Sambil-sambil melayan Euro saya kongsikan sedikit buat anak-anak pelajar Putra.
Pelajar-pelajar sudah didedahkan dengan teknik menulis karangan. Pendahuluan, isi dan kesimpulan sudah selesai...Babak kedua akan menyusul bagi mengesan kemahiran pelajar. Pelajar diharapakan sentiasa bersedia untuk meneroka alam penulisan. Pastikan tugasan anda mengumpul karangan-karangan pelajar sesi 2012 berjaya.
Tugasan tersebut sebagai persediaan anda menulis karangan dengan baik. Biasakan diri membaca sebarang artikel, aspek asas pembinaan karangan. Selepas ini anda akan didedahkan dengan Bahagian B iaitu Pembacaan kritis dan Analitis.
Pembacaan
Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan
pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan
dinilai pada penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini
ialah 24 waktu.
Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30.
Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat :
(a) menerangkan
maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam
teks;
teks;
(b) mengenal pasti
idea dan mesej penulis;
(c) membezakan fakta
dengan pendapat penulis
(d) menyusun dan
mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan
(e) membuat
inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan;
(f) memberikan
pandangan, ulasan, atau kritikan
terhadap kandungan teks;
(g) menggunakan
bahasa yang baik dan berkesan
Kemahiran yang penting :
1. Pengetahuan
bahasa
2. Pengetahuan
latar
Pengetahuan bahasa
membolehkan calon memahami :
1. kandungan teks.
2. Makna
perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Pengetahuan
latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
Sekiranya
calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain) tentang
kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap
teks yang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersirat
Teks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yang terkandung dalam teks tersebut.
Calon seharusnya dapat mengesan :
1. Isu
2. Fokus penulisan
3. Isi utama
4. Isi sokongan
5. Kesimpulan
Calon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan :
1. Fakta
2. Pendapat
3. Bukti
4. Alasan
5. Cadangan
6 Contoh
7. Dll
Seterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon boleh membuat rumusan dan penilaian terhadap kandungan teks tersebut.
Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut :
1. Mengetahui
2. Memahami
3. Menganalisa
4. Merumus
5. Menilai
Berikan ulasan anda tentang
pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda
hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20]
Soalan Contoh MPM
Bahagian B
[30 markah]
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.
Kini, kita menyaksikan bahawa dunia
terus dibelenggu oleh pelbagai polemik.
Antaranya ialah krisis kenaikan harga minyak, krisis kenaikan harga
barangan, dan krisis kekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawa setiap sesuatu
yang berlaku ini merupakan petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung
jalan. Pada hakikatnya, sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan
kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana.
Apabila pertimbangan nafsu melebihi
kepentingan sejagat, bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan
gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang enggan untuk
menandatanganinya atas kepentingan ekonomi. Akibatnya, bumi menjadi semakin
panas dan penderitaan penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin
semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia dengan
melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita penghuni planet ini.
Pembangunan senjata nuklear dan pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan
untuk mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia semakin tidak
aman.
Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas
segala nikmat yang diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber
alam yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut puluhan ribu nyawa
manusia di negara ini belum pernah lagi berlaku. Belum ada daerah yang musnah
seratus peratus akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan
berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun keadaan masih
terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan huru-hara.
Perpaduan dan keharmonian kaum harus
dipertahankan, manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan
bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar perlu
dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran seharusnya
disemai sejak seseorang itu kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus
dilakukan umpama menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan
kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula berusaha untuk
menjaganya.
Kita perlu sedar bahawa bencana alam
tidak mengenal tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,
bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita, sekiranya kita terus leka
dan berbalah serta tuduh-menuduh mengenai punca pemusnahan alam sekitar.
Sudah tiba masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh mengundang
permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama alam terus musnah. Kita perlu
menghargai nilai-nilai kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat
besar kepentingannya kepada kita.
(Disesuaikan
daripada Utusan Malaysia, 14 Mei
2008)
|
5
10
15
20
25
30
|
1 Jelaskan maksud
frasa
(a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris
4 dan 5) [2]
(b) …menjaga biodiversiti yang amat besar
kepentingannya kepada kita (baris 34) [2]
2 Apakah mesej yang mahu disampaikan
oleh penulis melalui petikan di atas? [6]
3
|
“Apabila
pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa.” (baris 7 dan 8)
|
|