Monday, October 31, 2011

ALIH BENTUK TEKS


MENYEDIAKAN SKEMA ALIH BENTUK TEKS

“Lama betul kau tak balik kampung. Sibuk sangat ke sekarang? Kau masih berniaga di ibu kota ke di mana?” tanya Rahmat.
“Tidaklah sibuk sangat. Awal tahun ni pun aku balik tapi tak jumpa kau. Aku dengar kau melawat bapa saudara di hospital Kuala Lumpur. Betul tak?” soal Halim.
“Yalah, Lim. Masa tu aku seminggu di Kuala Lumpur. Bapa saudara aku sakit; masuk hospital,” jelas Rahmat.
“Bagaimana bapa saudara kau tu sekarang, dah sihat ke?”
“Syukur, dah sihat semula. Sakitnya, cuma demam biasa. Kami terpaksa menjengoknya kerana dia tiada keluarga di sana. Sejak isterinya meninggal, dia terus membujang hingga sekarang,” Rahmat memberikan penjelasan.
“Mengapa berbual di luar? Ajaklah Halim masuk.” Laung Tijah, ibu Rahmat.
“Tak apalah makcik, terima kasih. Di luar udara segar. Makcik, apa khabar?” tanya Halim (tersenyum).
“Khabar baik, Lim. Sampai ke seminggu kau di kampung kali ni, Lim?” Teka Tijah.
“Nampaknya begitulah, makcik. Sempatlah saya melihat sahabat saya ni menjadi raja sehari, tak lama lagi,” kata Halim.









SKEMA ALIH BENTUK TEKS

“Lama betul kau tak balik kampung. Sibuk sangat ke sekarang? Kau masih berniaga di ibu kota ke di mana?” tanya Rahmat.
Rahmat menyatakan bahawa Halim sudah lama tidak pulang ke kampung. Rahmat bertanyakan Halim sama ada betul atau tidak Rahim sangat sibuk pada ketika itu. Halim juga ingin mendapatkan kepastian sama ada Halim masih berniaga di ibu kota atau di tempat lain.

“Tidaklah sibuk sangat. Awal tahun ni pun aku balik tapi tak jumpa kau. Aku dengar kau melawat bapa saudara di hospital Kuala Lumpur. Betul tak?” soal Halim.
Halim menyatakan bahawa dia tidak terlalu sibuk. Menurut Halim, pada awal tahun itu, dia pulang ke kampung tetapi tidak berjumpa dengan Rahmat. Halim menyatakan bahawa dia mendengar berita tentang Rahmat yang melawat bapa saudaranya di hospital di Kuala Lumpur. Halim meminta pengesahan Rahmat tentang perkara itu.

“Yalah, Mat. Masa tu aku seminggu di Kuala Lumpur. Bapa saudara aku sakit; masuk hospital,” jelas Rahmat.
Rahmat mengeyakannya dan menyatakan bahawa pada masa itu dia berada di Kuala Lumpur selama satu minggu. Rahmat menyatakan bahawa bapa saudaranya sakit dan dimasukkan ke hospital.

“Bagaimana bapa saudara kau tu sekarang, dah sihat ke?”
Halim ingin tahu tentang kesihatan bapa saudara Rahmat pada ketika itu sama ada sudah sihat atau belum.



“Syukur, dah sihat semula. Sakitnya, cuma demam biasa. Kami terpaksa menjengoknya kerana dia tiada keluarga di sana. Sejak isterinya meninggal, dia terus membujang hingga sekarang,” Rahmat memberikan penjelasan.
Rahmat menyatakan kesyukurannya kerana menurutnya bapa saudaranya sudah sihat semula. Menurut Rahmat, bapa saudaranya hanya demam biasa. Rahmat menambah bahawa mereka terpaksa melawatnya kerana keluarganya tiada di sana. Menurut Rahmat lagi, sejak isteri bapa saudaranya meninggal, bapa saudaranya itu terus membujang sehinggalah saat itu.

“Mengapa berbual di luar? Ajaklah Halim masuk.” Laung Tijah, ibu Rahmat.
Ibu Rahmat, Tijah melaung dan bertanyakan sebab mereka berbual di luar rumah. Ibu Rahmat meminta Rahmat agar mengajak Halim masuk.

“Tak apalah makcik, terima kasih. Di luar udara segar. Makcik, apa khabar?” tanya Halim (tersenyum).
Sambil tersenyum, Halim menyatakan bahawa tidak mengapa (tiada masalah) dia berada di luar rumah dan Halim mengucapkan terima kasih kepada Tijah. Halim menambah bahawa udara di luar rumah, segar. Kepada Tijah, Halim bertanyakan khabar.

“Khabar baik, Lim. Sampai ke seminggu kau di kampung kali ni?” Teka Tijah.
Tijah memberitahu Halim bahawa dia dalam keadaan baik. Tijah ingin tahu sama ada sampai seminggu atau tidak Halim berada di kampung itu.
“Nampaknya begitulah, makcik. Sempatlah saya melihat sahabat saya ni menjadi raja sehari, tak lama lagi,” kata Halim.
Halim menyatakan bahawa dia akan berada di kampung itu selama satu minggu. Halim menambah bahawa dia akan berkesempatan untuk melihat sahabatnya itu menjadi raja sehari tidak lama lagi.

Ulangkaji-Pemantapan Karangan



    KESALAHAN STRUKTUR YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN

Untuk memperoleh markah yang tinggi, elakkanlah kesalahan bahasa yang berikut.

 AYAT

i.          Tidak Menepati Struktur Ayat Pasif

a.      Tindakan yang mereka laksanakan tidak menguntungkan rakyat.
b.      Penerapan nilai-nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong.
c.      Peralatan canggih itu kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang lalu.
d.      Mereka yang terpilih telah pun Zainal hubungi petang semalam.
e.      Tajuk ucapan yang akan diperkatakan oleh saya nanti amat menarik.

ii.         Ayat Tergantung

a.      Bagi menangani jenayah remaja hendaklah menguatkuasakan undang-undang.
b.      Mereka yang didapati bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan.
c.      Kepada golongan remaja yang gigih mengejar kejayaan perlu diberikan sokongan.
d.      Untuk menghadapi cabaran alaf baharu seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
e.      Pada era globalisasi ini harus menitikberatkan tahap ilmu pengetahuan masing-masing.

iii.         Tidak Menepati Binaan Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif TakTransitif

a.      Pemimpin itu telah memperkatakan tentang isu kegawatan ekonomi dunia kini.
b.      Hukuman terhadapnya dijatuhkan berdasarkan kepada bukti pihak polis.
c.      Pendatang asing mulai memasuki ke negara ini sejak zaman penjajah lagi.
d.      Program itu adalah untuk meningkatkan lagi prestasi ahli sukan negara.
e.      Pihak berkuasa akan menyalahi kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.
f.       Pasukan tentera itu digeruni musuh kerana mereka bersenjatakan dengan senjata moden.

iv.        Maksud Ayat Kabur

a.      Tanpa telefon bimbit, jika kita ditimpa kemalangan pastinya pada waktu itu kita perlu mencari pondok telefon atau terpaksa pergi ke hospital untuk menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan tersebut.
b.      Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna yang banyak membantu pengguna yang menghadapi masalah, terutama aduan dan pendapat.
c.      Penggunaan telefon bimbit juga pastinya akan menyusahkan jika seseorang itu tidak menggunakan alat tersebut.

6.3.2     KESALAHAN LAIN

i.          Bentuk Lewah

kos perbelanjaan                                                           khalayak ramai            
destinasi yang dituju                                                     saling bantu-membantu
saling kasih-mengasihi                                                 ramai murid-murid
            semua pegawai-pegawai                                               setiap peserta-peserta 

ii.         Tidak Mematuhi Hukun D – M
           
lain-lain faktor                                                               plastik beg                               
mini marathon                                                               Mah Kedai Jahit                         
polis inspektor                                                              Razak Kedai Gunting
           
iii.         Penggunaan Kata Sendi Nama
           
selain daripada itu                 demi untuk                             
sejak dari                          di era pembangunan
           
iv.        Kesalahan Penanda Wacana
           
Hal ini kerana                                                               Hal ini demikian                       
Ini untuk                                                                       Justeru itu



  MENILAI PENGUASAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Kelemahan dalam aspek bahasa menyebabkan pelajar tidak memperoleh markah yang tinggi dalam karangan. Antara kelemahan yang dimaksudkan, termasuklah kegagalan menguasai ayat aktif dan ayat pasif. Baca ringkasan ayat aktif yang berikut dengan teliti. Sila rujuk buku atau nota tentang ayat pasif sekiranya pelajar memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.



TRANSITIF

·        boleh dipasifkan
·        ada objek sebagai penyambut


Contoh ayat – boleh dipasifkan.
1.  Abang membersihkan ruang tamu.
2.  Kakak menghidangi tetamu nasi.
3.  Raja menganugerahinya pingat.

AYAT AKTIF





TAK TRANSITIF

·        tidak boleh dipasifkan
·        tiada objek sebagai penyambut
·        ada keterangan
TAK BERPELENGKAP

·        Keterangan boleh digugurkan
·        Cth: Adik merangkak di atas lantai.

BERPELENGKAP

·        Keterangan tak boleh digugurkan
·        Cth: Penyakitnya beransur pulih.


Catatan:


Ayat
Aktif Transitif

Ayat Aktif Tak Transitif
Tak Berpelengkap

Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap

Dia memenangi peraduan itu.

(memenangi = kk aktif transitif)
(peraduan itu = objek)

Selepas kk aktif transitif mesti objek. Ayat tersebut salah sekiranya dimasukkan kata sendi nama.

Dia memenangi dalam peraduan itu. ( X)


Adik menangis di dalam bilik.

(menangis = kk tak tr  tak b)
(di dalam bilik = keterangan)

Keterangan dalam ayat di atas boleh digugurkan. Ertinya, ayat tersebut masih betul tanpa keterangan.

Adik menangis. ( / )

Mereka tinggal di pedalaman.

(tinggal = kk tak tr b)
(di pedalaman = keterangan)

Keterangan dalam ayat di atas tidak boleh digugurkan. Ayat tersebut tidak gramatis tanpa keterangan.

Mereka tinggal. ( X )







LATIHAN 1

Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi yang salah. Bagi yang salah, dapatkah anda menyatakan sebab kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut?


BIL

AYAT

( / )atau (X)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Mereka memasuki negara ini pada akad ke-16.
Mereka masuk ke negara ini pada abad ke-16.
Mereka memasuki ke negara ini pada abad ke-16.
Peserta itu mengatasi terhadap lawannya dengan mudah.
Tindakan itu diambil berdasarkan pada maklumat polis.
Razali menasihati kepada anaknya supaya belajar.
Penceramah itu menjelaskan tentang masalah pekerjaan.
Mereka telah menganggotai dalam pertubuhan itu.
Mereka telah menjadi anggota dalam pertubuhan itu.
Mereka telah menjadi anggota kepada pertubuhan itu.






IMBUHAN KATA KERJA PASIF
(di-, ter-...oleh, ber-..., ke-...-an)

1.  Bungkusan itu diposkan petang tadi.
2.  Pokok itu terlanggar oleh lori panjang.
     Penjenayah itu tertembak di kepalanya.
3.  Pakaian di atas meja itu belum bergosok.
4.  Anak burung itu kesejukan di atas pokok.


AYAT
PASIF



KATA GANTI NAMA DIRI (KGD)
KGD1: saya, aku, ku-, kami, kita
KGD2: kamu, engkau, awak, kau-
KGD3: dia, beliau, mereka, -nya



1.  Bilik itu KGD 1 sewa.
2.  Bilik itu KGD 2 sewa.

3.  Bilik itu disewa oleh KGD 3.



KATA BANTU “kena”


1.  Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
2.  Haiwan ganas itu kena tembak.




Latihan yang berikut adalah untuk menguji penguasaan anda tentang ayat pasif. Sila baca soalan yang berikut dengan teliti dan tandakan ( / ) bagi binaan ayat pasif yang betul dan ( X ) bagi yang salah.






LATIHAN 1


BIL

AYAT

( / )atau (X)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Rahsia itu terbongkar oleh pihak polis.
Salimah tersenyum di ruang tamu rumahnya.
Harimau itu tertembak di bahagian belakangnya.
Pemain itu terjatuh ketika berlari di padang.
Sebahagian daripada bilik itu belum bercat.
Anak kambing datuk kesejukan di bawah pokok.
Mereka kegemparan apabila terdengar letupan.
Kena halau penagih dadah itu oleh penduduk kampung.
Mangsa kemalangan itu telah diselamatkan.
Dia tergamak untuk mengkhianati sahabat baiknya.



LATIHAN 2


BIL

AYAT

( / )atau (X)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Perkara itu kami akan bawa ke tengah.
Isu kegawatan ekonomi sudah pun mereka bincangkan.
Kerenah remaja, kita perlu tangani bersama-sama.
Masa depan mereka sukar untuk kami ramalkan.
Bangunan itu akan kusewakan kepada orang ramai.
Borang permohonan itu akan dihantar kemudian.
Akan kukotakan segala janjiku terhadap ibu bapaku
Mereka akan kami undang ke majlis perasmian itu nanti.
Sudah lama tawaran untuk ke luar negara mereka terima.
Tidak mungkin kertas kerja itu dapat beliau siapkan esok.


Pelajar yang menguasai ayat pasif tidak menghadapi masalah untuk menjawab semua soalan di atas. Bagi yang masih ragu-ragu, berbincanglah dengan rakan atau guru untuk mengatasi kelemahan anda. Pelajar yang menguasai ayat pasif, bukan sahaja dapat mengelakkan kesalahan membina ayat pasif dalam karangan, rumusan dan alih bentuk teks, tetapi dapat pula menjawab soalan analisis kesalahan bahasa dan soalan objektif (Kertas 1) dengan baik.

 Sumber

MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM
oleh
NAWI BIN ISMAIL
SM TEKNIK TERENGGANU