa kini.
Bahasa Asing
Dalam sebuah novel, penggunaan istilah atau kosa kata bahasa asing bukanlah suatu hal yang luar biasa.
Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 4, 6, 15, 17 dan 20.
Ayat Pendek
Ayat pendek bermaksud ayat yang hanya dibarisi oleh beberapa patah kata.
Ayat Panjang
Ayat panjang pula biasa digunakan dalam ayat penyataan untuk memberikan
penerangan secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembaca.
Peribahasa
Penggunaan peribahasa dalam sebuah karya, antaranya bertujuan untuk menimbulkan unsur keindahan dan memantapkan penceritaan.
Simile
Simile ialah bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan
antara satu objek atau konsep, dengan objek atau konsep yang lain yang
sebenarnya tidak sama.
No comments:
Post a Comment