Monday, September 21, 2015

Solat di angkasa

SOALAN:

BAGAIMANAKAH CARA MENUNAIKAN SOLAT DI ANGKASA?



JAWAPAN:

Angkasa ialah udara, langit. Angkasa lepas bermaksud ruang lapisan udara yang mengelilingi bumi.

            Mengikut buku garis Panduan Ibadah Di International Space Station, ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa), cara pelaksanannya adalah seperti berikut:

Pertama: Penentuan Kiblat.

Mengikut kemapuan berdasarkan urutan berikut:

KaabahUnjuran Kaabah.Bumi



Kedua: Penentuan Waktu Solat.

Lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi) mengguna pakai waktu solat tempat berlepas (dengan penyesuaian untuk kawasan melebihi latitude 45’ utara mengikut buku Kaedah Panduan Falak Syarie angkasawan.



Ketiga: Cara Menunaikan Solat.

Solat boleh ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada’Pelaksanaan rukun fi’li (perbuatan) solat adalah dengan mengikat diri angkasawan mengikut kesesuaian keadaan di ISS berdasarkan urutan berikut:Jika tidak berupaya berdiri tegak, hendaklah berdiri secara membongkok.Jika tidak berupaya berdiri hendaklah secara duduk. Seseorang boleh melakukan rukuk dengan dahinya setentang lutut atau lebih utama setentang dengan tempat sujud.Jika tidak berupaya duduk, hendaklah secara berbaring mengiring di atas lambung kanan dan bahagian tubuh mengadap kiblat.Jika tidak berupaya baring hendaklah secara menelentang.Jika tidak berupaya secara menelentang, hendaklah secara isyarat mata bagi setiap pergerakan solat.Jika tidak berupaya juga hendaklah dengan hati iaitu menggambarkan dirinya berdiri, rukuk, sujud dan seterusnya.Pelaksanaan rukun qauli (perkatan) solat adalah sama seperti di bumi.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Bekas Memasak Makanan Haram

Sumber : Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Q & A Bersama Felo Penyelidik Fatwa

Hukum Menggunakan Alat Memasak Yang Pernah Digunakan Untuk Memasak Babi.

ISU:

Saya ada sedikit persoalan berkaitan hukum menggunakan alat memasak yang pernah digunakan untuk memasak babi. Mengikut bacaan saya ada hadith Nabi yang mengatakan hukumnya makruh, tetapi jika tiada alat lain yang boleh digunakan, boleh digunakan dan cukup sekadar dengan mencuci seperti biasa tanpa perlu disamak. Mohon penjelasan hukum lebih lanjut.

PENJELASAN:

Hukum asal sesuatu bekas adalah bersih dan suci; sama ada digunakan oleh seorang Muslim atau orang bukan Islam, kecuali jika diyakini bekas itu telah terkena najis. Oleh sebab itu majoriti ulama berpendapat, dibenarkan seorang Muslim menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam.

Namun begitu, jika diyakini bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram seperti daging babi, maka hukum menggunakannya setelah dibersihkan adalah makruh.

Ini berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah, beliau berkata kepada Rasulullah saw, "Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?" Jawab Rasulullah saw, "Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.

Sabda Nabi Muhammad saw dalam hadis tersebut: " Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu..." menunjukkan makruh menggunakan bekas atau alat memasak yang digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram dan najis setelah ia dibasuh.

Imam al-Nawawi menjelaskan, "Larangan makan menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis." (al-Nawawi, Syarh sahih Muslim, jil. 13, hlm. 80)

Namun cara membersihkan atau membasuh bekas atau alat memasak tersebut perlu merujuk kepada jenis najis. Jika najis itu, najis mutawassitah seperti cawan yang digunakan untuk minum arak, maka cawan itu perlu dibasuh sehingga hilang kesan arak itu. Tetapi jika najis itu adalah najis mughallazah, maka cara membasuhnya adalah berbeza.

Menurut Imam al-Syafi'e dan ulama bermazhab Syafi'e, najis mughallazah adalah babi dan anjing. Oleh itu, jika bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak daging babi, maka bekas itu wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan air bercampur tanah. Hukum ini diqiyas kepada cara membersihkan bekas yang dijilat oleh anjing sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, "Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu tujuh kali dan salah satunya bercampur tanah." Menurut Imam al-Syafi'e, babi adalah lebih kotor berbanding anjing, oleh itu cara membasuh bekas yang terkena babi juga perlu dibasuh dengan cara yang sama (al-Khin et.al., al-Fiqh al-manhaji, jil. 1, hlm. 54).

Berdasarkan keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 yang telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat: "Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’e dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya."

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Makan Belangkas?

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalahdiharuskan.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Hukum berinai

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalahdilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Buat Muslimah

#TakeThisNoteGirls Wahai Muslimah tolonglah berubah , dunia telah mencapai kata akhir , jangan leka dngan fesyen pakaian , Jangan taksub dgn dunia , sedarlah pakaian melambangkan diri anda . Pakai jubah tapi bawah singkat hngga nmpak kaki . Ada pon yg berstokin tapi still pakaian ketat sendat . Ada pon yg labuh tapi masih gagal utk melindung punggungnya . Ada pon yg dah lindung punggung tapi syg dada masih terbukak utk tayangan . Ada pula dada yg dah trtutup tapi make up berlebihan hingga tabaruj . Ada pon muka yg natural asli tanpa make up tapi syg sanggul yahudi di belakang masih mnjadi ikutan . Ada pula sanggul nya rendah tapi syg tinggi nafsunya mengukir kening . Ada yg kening dah sempurna tpi melukis inai ditangan pula mnjadi budaya . Ada pon dari semua sudut telah sempurna tapi sayang niat hanya sekadar mngikut fasyen ! ''Ya allah jadikanlah kami para wanita , kaum yang melindungi dan dilindungi dari segala godaan syaitan dan dunia, kami bukan lemah tapi kami kuat menerima hasutan , adakalanya kami tewas dengan mereka :( , Ya allah aku pohon kekuatan dari mu untuk melalui sisa sisa dunia ini . Biarlah hanya kafir menjadi kafir . Jgn kafirkan kami hanya kerana gagal dalam mengenakan pakaian muslimah . Kami pohon jauhkanlah kami dari gelaran PUTERI DUNIA yang memaksa kami tewas bergelar BIDADARI SYURGA kelak ''. Semoga penulis ini diberkati Allah S.W.T. Saya sekadar berkongsi.

Friday, September 18, 2015

RETORIK PENGGAL 3 STPM

Assalamualaikum...Mohon buat rujukan akhir dengan nota tersebut. Semoga kejayaan milik mereka yang berusaha.http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/retorik-nota.html?m=1

LARAS BAHASA PENGGAL 3

Assalamualaikum...Sila baca nota berikut ya. Mereka yang berusaha insya-Allah kejayaan milik mereka. http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/klik-judul-yang-disediakan.html?m=1

Nota Semantik Bahasa Melayu Penggal 3 STPM

Assalamualaikum. Masa semakin suntuk. Gunakan masa yang ada untuk mentelaah nota yang disediakan. Sila baca dan fahami nota berikut. Catat nota tersebut. Semoga kejayaan milik kalian. Jangan lupa kongsikan nota-nota ini dengan kawan-kawan yang tiada kemudahan internet...Ilmu yang dikongsi lebih berkat. http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/penggal-3-semantik-nota.html?m=1

Nota Pragmatik

Assalamualaikum anak-anak semua. Semoga sihat. Mohon jaga kesihatan dengan baik menjelang musim peperiksaan. Pastikan kalian sudah menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam sukatan. Di sini saya pilih nota yang terbaik untuk rujukan kalian
 Sama-sama kita doakan pemilik blog tersebut dirahmati Allah S.W.T kerana sudi berkongsi ilmu yang amat mudah difahami ini. Selamat mengulang kaji ya. Nota http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/penggal-3-pragmatik-nota.html?m=1

Sunday, September 13, 2015

Hari keluarga 2015







Penggal 3 STPM Nota Wacana

Assalamualaikum. Perkongsian nota wacana...nota ini paling mudah difahami. Selamat menduduki peperiksaan STPM. Semoga kejayaan milik kalianhttp://dermagabmk1.blogspot.my/2010/04/penggal-3-wacana-nota.html?m=1

Bahasa Melayu STPM Penggal 2 Sintaksis

Assalamualaikum...Perkongsian untuk pelajar Penggal 2 dan Penggal 3 yang mengulang. Semoga bermanfaat. Berusahalah...http://dermagabmk1.blogspot.my/2012/02/nota-tatabahasa.html?m=1

Morfologi Bahasa Melayu STPM Penggal 2

Assalamualaikum...Tahniah buat anak-anak semua. Kalian sekarang telah berada di penggal ke-2. Jangan main-main lagi. Bagi pelajar penggal 3 yang mengulang, saya doakan agar kalian berjaya. Selamat berjuang. Gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Berusahalah. Ingat tanpa usaha yang gigih usah bermimpi untuk ke menara gading...http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/penggal-2-morfologi-nota.html?m=1

PENGGAL 1: Sejarah Bahasa Melayu

Assalamualaikum...Selamat berjuang buat anak-anak calon STPM Penggal 1. Pastikan kalian telah menguasai sukatan Sejarah Bahasa Melayu. Setelah menguasai sukatan, kalian amat perlu menjawab  soalan. Saya doakan kalian cemerlang. Nota yang saya pilih ini adalah nota yang terbaik. Terima kasih buat pemilik blog. Sama-sama kita doakan beliau  dirahmati Allah S.W.T sentiasa.  http://dermagabmk1.blogspot.my/2012/02/nota-sejarah-bahasa-melayu.html?m=1

FONOLOGI STPM PENGGAL 1

Assalamualaikum...Semoga perkongsian ini diberkati Allah S.W.T. Semoga semua calon STPM cemerlang. Berusahalah...http://dermagabmk1.blogspot.my/2010/08/penggal-1-fonologi-nota.html?m=1

Saturday, September 12, 2015

Aurat

Semoga diikuti oleh negara-negara Islam lain.

Koleksi puding kami...




Baru berjinak-jinak

Tambah kapsyen





UNGKAPAN BAHASA ARAB

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

terima kasih - syukran (شكرًا )
sama sama - afwan ( عفواً )
saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
baiklah - hasanan ( حسناً )
mungkin - rubbama (ربما )
awas! - intabih ( انتبِه )
berhati hatilah - ihzar ( احذر )
jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
samiinun - gemuk ( سمين )
Tawiilun - panjang ( طويل )
Qasirun - pendek ( قصير )
khofiidhun - rendah ( خفيض )
nahiifun - kurus ( نحيف )
yaum - hari ( يوم )
usbu' - minggu ( أسبوع )
syahr - bulan ( شهر )
sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
👬👭..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
👬👬..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
👭👭..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
👪..kami - nahnu ( نحنُ )
👯..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
👫👫..mereka - hum ( هُمْ )
😱 ..cantik = jameelah ( جميلة )
😲..buruk = qabih ( قبيح )
😊..Bersih = nadziifun ( نظيف )
😪..Malas = kaslaan ( كسلان )
📚..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
🍔..a'kulu = saya makan ( أاكل )
🍹..Asyrobu = saya minum ( أشرب )
📖..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
📝..aktubu = saya menulis ( أكتب )
📢🚶..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
✊..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
💼..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
👔..Albasu = saya memakai ( ألبس )
🚦..Toriiqon = jalan ( طريق )
🏡..Baytun = rumah ( بيت )
✏..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
✒..Qolamun = pulpen ( قلم )
🚫..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
💡..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
📋..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
😃..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
😄..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
🏠..Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
🙈..Umri- umur saya ( عمري )
😀..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
😉..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
👧..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
👦..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
😴..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
😰..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

🎵♪BELAJAR BAHASA ARAB♪🎵

👭*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
👧*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
👦*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
👳*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
👰*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
🙏*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
👯*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
💪*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
😭*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
😍*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
😅*Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
😘*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
👋*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
✌*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
👌*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
💁*Tafaddhol = Silakan (تفضل )
🙅*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
🙆*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
👏*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
👍*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
✌*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
👱*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan 👆( وإياك)
👩*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan👆( وإياكِ )
☺*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
😎*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
😁*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
☺*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
😥*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
☺*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
😃*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
😀*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
😄*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
😘*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
😊*Na'am = Ya ( نعم )
😬*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
😓*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
🚽*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة الميا
🎂*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
🙋*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً)

TAZKIRAH

📝 TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH 📝

Para Rasul diutus oleh Allah Swt kepada manusia untuk menyampaikan apa yang disuruh mengenai aqdah,ibadah,hukum hakam dan akhlak. Hikmah daripada pengutusan para rasul ialah agar kehidupan manusia terurus dengan sebaik-baiknya menepati kehendak pencipta mereka sehingga mereka mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Oleh kerana manusia memiliki keistimewaan akal dan kehendak maka di pertanggungjawabkan dengan amanah ibadat,menyembah dan patuh kepada penciptanya iaitu Allah swt. Dalam al-Quran Allah Swt menyebut bahawa manusia tidak dicipta melainkan untuk meyembah Allah Swt dan beribadat kepada-Nya semata-mata. Manusia perlu kepada Rasul, manusia dicipta oleh Allah Swt sebagai khalifah-Nya di bumi dan di taklif ( beban tanggjawab) untuk beribadat kepada Allah Swt. Firman Allah Swt yang berbunyi :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya :  Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Bagaimanakah manusia boleh memahami taklif ( tanggungjawab ) jika tidak ada perantaraan untuk menerima cara ibadat daripada Allah. Manusia mempunyai akal tetapi tidak mampu memahami makna ibadat kecuali dengan adanya manusia perantaraan yang menghubungkan mereka dengan Allah iaitu para Rasul. Rasul-rasul ini diberikan wahyu yang mengandungi cara bagaimana manusia boleh beribadat kepada Allah mengikut cara yang diredhai-Nya. Ibadat yang dilakukan hendaklah menepati cara yang diajar oleh rasul kerana cara yang lain atau hanya berdasarkan sangkaan manusia tidak diterima oleh Allah.

Jika Allah menjadikan manusia hanya untuk mereka beribadat kepada-Nya sahaja, maka dia juga berhak menentukan cara dan bentuk amalan yang mesti dilakukan oleh manusia. Mengapa Allah tidak melantik dari kalangan malaikat sebagai rasul? Oleh kerana seluruh kehidupan manusia mestilah diarahkan kepada ibadat kepada Allah semata-mata maka mereka memerlukan Rasul yang juga terdiri daripada kalangan mereka. Setiap tutur kata, cara hidup dan amalan para rasul tersebut menjadi contoh tauladan kepada umat mereka. Para malaikat tidak bersifat seperti manusia. Mereka tidak makan dan minum, tidak mempunyai keinginan syahwat dan sebagainya. Maka bagaimanakah mereka boleh menunjukkan contoh kepada manusia yang mempunyai sifat-sifat diatas malah lebih banyak lagi. Sesungguhnya agama Allah Swt digambarkan dalam kehidupan para rasul. Ajaran agama Allah Swt itu diwahyukan kepada para rasul untuk disampaikan kepada umat mereka tanpa disembunyikan walaupun sedikit. Firman Allah Swt :

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ “

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِين َ “

Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

Dengan berita dan perkhabaran tentang hari akhirat, akan membawa manusia beriman untuk beramal dengan tuntutan agama.

Jangan sesekali
Berasa diri hebat dan
Mampu melakukan
Segalanya dalam
Kehidupan ini.

" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"

Ustaz Zulhaidi
29 Zulqaedah 1436H
13 Sept 2015 Ahad

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Friday, September 11, 2015

Peristiwa di tanah suci

Berita sedih dari Kota Mekah.Makkah: Tabung Haji (TH) mengesahkan enam jemaah haji Malaysia cedera dalam kejadian kren runtuh berhampiran kawasan saie di Masjidil Haram, kira-kira 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata setakat 8.45 malam waktu Arab Saudi, seorang daripada mangsa berkenaan patah kaki sementara lima lagi cedera ringan.

Menurutnya, mangsa yang cedera terdiri empat lelaki dan dua wanita.

Beliau berkata, pasukan kebajikan perubatan dan peronda TH sudah dikerahkan untuk memberi rawatan dan pemeriksaan di kawasan terbabit.

“Pasukan berkenaan akan membuat tinjauan dan pastikan tiada lagi jemaah haji Malaysia di kawasan itu atau terbabit. Semua yang cedera menerima rawatan di dalam masjid. Tapi, mereka kini dalam perjalanan balik ke hotel untuk rawatan,” katanya.

Jemaah haji yang patah kaki katanya, sudah dibawa dengan ambulans ke hospital TH untuk rawatan lanjut.

Selain itu, katanya, TH sudah menghantar pasukan perubatan di beberapa hospital Arab Saudi untuk mengenal pasti jika ada jemaah haji Malaysia lain terbabit.

Syed Saleh berkata, TH akan memaklumkan perkembangan ini dari semasa ke semasa.

“Apa yang kita tahu kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan saie mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren jatuh di kawasan tawaf menimpa jemaah haji,” katanya.

Sebagai langkah pemantauan, katanya, pihaknya akan membuat lawatan bilik ke bilik untuk mengenal pasti jika ada jemaah haji yang tidak pulang ke bilik.

Beliau juga menasihatkan orang ramai jangan percaya kepada spekulasi tidak rasmi mereka perlu merujuk maklumat disiarkan media rasmi TH dari semasa ke semasa.

Ahli keluarga mangsa yang terbabit dengan kejadian sudah dimaklumkan dan sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di 03-62071919.

Sementara itu, mengikut laporan Reuters, sehingga 2.30 pagi tadi, Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa 87 jemaah menjadi korban dan sekurang-kurangnya 183 orang cedera dalam kejadian itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76877?m=1#sthash.aAgT7ofV.

TUTUPLAH AURAT

‘‘AZAB BUAT PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU BERHIJAB/BERTUDUNG ’’Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...Wahai saudariku, saya mengingatkan sebuah pesan dari Nabi Kita, Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wassalam tentang Hijab. Jangan menyesal kelak di hari kiamat, bila anda tidak mau membaca dan mentaati nasihat ini. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim... ①. Azab buat perempuan yang membuka rambut kepalanya selain suaminya adalah;‘‘Rambutnya akan digantung dengan api Neraka sehingga mendidih otaknya dan ini terjadi sampai berapa lama ia di dunia semasa hidupnya belum menutup rambut kepalanya...!!!’’ ②. Azab buat perempuan yang suka berpakaian seksi dan menunjokan dadanya adalah;‘‘Digantung dengan rantai api neraka dimana dada dan pusatnya diikat dengan api neraka serta betis dan pahanya diberikan panggangan seperti manusia memanggang kambing di dunia dan api neraka ini sangat memedihkan perempuan ini... ③. Azab buat perempuan yang suka menjadi penggoda dan berusaha menggairahkan lelaki lain dengan tubuhnya yang mengoda adalah ; ‘‘Perempuan ini mukanya akan menghitam dan memakan isi perutnya sendiri.’ (H.R. Imam Bukhari dan Muslim)