๐ TAZKIRAH SUBUH : USRAH LAJNAH TARBIYAH ๐
Para Rasul diutus oleh Allah Swt kepada manusia untuk menyampaikan apa yang disuruh mengenai aqdah,ibadah,hukum hakam dan akhlak. Hikmah daripada pengutusan para rasul ialah agar kehidupan manusia terurus dengan sebaik-baiknya menepati kehendak pencipta mereka sehingga mereka mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Oleh kerana manusia memiliki keistimewaan akal dan kehendak maka di pertanggungjawabkan dengan amanah ibadat,menyembah dan patuh kepada penciptanya iaitu Allah swt. Dalam al-Quran Allah Swt menyebut bahawa manusia tidak dicipta melainkan untuk meyembah Allah Swt dan beribadat kepada-Nya semata-mata. Manusia perlu kepada Rasul, manusia dicipta oleh Allah Swt sebagai khalifah-Nya di bumi dan di taklif ( beban tanggjawab) untuk beribadat kepada Allah Swt. Firman Allah Swt yang berbunyi :
َูู
َุง ุฎََْููุชُ ุงْูุฌَِّู َูุงْูุฅِูุณَ ุฅَِّูุง َِููุนْุจُุฏُِูู
Maksudnya : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Bagaimanakah manusia boleh memahami taklif ( tanggungjawab ) jika tidak ada perantaraan untuk menerima cara ibadat daripada Allah. Manusia mempunyai akal tetapi tidak mampu memahami makna ibadat kecuali dengan adanya manusia perantaraan yang menghubungkan mereka dengan Allah iaitu para Rasul. Rasul-rasul ini diberikan wahyu yang mengandungi cara bagaimana manusia boleh beribadat kepada Allah mengikut cara yang diredhai-Nya. Ibadat yang dilakukan hendaklah menepati cara yang diajar oleh rasul kerana cara yang lain atau hanya berdasarkan sangkaan manusia tidak diterima oleh Allah.
Jika Allah menjadikan manusia hanya untuk mereka beribadat kepada-Nya sahaja, maka dia juga berhak menentukan cara dan bentuk amalan yang mesti dilakukan oleh manusia. Mengapa Allah tidak melantik dari kalangan malaikat sebagai rasul? Oleh kerana seluruh kehidupan manusia mestilah diarahkan kepada ibadat kepada Allah semata-mata maka mereka memerlukan Rasul yang juga terdiri daripada kalangan mereka. Setiap tutur kata, cara hidup dan amalan para rasul tersebut menjadi contoh tauladan kepada umat mereka. Para malaikat tidak bersifat seperti manusia. Mereka tidak makan dan minum, tidak mempunyai keinginan syahwat dan sebagainya. Maka bagaimanakah mereka boleh menunjukkan contoh kepada manusia yang mempunyai sifat-sifat diatas malah lebih banyak lagi. Sesungguhnya agama Allah Swt digambarkan dalam kehidupan para rasul. Ajaran agama Allah Swt itu diwahyukan kepada para rasul untuk disampaikan kepada umat mereka tanpa disembunyikan walaupun sedikit. Firman Allah Swt :
َูุฃُุฒَِْููุชِ ุงْูุฌََّูุฉُ ِْููู
ُุชََِّููู “
Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
َูุจُุฑِّุฒَุชِ ุงْูุฌَุญِูู
ُ ِْููุบَุงِููู َ “
Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
Dengan berita dan perkhabaran tentang hari akhirat, akan membawa manusia beriman untuk beramal dengan tuntutan agama.
Jangan sesekali
Berasa diri hebat dan
Mampu melakukan
Segalanya dalam
Kehidupan ini.
" TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"
Ustaz Zulhaidi
29 Zulqaedah 1436H
13 Sept 2015 Ahad
Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi
Langganilah https://telegram.me/UsrahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
No comments:
Post a Comment