Sebagai saudara seislam kita perlu peka kepada nasib mereka yang menjadi mangsa kekejaman di Palestin. Zionis Semakin Mengganas, Namun umat Islam masih leka, masih diulit keamanan di negara sendiri.
Kita akan dipersoalkan di depan Allah nanti apakah tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita yang berada di sana? Sekurang-kurangnya kita berdoalah untuk mereka.
SABDA NABI "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)." (Muttafaq alaihi)
Ya ALLAH lindungi lah saudara ISLAM yang tak berdosa..Amin Ya ALLAH
Realiti umat yang menyedihkan!
Ramai yang menyangka bahawa isu Palestin hanya
untuk mereka yang beragama ISLAM, namun hakikatnya mereka terlupa bahawa isu ini juga membawa isu KEMANUSIAAN.
Bagi yang beragama Islam, sudah cukupkah kita keluarkan segala kemampuan kita untuk menolong mereka ? Cukupkah hanya dengan sekadar berkata; "kasihan mereka" sambil menopang dagu sehaja?
Bagi yang bukan Islam, di manakah kita meletakkan rasa keperimanusiaan kita ? Adakah mereka bukan makhluk yang bernyawa di mata kita ?
p/s : Serangan demi serangan dihala ke arah bumi suci Palestin tatkala dunia mula dijengah tahun baru 1434 Hijrah. Allahurabbi... Bantulah kami yang lemah ini :'(

Beberapa petikan daripada komen facebook...Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat yang sudah membuka mata, prihatin dengan pergolakkan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment