Arah ke mana
Sinopsis
Haji Pakir menegur sikap isterinya, Hajah Derisah yang memanjakan
anaknya, Rohani. Bagi Hajah Derisah, anak daranya itu sudah besar dan
tahu menjaga diri. Bagi Haji Pakir, terlalu memanjakan anak buruk
padahnya. Walaupun Rohani sudah berjaya dalam pelajaran, tetapi ilmu
agama perlu diberikan perhatian. Ketika suami isteri bertengkar, Rohani
pulang. Haji Pakir melayan Rohani dengan baik tetapi Rohani bersikap
biadap. Haji Pakir ingin tahu hala tuju Rohani hari itu, tetapi bagi
Rohani ayahnya terlalu mengambil tahu hal peribadinya, malah sikap
ayahnya menyekat kebebasannya dan berfikiran kolot. Haji Pakir
membangkitan pergaualan Rohani yang kerterlaluan. Pertengkaran itu
berakhir dengan Rohani mahu keluar dari rumah itu. Perbuatan Rohani yang
terlibat dalam najis dadah telah menyebabkan dia meninggal dunia. Di
tanah perkuburan, Haji Pakir dan Hajah Derisah mengakui kesilapan yang
dilakukan oleh mereka dalam mendidik anak.
Nilai murni
Nilai murni menerusi drama ialah kasih sayang, contohnya Haji Pakir dan
Hajah Derisah teramat menyayangi anaknya, sebab itu keterlanjuran
anaknya dalam kehidupan telah ditegur oleh bapanya. Selain itu
keinsafan, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah insaf atas kesilapan
mereka dalam mendidik anak sehinggakan anak mereka mati terjebak dalam
najis dadah.
Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah kita perlu menghormati kedua-dua ibu
bapa kita, contoh yang ditunjukkan oleh Rohani yang biadap terhadap ayah
dan ibunya janganlah diikuti. Selain itu setiap ibu bapa hendaklah
mengimbanginya antara akademik dan akhirat dalam mendidik anak, contoh
yang ditunjukkan oleh Haji Pakir dan Hajah Derisah yang mengutamakan
akademik dan kurang menekankan soal akhlak dalam mendidik Rohani
janganlah dicontohi. Akhir sekali kita wajib mengakui ajal maut
ketentuan Allah, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah menerima
ketentuan Ilahi bahawa anaknya sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment