Sunday, April 17, 2011

BAHAGIAN D

Pengaruh sistem ejaan lama atau bahasa Indonesia(pelajar perlu membuat kajian)
Pengaruh ini masih lagi ada. Hal ini menyebabkan para pelajar terkeliru tentang kesahihannya, contohnya:

Salah
Betul
Kekanda
Kakanda
Pengkalan
Pangkalan
Pesaka
Pusaka
Selsema
Selesema
Jamaah
Jemaah
Istihar
Isytihar
Istirihat
Istirahat

5. Ejaan gugusan konsonan
      Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris biasanya ada yang dieja menggunakan gugus konsonan.Ejaan ini perlu dikekalkan, contohnya:
a)     Plastik (betul)  -pelastik(salah)
b)     Program (betul)- perogram(salah)
c)     Stor (betul)    - setor(salah)

TANDA BACA

1.         Tanda Baca Titik (.)
            Tanda baca titik, selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya sesuatu ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan. Satu kesalahan yang lazimnya berlaku ialah:
Salah

Betul
Hj

Hj.
Prof

Prof.
Sdr

Sdr.
YB

Y.B.
Abd

Abd.
Sk

s.k
Dll

Dll.



 2. Tanda Baca Sempang (-)

                        Terdapat banyak tempat yang memerlukan sempang, tetapi penggunaannya diabaikan. Tidak menggunakan sempang pada tempat-tempat yang diperlukan merupakan satu kesalahan.
Contohnya:
1.         Sebagai Kata Ganda

Salah
Analisis
Betul
...rumah rumah...
Perlu tanda sempang kerana merupakan kata ganda
...rumah-rumah...
...pemimpin pemimpin...

...pemimpin-pemimpin...
berlari lari

...berlari-lari
Gunung ganang

...gunung-ganang...
cerai berai

Cerai-berai

PERHATIAN!

Terdapat perkataan-perkataan yang hadir berderetan, tetapi tidak merupakan kata ganda , maka rangkaian perkataan ini tidak patut dieja dengan sempang.
Contohnya:

Ayat
Analisis
Pembetulan
tua-muda
Tidak perlu tanda sempang kerana bukan kata ganda.
tua muda
miskin-kaya

miskin kaya
Pinggan-mangkuk

pinggan mangkuk
kerusi-meja

kerusi meja

2.Antara ke dengan angka

Salah

Betul
Ke47/ke 47

Ke-47(jika dieja: keempat puluh tujuh)

3. Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an

Salah

Betul
Tahun 80 an/ 80an /80han

Tahun 80-an


4. Antara huruf kecil dengan huruf besar

            Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas. Jikalau huruf besar ini digunakan serangkai dengan perkataan  lain, maka sempang digunakan untuk memisahkan huruf besar daripada huruf kecil.

Contohnya:

(a)
Ayat
Analisis
Pembetulan
...hambamu...
Penggunaan tanda sempang perlu untuk memisahkan huruf besar dan huruf kecil. Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau kata nama khas
hamba-Mu
...rahmatNya...

rahmat-Nya
(b)
Ayat
Analisis
Betul
Pro Malaysia/proMalaysia
Penggunaan tanda sempang perlu untuk memisahkan huruf besar dan huruf kecil. Huruf  besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau kata nama khas
Pro-Malaysia
Pan Asia/panAsia

Pan-Asia


No comments:

Post a Comment