KESALAHAN STRUKTUR YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN
Untuk memperoleh markah yang tinggi, elakkanlah kesalahan bahasa yang berikut.
AYAT
i. Tidak Menepati Struktur Ayat Pasif
a. Tindakan yang mereka laksanakan tidak menguntungkan rakyat.
b. Penerapan nilai-nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong.
c. Peralatan canggih itu kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang lalu.
d. Mereka yang terpilih telah pun Zainal hubungi petang semalam.
e. Tajuk ucapan yang akan diperkatakan oleh saya nanti amat menarik.
ii. Ayat Tergantung
a. Bagi menangani jenayah remaja hendaklah menguatkuasakan undang-undang.
b. Mereka yang didapati bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan.
c. Kepada golongan remaja yang gigih mengejar kejayaan perlu diberikan sokongan.
d. Untuk menghadapi cabaran alaf baharu seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
e. Pada era globalisasi ini harus menitikberatkan tahap ilmu pengetahuan masing-masing.
iii. Tidak Menepati Binaan Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif TakTransitif
a. Pemimpin itu telah memperkatakan tentang isu kegawatan ekonomi dunia kini.
b. Hukuman terhadapnya dijatuhkan berdasarkan kepada bukti pihak polis.
c. Pendatang asing mulai memasuki ke negara ini sejak zaman penjajah lagi.
d. Program itu adalah untuk meningkatkan lagi prestasi ahli sukan negara.
e. Pihak berkuasa akan menyalahi kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.
f. Pasukan tentera itu digeruni musuh kerana mereka bersenjatakan dengan senjata moden.
iv. Maksud Ayat Kabur
a. Tanpa telefon bimbit, jika kita ditimpa kemalangan pastinya pada waktu itu kita perlu mencari pondok telefon atau terpaksa pergi ke hospital untuk menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan tersebut.
b. Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna yang banyak membantu pengguna yang menghadapi masalah, terutama aduan dan pendapat.
c. Penggunaan telefon bimbit juga pastinya akan menyusahkan jika seseorang itu tidak menggunakan alat tersebut.
6.3.2 KESALAHAN LAIN
i. Bentuk Lewah
kos perbelanjaan khalayak ramai
destinasi yang dituju saling bantu-membantu
saling kasih-mengasihi ramai murid-murid
semua pegawai-pegawai setiap peserta-peserta
ii. Tidak Mematuhi Hukun D – M
lain-lain faktor plastik beg
mini marathon Mah Kedai Jahit
polis inspektor Razak Kedai Gunting
iii. Penggunaan Kata Sendi Nama
selain daripada itu demi untuk
sejak dari di era pembangunan
iv. Kesalahan Penanda Wacana
Hal ini kerana Hal ini demikian
Ini untuk Justeru itu
MENILAI PENGUASAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Kelemahan dalam aspek bahasa menyebabkan pelajar tidak memperoleh markah yang tinggi dalam karangan. Antara kelemahan yang dimaksudkan, termasuklah kegagalan menguasai ayat aktif dan ayat pasif. Baca ringkasan ayat aktif yang berikut dengan teliti. Sila rujuk buku atau nota tentang ayat pasif sekiranya pelajar memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.
|
Catatan:
Ayat Aktif Transitif | Ayat Aktif Tak Transitif Tak Berpelengkap | Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap |
Dia memenangi peraduan itu. (memenangi = kk aktif transitif) (peraduan itu = objek) Selepas kk aktif transitif mesti objek. Ayat tersebut salah sekiranya dimasukkan kata sendi nama. Dia memenangi dalam peraduan itu. ( X) | Adik menangis di dalam bilik. (menangis = kk tak tr tak b) (di dalam bilik = keterangan) Keterangan dalam ayat di atas boleh digugurkan. Ertinya, ayat tersebut masih betul tanpa keterangan. Adik menangis. ( / ) | Mereka tinggal di pedalaman. (tinggal = kk tak tr b) (di pedalaman = keterangan) Keterangan dalam ayat di atas tidak boleh digugurkan. Ayat tersebut tidak gramatis tanpa keterangan. Mereka tinggal. ( X ) |
LATIHAN 1
Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi yang salah. Bagi yang salah, dapatkah anda menyatakan sebab kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut?
BIL | AYAT | ( / )atau (X) |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Mereka memasuki negara ini pada akad ke-16. Mereka masuk ke negara ini pada abad ke-16. Mereka memasuki ke negara ini pada abad ke-16. Peserta itu mengatasi terhadap lawannya dengan mudah. Tindakan itu diambil berdasarkan pada maklumat polis. Razali menasihati kepada anaknya supaya belajar. Penceramah itu menjelaskan tentang masalah pekerjaan. Mereka telah menganggotai dalam pertubuhan itu. Mereka telah menjadi anggota dalam pertubuhan itu. Mereka telah menjadi anggota kepada pertubuhan itu. | |
|
Latihan yang berikut adalah untuk menguji penguasaan anda tentang ayat pasif. Sila baca soalan yang berikut dengan teliti dan tandakan ( / ) bagi binaan ayat pasif yang betul dan ( X ) bagi yang salah. |
LATIHAN 1
BIL | AYAT | ( / )atau (X) |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Rahsia itu terbongkar oleh pihak polis. Salimah tersenyum di ruang tamu rumahnya. Harimau itu tertembak di bahagian belakangnya. Pemain itu terjatuh ketika berlari di padang. Sebahagian daripada bilik itu belum bercat. Anak kambing datuk kesejukan di bawah pokok. Mereka kegemparan apabila terdengar letupan. Kena halau penagih dadah itu oleh penduduk kampung. Mangsa kemalangan itu telah diselamatkan. Dia tergamak untuk mengkhianati sahabat baiknya. | |
LATIHAN 2
BIL | AYAT | ( / )atau (X) |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Perkara itu kami akan bawa ke tengah. Isu kegawatan ekonomi sudah pun mereka bincangkan. Kerenah remaja, kita perlu tangani bersama-sama. Masa depan mereka sukar untuk kami ramalkan. Bangunan itu akan kusewakan kepada orang ramai. Borang permohonan itu akan dihantar kemudian. Akan kukotakan segala janjiku terhadap ibu bapaku Mereka akan kami undang ke majlis perasmian itu nanti. Sudah lama tawaran untuk ke luar negara mereka terima. Tidak mungkin kertas kerja itu dapat beliau siapkan esok. | |
Pelajar yang menguasai ayat pasif tidak menghadapi masalah untuk menjawab semua soalan di atas. Bagi yang masih ragu-ragu, berbincanglah dengan rakan atau guru untuk mengatasi kelemahan anda. Pelajar yang menguasai ayat pasif, bukan sahaja dapat mengelakkan kesalahan membina ayat pasif dalam karangan, rumusan dan alih bentuk teks, tetapi dapat pula menjawab soalan analisis kesalahan bahasa dan soalan objektif (Kertas 1) dengan baik.
Sumber
MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM
oleh
NAWI BIN ISMAIL
SM TEKNIK TERENGGANU
No comments:
Post a Comment