Alhamdulillah...Setelah sekian lama blog ini sepi tanpa khabar ekoran keterbatasan masa, hari ini saya berpeluang menjengoknya. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan. Bagi permulaan bicara saya ingin meluahkan rasa bangga terhadap anak-anak SMK Putra yang amat berani menyahut cabaran guru-guru demi kemenangan rumah sukan masing-masing. Pelbagai pertandingan bahasa yang telah dan bakal dilaksanakan...Selasa lepas pertandingan deklamasi sajak dan melagukan syair berjaya dilaksanakan. Ternyata pelajar-pelajar begitu bersemangat...Selasa ini pula pelajar akan berpidato pula. Tak sabar untuk melihat anak-anak Putra mempamerkan bakat masing-masing.
 |
Peserta Rumah Kuning- Bersajak dengan semangat |
 |
Melagukan syair. |
 |
Bakal peserta pidato-Sesi latihan |
No comments:
Post a Comment