1.4.3 Penggandaan
(a) Jenis penggandaan
(i)
Penggandaan penuh
(ii)
Penggandaan separa
(iii) Penggandaan berentak
(b) Fungsi dan makna penggandaan
Penggandaan
- Semua
bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata
dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.
- Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
Penggandaan
- Semua
bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata
dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
- Gandaan penuh
- Gandaan separa
- Gandaan berentak
- Gandaan makna
- Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu
- penggandaan penuh
- penggandaan berentak
- pengandaan separa.
Penggandaan penuh
- Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
- Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
- Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.
Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:
Kata nama tunggal
|
Alat | alat-alat |
Budak | budak-budak |
Rumah | rumah-rumah |
Murid | Murid-murid |
Kura | Kura-kura |
Makan | Makan-makan |
Tadika | Tadka-tadika |
Kata nama terbitan
|
Ke tua | ketua-ketua |
Pe kebun | pekebun-pekebun |
Makanan | makanan-makanan |
Per satuan | persatuan-persatuan |
pe juang | pejuang-pejuang |
Ke dutaan | Kedutaan-kedutaan |
Penggandaan Berentak
- Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
- Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
- Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
- Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
- Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
- penggandaan suku kata awal
- penggandaan suku kata akhir
- penggandaan konsonan
- penggandaan bersisipan
- penggandaan berakhiran
- Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
- Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)
Rentak pada pengulangan vokal atau diftong
|
Cerai | cerai-berai |
Hina | Hina-dina |
Sayu | Sayur-mayur |
Rentak pengulangan konsonan
|
gunung | Gunung-ganang |
susap | Susap-sasap |
simpang | Simpang-siur |
Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit | bukit-bukau |
Warna | warna warni |
Batu | batu-batan |
Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.Contoh:
Sayur | sayur mayur |
Kuih | kuih-muih |
Lauk | lauk pauk |
Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah.Contoh:
Gunung | gunung-ganang |
Guruh | guruh-garah |
Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.Contoh:
Tali | tali-temali |
Gunung | gunung-ganang |
Jari | jari jemari |
Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.Contoh:
Sayur | sayur-sayuran |
Biji | Biji-bijian |
Barang | barang-barangan |
Penggandaan separa
-
Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar.
Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
- Kata tunggal
(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah
penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal
suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /
Contoh:
Kata dasar
|
Penggandaan penuh
|
Penggandaan separa
|
laki | Laki-laki | Lelaki |
langit | Langit-langit | Lelangit |
suatu | Satu-satu | Sesuatu |
budak | Budak-budak | Bebudak |
siku | Siku-siku | sesiku |
(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses
pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
- Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
- Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.
- Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar
|
Kata terbitan
|
Kata ganda
|
bual | Ber + bual | Berbual-bual |
cari | Ter + cari | Tercari-cari |
gila | Ter + gila | Tergila-gila |
borak | Ber + borak | Berborak=borak |
akan | Se + akan | Seakan-akan |
- Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)
Kata dasar
|
Kata terbitan
|
Kata ganda
|
anak | Ber + anak | Anak-beranak |
kejar | Men + kejar | Kejar-mengejar |
Penggandaan Makna
- Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:
Ipar | ipar duai |
Ipar | ipar lamai |
Saudara | saudara mara |
Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:
a. menunjukkan banyak
buku | buku-buku |
ketua | ketua-ketua |
jabatan | jabatan-jabatan |
gunung | gunung-ganang |
bukit | bukit-bukau |
b. membentuk nama haiwan
biri-biri |
kupu-kupu |
kunang-kunang |
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit | langit-langit (menyerupai langit) |
siku | siku-siku (menyerupai siku) |
orang | orang-orang (menyerupai orang) |
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur | sayur-mayur |
kuih | kuih-muih |
saudara | saudara-mara |
|
No comments:
Post a Comment