Mendung Hitam Beralih Jua
Sinopsis
Pak Jusuh mengeluh apabila anaknya Jamilah meminta wang sebanyak RM75.00
untuk membayar yuran SPM, sedangkan pendapatannya sebagai nelayan
tidak seberapa dan hutangnya di kedai Mutusami semakin banyak. Mak
Limah menegur sikap suaminya yang pernah menolak tawaran ke tanah
rancangan. Akan tetapi bagi Pak Jusuh, nasib nelayan juga baik seperti
Haji Dolah yang mempunyai rumah besar dan kereta. Ketika itu Mutusami
datang dan meminta hutang daripada Pak Jusuh. Oleh sebab Pak Jusuh
tidak mempunyai wang, radio miliknya menjadi cagaran.
Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya
untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan kesusahan
hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar hidupnya
boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah
tuk penghulu pada esok hari.
Nilai murni
Nilai murni daripada drama ialah baik hati, contohnya Pak Seman
mempelawa Pak Jusuh ke tanah rancangan agar nasibnya lebioh baik. Selain
itu kerajinan, contohnya Haji Dolah gigih berusaha sebagai nelayan
menyebabkan nasibnya lebih baik berbanding Pak Jusuh. Seterusnya
rasional, contohnya Mutusami tidak berterusan mendesak Pak Jusuh
membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak
Jusuh. Akhir sekali semangat bermasyarakat, contohnya Pak Seman
mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya yang akan mengadakan kenduru
doa selamat
Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah patut merebut peluang yang baik, contoh
yang ditunjukkan oleh Pak Jusuh pada mulanya menolak ke tanah rancangan
janganlah diikuti. Selain itu kita perlu mengamalkan sikap tolak
ansur, contohnya Mutusami tidak lagi mendesak Pak Jusuh membayar hutang
kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Seterusnya
kita wajib mengamalkan sikap bermasyarakat, contohnya Pak Jusuh
menerima undangan Pak Seman untuk ke rumah menantu rakannya itu yang
akan mengadakan majlis kenduri doa selamat. Akhir sekali kita perlu
memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya Jamilah
mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dalam kegiatan pertubuhan
belia di balai raya kampungnya.
No comments:
Post a Comment