Sunday, April 17, 2011

IMBUHAN


KESALAHAN IMBUHAN

            Pelajar akan mendapati dalam aspek ini lazimnya kesalahan dapat dikategorikan kepada 2 aspek, iaitu:

1.Tidak menggunakan imbuhan

Sebahagian besar ayat dalam bahasa Melayu terbentuk dengan frasa kerja. Dalam frasa kerja, kata kerja ialah kata utama. Banyak ayat yang salah terbina kerana kata kerjanya tidak diberi imbuhan.

Contohnya:

Salah
Betul
Mereka jalan kaki ke sekolah
Mereka berjalan kaki ke sekolah
Dia hendak beli buku itu
Dia hendak membeli buku iitu
Ali senyum kepada saya
Ali tersenyum kepada saya


2.Menggunakan imbuhan yang salah

Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis imbuhan, masing-masing dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Satu bentuk kesalahan yang kerap berlaku ialah menggunakan imbuhan yang salah.

Contohnya:



Ayat
Analisis
Pembetulan
...rekaan kenderaan itu mengkagumkan...
‘Mengkagumkan’ terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-...-kan dengan kata dasar kagum. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-...-kan atau awalan meN-... maka huruf awal pada kata dasar itu hendaklah digugurkan.
...rekaan kenderaan itu mengagumkan
...doktor tidak dapat mempastikan...



3. Awalan menge-

Awalan menge- ialah variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan-perkataan satu suku kata. Kesalahan berlaku apabila awalan meng- dan tidak menge- digunakan

Contohnya:

Salah
Analisis
Betul
Mengsahkan
Kata ’mengsahkan’ terhasil daripada proses pengimbuhan apitan meN-...-kan dengan kata dasar ’syor’. Perkataan syor ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata. Bagi perkataan ini sekiranya menerima apitan tersebut hendaklah disisipkan vokal e
Mengesahkan
Mengbom

Mengebom
Menghadkan

Mengehadkan
Mengcat

Mengecat

4. Perbezaan antara apitan pen-...an  dengan apitan per-...an
Terdapat perbezaan yang nyata antara perkataan yang menerima apitan tersebut. Kedua-duanya ada yang hanya dapat menerima salah satu. Kesalahan berlaku apabila pilihan salah satu ini tidak tepat.
Contohnya:
Salah

Betul
Perlantikan

Pelantikan
Perlaksanaan

Pelaksanaan
Pelumbaan

Perlumbaan
Pejuangan

Perjuangan

No comments:

Post a Comment