Sunday, November 27, 2011

Sedikit renungan...Bagaimana Menjaga Kesihatan Otak?

...sambungan Seminar oleh Dr Danial bin Zainal Abidin...saya olah sedikit mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar juga mengikut pemahaman.

1.Peliharalah otak daripada kerosakan dan kecederaan.

2.Jauhi najis dadah.

3. Jauhi arak dan alkohol.

4.Jangan merokok.

5.Berhati-hati dengan TV. Saya cukup terkesan dengan fakta ke 5 ini. Rata-rata remaja mahupun kanak-kanak mahupun bayi zaman ini seolah-olah terikat dengan TV.  Bermula dengan iklan dalam kalangan bayi, dunia kartun bagi kanak-kanak, remaja : melayan siri-siri drama Korea hingga menjadi kewajipan. Dewasa...juga tidak dapat dinafikan leka diulik keasyikan telenovela...Keasyikan menonton TV membantut perkembangan otak. Juga meningkatkan tingkah laku antisosial.

6.Berhati-hati dengan telefon bimbit. Aktiviti sel-sel otak berubah apabila seseorang menelefon selama 50 minit tanpa henti dengan melekapkan telefon ke telinga. Ramai juga yang tidur dengan telefon bimbit mereka kerana fungsi alarm. Jadi elakkan keadaan tersebut.


7.Berhati-hati dengan makanan ringan dan makanan segera dan makanan segera. Ia disebabkan bahan pewarna,pengawet dan perisa yang terdapat dalam makanan tersebut. Bahan-bahan ini menyebabkan gangguan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Fakta ini juga menarik minat saya kerana dunia semakin canggih. Makanan segera kini menjadi pilihan anak-anak remaja. Meraikan sesuatu pasti di restoran makanan segera, seolah-olah makanan segera terlalu istimewa. Makanan ringan dan makanan segera memang ibarat irama dan lagu dalam kehidupan hari ini.


Marilah sama-sama menjaga kesihatan otak. Menjauhi perkara yang merosakkan otak. Sekian.

No comments:

Post a Comment