ISU BAHAGIAN A
BELIA
SUKAN
SOSIAL
BAHASA
SEJARAH
SASTERA
GEOGRAFI
EKONOMI
PENDIDIKAN
KESIHATAN
PERSEKITARAN
SENI DAN BUDAYA
SAINS DAN TEKNOLOGI
WANITA,REMAJA DAN KANAK-KANAK
KEMANUSIAAN DAN KEMASYARAKATAN
HAL EHWAL SEMASA DALAM NEGARA DAN ANTARABANGSA
: Pelajar perlu meluaskan pembacaan untuk menguasai isu-isu tersebut
FOKUS KEPADA BAHAGIAN A: KARANGAN
Oleh sebab 50% markah daripada wajaran 62.5% adalah daripada bahagian A iaitu karangan, maka pelajar perlu memberikan perhatian lebih untuk bahagian karangan. Pelajar perlu mengetahui cara menghasilkan karangan cemerlang dengan menguasai teknik mengembangkan komponen-komponen karangan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, isi sokongan, dan kesimpulan.
Cara Penilaian Karangan
Kerelevanan : R = 21 m )
Pengolahan : P = 14 m ) +
Kebahasaan : B = 15 m )
Jumlah = 50 markah
Cadangan A Markah Karangan
*Karangan = P – 2
= IS – 13
= K – 3
R = 18
P = 09
B = 08
Jumlah = 35
PEMARKAHAN KARANGAN
P : Pendahuluan
3 m : tepat dan jelas
2 m : kurang tepat dan kurang jelas
1 m : tidak tepat / pendek / meleret
I : Isi Sokongan
3 m : isi – tepat, huraian – jelas
2 m : isi – masih tepat, h – masih jelas
1 m : isi dan huraian – lemah
K : Kesimpulan
3 m : baik dan meyakinkan
2 m : masih baik dan masih meyakinkan
1 m : tidak meyakinkan / pendek
Pengolahan
AB : 13 – 14
P - kemas & teratur, ada tautan yg. kukuh; perengan – baik
B : 10 – 12
P - masih kemas & masih teratur tetapi ada bhg. yang tidak koherens; perenggan baik
S : 07 – 09
P – masih kemas tetapi aspek koherens & kohesi kurang memuaskan; perenggan – masih baik
L : 04 – 06
P – krg. kemas & tidak teratur; koherens & kohesi, tidak memuaskan; perenggan – krg. baik
AL : 01 – 03
P – a.l., tiada koherens & kohesi; perenggan – l
Bahasa
AB 13 – 15
- Kurang drp. 6 kesalahan sintaksis
- Penggunaan bahasa – lancar dan berkesan
- Diksi – tepat dan luas
B 10 – 12
- 6– 10 kesalahan sintaksis
- Penggunaan bahasa – masih lancar dan berkesan
- 23-Jun-07Diksi – masih tepat dan luas
S 07 – 09
- 11 - 15 kesalahan sintaksis
- Penggunaan bahasa – masih baik
- Diksi – masih tepat
L 04 – 06
- 16 – 20 kesalahan sintaksis
- Penggunaan bahasa – tidak lancar
- Diksi – ada yang tidak tepat dan terbatas
AL 01 – 03
- 21 dan lebih kesalahan sintaksis
- Penggunaan bahasa – amat tidak lancar
- Diksi – banyak yang tidak tepat dan terbatas
Ringkasan Markah bahasa
•Amat baik - 13-15 = kurang 6 kesalahan ayat
•Baik - 10-12 = 6-10 kesalahan
•Sederhana - 7-9m = 11-15 keslhn
•Lemah - 4-6m = 16-20 kesalahan
•Amat lemah - 1-3m = 21 dan lebih
PANJANG KARANGAN
l PERLU TULIS ANTARA 650 HINGGA 700 PATAH PERKATAAN
l Jika lebih 700 = bahagian yang lebih tidak dibaca dan diperiksa
Jangan tulis karangan pendek
Jika jumlah patah perkataan tidak mencukupi 650 – 700 p.p, penolakan markah akan dibuat:
•550 – 649 = tolak 2 markah
•451 – 549 = tolak 4 markah
•450 ke bawah = tolak 6 markah
Jangan lakukan kesilapan berikut:
•Tulis karangan yang pendek (kurang 650 patah perkataan)
•Tulis karangan yang panjang lebih 700 patah perkataan
•Buat banyak kesalahan ayat/ bahasa
•Tulisan buruk seperti ‘cakar ayam’
•Tiada aspek koheren & kohesi (tiada kesinambungan perenggan)
•Tidak cukup isi
Persediaan Menulis
Bagi memenuhi tujuan di atas, pelajar perlu membuat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan.
- Menguasai tatabahasa
- Mengumpul data atau statistik penting.
- Mahir menggunakan penanda wacana.
- Menbaca pelbagai bahan bacaan.
- Menambah pembendaharaan kata.
- Menyediakan buku skrap/ diari maklumat
Menguasai Tatabahasa
Dalam penulisan karangan, penguasaan tatabahasa penting kerana kesalahan tatabahasa bukan sahaja menjejaskan markah karangan kerana mendapat markah yang rendah dalam aspek bahasa, tetapi memberi impression yang rendah terhadap karangan itu. Hal ini demikian kerana sekiranya pemeriksa sukar memahami hujah-hujah yang hendak disampaikan oleh pelajar kerana kesalahan bahasa, maka pemeriksa tidak dapat mengenal pasti isi dan huraian dalam karangan tersebut. Oleh itu, pelajar perlu menguasai tatabahasa dari aspek morfologi(pembentukan kata:terbitan, pemajmukan) dan sintaksis(susunan kata dalam ayat). Setiap kata yang digunakan hendaklah sesuai tempat penggunaannya, sama ada dari segi pembentukan kata (pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan) atau dari segi maksudnya.
Dari aspek sintaksis pula, pelajar perlu mengetahui semua jenis ayat dan ragam ayat itu dalam bahasa Melayu dan dapat menggunakan setiap jenis dan ragam ayat itu dalam karangan. Pembentukan ayat majmuk serta penggunaan kata hubung wajar dikuasai oleh pelajar.
Mengumpul Data atau Statistik Penting
Fakta penting amat berguna dimasukkan dalam karangan sama ada dalam perenggan pengenalan atau isi. Oleh itu, pelajar perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media cetak atau media eletronik. Hal ini dapat dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Fakta-fakta penting yang dibaca, didengar, atau ditonton itu hendaklah dicatatkan dalam buku khas yang boleh dirujuk apabila menulis karangan.
Aspek terakhir yang perlu dikuasai pelajar ialah teknik penulisan. Kelemahan pelajar dalam teknik penulisan ialah tulisan pelajar tidak jelas,tidak bersih, dan sukar untuk dibaca. Tulisan pelajar juga menyukarkan pemeriksa membezakan huruf kecil dan huruf besar, penggunaan tanda baca tidak jelas dan salah pula letaknya.
Proses dalam Penulisan Karangan:
Perancangan, Penulisan, dan Penyuntingan
Terdapat 3 proses:
- Perancangan
- Penulisan
- Penyuntingan
PROSES PERANCANGAN
- Pelajar perlu membaca semua soalan dan cuba memahami kehendak soalan tersebut dan pilih satu soalan.
- Pelajar perlu membaca soalan dengan teliti dan menggarisi kata-kata penting atau kata kunci dalam penyataan soalan serta memahami kehendak soalan dari segi bentuk dan isi.
- Pelajar perlu mengetahui bentuk atau format soalan.
- Pelajar perlu menyediakan rangka karangan
PROSES PENULISAN
- Perlu menulis berdasarkan rangka yang disediakan.
- Pendahuluan amat penting dan mestilah ditulis secara ringkas, padat dan tepat untuk memperkenalkan tajuk karangan.
- Menulis perenggan isi iaitu lima atau 6 isi yang ditulis dalam rangka karangan.
- Penggunaan penanda wacana yang betul.
- Penulisan perenggan kesimpulan yang bersesuaian amat penting untuk menimbulkan kepuasan kepada pembaca atau pemeriksa kerana telah mendapat gambaran yang lengkap tentang tajuk karangan. Kesimpulan juga menerangkan kepada pembaca bahawa karangan itu telah tamat dan penulis merumuskan keseluruhan isi karangan tersebut.
PROSES PENYUNTINGAN
Pelajar perlu membaca semula karangan yang ditulis untuk membetulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan tersebut. Antara kesalahan yang digunakan ialah kesalahan ayat tidak gramatis, kesalahan frasa, kesalahan kata, kesalahan ejaan, dan kesalahan penggunaan tanda baca.
Terima kasih cikgu.. mohon halalkan ilmu ini ..saya guna untuk rujukan
ReplyDeleteCikgu.. Sekiranya soalan nak punca dan kesan banjir kilat.. Dalam jawapan tu satu perenggan kalau buat punca dan kesan sekali gus.. Adakah diterima?
ReplyDeleteCikgu.. Sekiranya soalan nak punca dan kesan banjir kilat.. Dalam jawapan tu satu perenggan kalau buat punca dan kesan sekali gus.. Adakah diterima?
ReplyDeleteBerapa perenggan bm stpm ni? Maaf sya tak tahu
ReplyDeletePendahuluan
Deleteisi 5
kesimpulan
Penutup
7 perenggan. Maksimum 8 perenggan.
Delete1 perenggan pendahuluan
5 atau 6 perenggan isi
1 perenggan kesimpulan/penutup.
Sekarang ni jumlah patah perkataan tidak boleh lebih daripada 650 dan tidak kurang daripada 600.
ReplyDelete