Prosa Tradisional
Taju’l Muluk
Taju’l Muluk
Raja Zainu’l Muluk yang memerintah Syarqastan dalam keadaan gering.
Menurut nujum, penyakit baginda akan sembuh sekiranya memperoleh
bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga
bakawali, kecuali Taju’l Muluk. Sudah lama merantau, putera baginda
tidak juga kembali kerana termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati, yang
pandai bermain catur menyebabkan Taju’l Muluk pergi mencari.
Taju’l Muluk bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama
dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi
ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya.
Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju’l Muluk terpaksa
mengaku seorang perempuan tua sebagai neneknya. Menurut nenek itu,
kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur kerana memelihara seekor
kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera
diisyaratkan kepada kucing, kemudian kucing akan menggoyangkan
kepalanya, lalu padamlah pelita itu. Ketika itulah tikus akan keluar
mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda
dapat mengalahkan berates-ratus orang raja.
Apabila mengetahui akan rahsia itu, Taju’l Muluk membeli seekor
musang dan dajar anak musang itu. Apabila dia memetik tangan,
keluarlah musang itu. Dengan menggunakan kuda dan memakai pakaian
lengkap, Taju’l Muluk pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati. Puteri
Jenuh Hati melayan kedatangan Taju’l Muluk dengan baik. Kemudian
Taju’l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur. Dalam
pusingan pertama, Taju’l Muluk kalah. Ketika pusingan kedua, Puteri
Jenuh Hati hamper kalah, lalu baginda member isyarat kepada kucing,
menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju’l Muluk kemudian
member isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu
mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenuh
Hati tidak dapat menipu, baginda kalah teruk di tangan Taju’l Muluk.
Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju’l Muluk membuat
pertaruhan dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya, jika dia kalah,
baginda boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya
baginda yang kalah, dia akan mengambil semula harta yang tinggal
milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada
Taju’l Muluk. Dia kemudian menceritakan tujuan dia datang ke
mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju’l Muluk dibebaskan.
Menurut cerita Puteri Jenuh Hati, Bakawali merupakan anak raja
yang besar kerajaannya. Di dalam taman piteri itu terdapat sebuah
kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang
dicari Taju’l Muluk selama ini. Untuk mencari kekuatan, Taju’l Muluk
menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Dengan semangat
yang kuat, Taju’l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali. Setelah
melalui pelbagai cabaran, akhirnya Taju’l Muluk menemui raksasa dan
dia terpaksa berbaik-baik dengan raksasa tersebut. Dengan bantuan
raksasa, jin telah membawa Taju’l Muluk terbang menemui Dewi
Hamalah. Taju’l Muluk menunjukkan surat yang ditulis oleh raksasa.
Apabila jin itu pulang, Dewi Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk
dengan Puteri Mahmudah.
Nilai
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Taju’l Muluk kasih akan ayahandanya menyebabkan dia pergi merantau untuk mendapatkan bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat disembuhkan. Seterusnya baik hati, contohnya perempuan tua yang dianggap penghulu mahligai Puteri Jenuh Hati telah melayan Taju’l Muluk dengan baik dan menganggap Taju’l Muluk seperti cucunya sendiri. Akhir sekali keberanian, contohnya Taju’l Muluk seorang yang berani, antaranya sanggup berhadapan dengan raksasa.
Pengajaran
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Taju’l Muluk kasih akan ayahandanya menyebabkan dia pergi merantau untuk mendapatkan bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat disembuhkan. Seterusnya baik hati, contohnya perempuan tua yang dianggap penghulu mahligai Puteri Jenuh Hati telah melayan Taju’l Muluk dengan baik dan menganggap Taju’l Muluk seperti cucunya sendiri. Akhir sekali keberanian, contohnya Taju’l Muluk seorang yang berani, antaranya sanggup berhadapan dengan raksasa.
Pengajaran
Pengajaran daripada petikan ialah kita perlulah berkorban terhadap darah daging sendiri, contohnya Taju’l Muluk sanggup menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan saudaranya yang diculik Puteri Jenuh Hati dapat dibebaskan dan ayahandanya yang gering dapat disembuhkan. Seterusnya kita hendaklah jujur dalam setiap tindakan, contohnya yang ditunjukkan oleh Puteri Jenuh Hati yang menggunakan tipu muslihat untuk menang dalam permainan catur janganlah diikuti. Akhir sekali kita sewajarnya bijak menggunakan akal ketika menghadapi kecemasan, contohnya Taju’l Muluk menggunakan tipu muslihat apabila berhadapan dengan raksasa yang sebesar gunung yang mahu memakannya.
maklumat daripada :
http://sekolah.mmu.edu.my/smkadeputra/latihan_komsas.htm
No comments:
Post a Comment