Wednesday, October 26, 2011

Format Memorandum


Panduan buat pelajar SMK Putra Jertih...alahai semua buat format laporan...cg x ajar ke? ish...
Soalan (Memorandum)
     Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja.
     Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya.
(STPM 2006)


               Format memorandum agak asing bagi pelajar kerana format ini tidak dikemukakan dalam peperiksaan SPM. Walaupun format ini ada sedikit persamaannya dengan format laporan, namun pendekatan persembahannya, berbeza. Sila baca contoh yang berikut dengan teliti.



Memorandum

Kepada      :   YB Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Daripada    :   Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
                        Daerah Pekan

Memorandum tentang Rancangan Hiburan
Bersifat Realiti yang Disiarkan melalui Televisyen

1.   Pendahuluan

        Dunia hiburan semakin berkembang di negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, dan lain-lain telah diperkenalkan oleh televisyen tempatan. Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga oleh orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan mejejaskan masa depan orang ramai, khususnya golongan remaja. Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga usul untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2.   Pernyataan Masalah

2.1       Pembaziran Masa

        Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya  panjang. Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti kegemaran mereka. Segelintir mereka, sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut. Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi mereka dalam akademik akan terjejas, sekali gus menggagalkan usaha kita untuk mendidik generasi muda agar menghargai masa. 

2.2   Pembaziran Wang

        Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan ringkas (sms) pula, misalnya dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata membazirkan wang orang ramai. ... (jelaskan isi kedua)...

2.1       Pengaruh Negatif

        Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. ... (jelaskan isi ketiga)...


3.   Usul

3.1   Mengehadkan Rancangan

        Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal ini demikian kerana ...(jelaskan isi keempat)...

3.2   Menghentikan Undian Sms

        Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah dihentikan. Pihak yang berkenaan hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan menggunakan borang undian bagi tujuan tersebut. ...(jelaskan isi kelima)...

3.3   Menyediakan Garis Panduan

        Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis. ...(jelaskan isi keenam)...

4.   Penutup

        Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutama golongan remaja. Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang. Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan berkurangan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan.

                  tt
.........................................                                                                    30 Mei 2009
Abdul Rahim bin Abdullah
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Daerah Pekan.



No comments:

Post a Comment