BIDANG
KAJIAN MORFOLOGI
SISTEM PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU
-
BENTUK KATAProses-proses yang menghasilkan bentuk kata sama ada kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
1. Kata terbitan terhasil melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sispan.
Contoh kata terbitan:Pemakanan, kedutaan, merajakan, pelksanaan, sinambung, gemilang2. Kata majmuk terhasil melalui proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu dan mestilah dieja secara terpisah dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.Contoh kata majmuk:Antarabangsa, tandatangan, olahraga, matahari, pita suara, manis mulut, terima kasih, tengah hari, duit kopi3. Kata ganda terhasil melalui proses menggandakan kata dasar sama ada*penggandaan penuh,contohnya, pulau-pulau, buku- buku, mandi-mandi*penggandaan separa,contohnya lelaki, jejari, rerambut, berlari-lari, kasih- mengasihi*penggandaan berentak- pengulangan vokal – sayur- mayur, tungkus-lumus-pengulangan konsonan – simpang-siur, bolak-balik-pengulangan bebas – anak- pinak, saudara-mara, lintang- pukang
4.Kata tunggalContoh kata tunggal:Makan, duta, raja, laksana, merbahaya, selesema
No comments:
Post a Comment