Sunday, November 20, 2011

SEMINAR MEMBINA KECERDASAN MINDA MELALUI AL-QURAN & SOLAT

Alhamdulillah  19 November 2011 saya berkesempatan mengikuti seminar oleh Dr Danial bin Zainal Abidin di Dewan Masjid Hadhari Jertih. Syukur si kembarku yang berusia 2 tahun setengah tidak banyak meragam. Meledakkan Potensi Minda Model Ulul Albab adalah tajuk bagi seminar yang amat menarik ini.
Di sini saya ingin kongsikan dgn anak-anak pelajar cara:

MELEDAKKAN POTENSI MINDA

1.Beribadah dan Berzikir. Ketika bersolat otak mengeluarkan gelombang alfa iaitu ketenangan. Tahap yang maksimun ketika hendak sujud dan sujud.

2.Mengutamakan pemakanan yang halal lagi berkhasiat. Makanan yang disebut dalam al-Quran: buah tin, buah zaitun. Madu lebah, tamar-untuk menajamkan ingatan kerana membekalkan oksigen kepada otak.

3.Memakan ikan. Ikan merupakan sumber terbaik utk mendptkan asid lemak omega 3 bagi meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Bagi menguatkan memori atau ingatan serta membantu proses pembelajaran dalam otak.

5.Rajin Bersenam. Bersenam adalah baik untuk otak.


6. Rangsang Minda. Kuncinya dengan rajin membaca. Dalam surah al-Alaq Allah berfirman "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta." Ia menyebabkan otak berkembang dengan pesat sekali. Catur,scrabble, teka silang kata dan lain-lain boleh merangsang minda anda.

7.Tidur yang berkualiti.  Tidur pada waktu mlm  penting untuk kesejahteraan otak.

8. Bergaul dengan masyarakat. Bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik malah sentiasa menghubung silaturahim diberkatti-Nya.

9. Belajar teknik tingkatkan memori. Orang yang ingatannya baik sentiasa mengingati nikmat Allah kepadanya....

No comments:

Post a Comment