Thursday, June 21, 2012

OTI 1 2012

Assalamualaikum...Berakhir sudah peperiksaan OTI 1...Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah pun sudah selesai...Alahai agak lama tidak berkesempatan berkunjung di arena Blog ini...sambil-sambil melayan Euro...peminat Portugal sedang meraikan C.Ronaldo..saya kongsikan pencapaian anak-anak pelajar SMK Putra ini.


RUMUSAN PENCAPAIAN OTI 1 STPM 2012
I)             Rumusan Pencapaian Mata Pelajaran
Secara keseluruhannya, semua kertas mencatatkan keputusan yang tidak memuaskan. Kertas terbaik ialah Kertas Bahasa Melayu1 dengan GPMP tertinggi iaitu 2.55 diikuti oleh Kertas Pengajian Am 1 (1.89) dan Kesusasteraan Melayu Kertas 1(1.93). Kertas Ekonomi 2 mencatatkan nilai GPMP terendah iaitu(1.02) dengan 12 calon gagal diikuti  oleh Kertas Ekonomi 1 (0.97.) Kertas Sastera 2 mencapai (1.94),Kertas Bahasa Melayu 2(1.90),Kertas Geografi 2 (1.02),Kertas Pengajian Am 2 (1.55) dan Kertas Geografi 1 (1.56). Sementara itu,Kertas Sejarah 1 dan 2 masing-masing (1.30) dan (1.32).Bagi pencapaian A  dan A-, Kertas Bahasa Melayu 1 paling ramai iaitu 9 calon,diikuti Kertas Bahasa Melayu 2 iaitu 8 calon.

    Ii)     Rumusan keseluruhan(Kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan yang akan diambil)
Kekuatan-Calon STPM SMK Putra mempunyai potensi untuk mendapat kejayaan yang cemerlang jika langkah dan usaha awal dapat diambil. Setiap guru seharusnya dapat mengesan kelemahan-kelemahan pelajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pasukan STPM merupakan guru-guru yang berpengalaman, jadi guru diharapkan dapat membaiki kelemahan pelajar.Gred Purata Sekolah (GPS) hanyalah 1.86, tetapi jangalah pelajar dan guru-guru cepat patah semangat kerana insya-Allah, jika tindakan segera diambil  dengan memanfaatkan setiap ruang waktu P&P dengan baik, kejayaan cemerlang mampu kita kecapi. Semoga segala tugas yang diamanahkan kepada kita dapat kita laksanakan dengan jujur dan ikhlas. Semoga kita semua akan mendapat ganjaran dan pahala kemudian nanti. Terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment