Thursday, June 21, 2012

Penggal 1 Bahasa Melayu

Minit 90...Portugal 1 Republik Czech 0...amat menarik setiap pemain beraksi dgn baik...ooo....
 Sambil-sambil melayan Euro saya kongsikan sedikit buat anak-anak pelajar Putra.

Pelajar-pelajar sudah didedahkan dengan teknik menulis karangan. Pendahuluan, isi dan kesimpulan sudah selesai...Babak kedua akan menyusul bagi mengesan kemahiran pelajar. Pelajar diharapakan sentiasa bersedia untuk meneroka alam penulisan. Pastikan tugasan anda mengumpul karangan-karangan pelajar sesi 2012 berjaya.
           Tugasan tersebut sebagai persediaan anda menulis karangan dengan baik.  Biasakan diri membaca sebarang artikel, aspek asas pembinaan karangan. Selepas ini anda akan didedahkan dengan Bahagian B  iaitu Pembacaan kritis dan Analitis.


Pembacaan Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan dinilai pada penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini ialah 24 waktu.

Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30.

Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat :
(a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam 
     teks;
(b) mengenal pasti idea dan mesej penulis;
(c) membezakan fakta dengan pendapat penulis
(d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan
(e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan;
(f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan  terhadap kandungan teks;
(g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan

Kemahiran yang penting :
1. Pengetahuan bahasa
2. Pengetahuan latar
Pengetahuan bahasa membolehkan calon memahami :
1. kandungan teks.
2. Makna perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Pengetahuan latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
Sekiranya calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain) tentang kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap teks yang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersirat
  
Teks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yang terkandung dalam teks tersebut. 

Calon seharusnya dapat mengesan :
1. Isu
2. Fokus penulisan
3. Isi utama
4. Isi sokongan
5. Kesimpulan

Calon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan :
1. Fakta
2. Pendapat
3. Bukti
4. Alasan
5. Cadangan
6 Contoh
7. Dll

Seterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon  boleh membuat rumusan dan penilaian terhadap kandungan teks tersebut.
       
Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut :
1. Mengetahui
2. Memahami
3. Menganalisa
4. Merumus
5. Menilai
 Soalan Contoh MPM

 Bahagian B
[30 markah]

 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

      Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelenggu oleh pelbagai polemik.  Antaranya ialah krisis kenaikan harga minyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisis kekurangan bekalan makanan.  Kita seharusnya sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya, sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana.
      Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang enggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi. Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaan penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita penghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear dan pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untuk mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia semakin tidak aman.
      Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alam yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut puluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratus akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun keadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan huru-hara.
      Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan, manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itu kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpama menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula berusaha untuk menjaganya. 
      Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenal tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita, sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduh mengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tiba masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh mengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama alam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilai kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita.
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008)
        



        5




      10 



      15




      20




      25




      30



     
1    Jelaskan maksud frasa
      (a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5)                             [2]
     (b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2]

  Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas?      [6]

3
“Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa.”            (baris 7 dan 8)


Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.                                   [20]


1 comment: