Alhamdulillah...Tugasan cuti terancang pertama yang saya terima melalui email...Tahniah buat
NOORMAZIAH BINTI MOHAMAD
KELAS:6 KPUB 1
ISU:AMALAN BERBUDI BAHASA
KUNCI:FAEDAH,LANGKAH
TEMA:KESAN
Amalan nilai murni sememangnya perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melatih diri anak-anak untuk berbudi bahasa terhadap orag yang lebih tua daripadanya tidak kira di mana sahaja. (ISI)Ini boleh menyebabkan anak-anak lebih berbudi bahasa dan sekali gus dapat menghayati nilai-nilai murni.Kesan daripada ini (dapat memberi manfaat yang berguna:lewah bahasa kepada anak-anak).(Anak-anak juga perlu diberi galakan bagi memantapkan amalan berbudi bahasa) isi.Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil dalam menjayakan masyarakat yang harmoni dari segi berbudi bahasa dan terdapat banyak faedah yang boleh diambil daripada nilai murni.
(kunci sebaik-baiknya buat 2 ayat)
sila tulis kunci untuk mengapakah (sebab)amalan berbudi bahasa perlu diamalkan terlebih dahulu. Mengikut kehendak soalan.
Teknik Mengembangkan Pendahuluan Karangan
BAHAGIAN PENDAHULUAN 1.Sebut isu secara umum
2.Ulas isu secara ringkas
3.Berikan data atau contoh yang jelas
4.Jangan masukkan isi
5.Nyatakan kehendak soalan
6.Mesti menarik dan berkesan
Sebelum menulis pendahuluan pelajar perlu memahami perkara asas dalam karangan. Sila teliti soalan karangan terlebih dahulu. Biasanya dalam satu-satu karangan calon hanya dikemukakan dengan satu atau dua soalan sahaja. Pelajar perlu mengesan kunci tersebut. Sementara kunci solan yang tidak terdapat dalam soalan akan disebut sebagai tema soalan. Antara tema soalan ialah:
Langkah / cadangan
Punca/ sebab/ faktor
Kesan – sama ada kesan positif atau negatif
Kepentingan
tujuan saya memperkenalkan tema supaya pelajar tidak menggunakan isi dalam pendahuluan mereka. Mereka juga dapat menjimatkan masa mereka.
Sebenarnya banyak teknik untuk memulakan karangan. Teknik tersebut diterima dalam karangan STPM contohnya teknik definisi, sejarah dan lain-lain. Teknik di atas saya dapati sesuai digunakan kepada pelajar saya di SMK Putra Jertih.
No comments:
Post a Comment