Drama
Surat untuk Ina
Sinopsis
Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama Zalina dengan
lebih lanjut. Jais mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat tanpa
meletakkan nama dan dalam surat itu dinyatakan ingin berkenalan dan
bersahabat. Badar memberitahu agar Zali menyatakan keinginannya
berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan agar meletakkan
surat itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu.
Apabila Zalina muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina.
Zali telah meletakkan surat di dalam meja Zalina. Kini dia sedang
menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba Zalina mengajak Fatimah
bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya jangan mengaku dan
Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu kepada guru.
Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid mengeluarkan
buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil mendapati
tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina
kepadanya. Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak
mengambil tindakan terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan
Zali.
Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah saling memaafkan, contohnya Zalina
memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya kerana dia tidak
mahu memanjang-manjangkan kisah tersebut. Selain itu rasional, contohnya
Cikgu Halil mengambil tindakan yang tepat dengan mengesan tulisan
penulis surat menerusi buku latihan dan karangan. Akhir sekali
kejujuran, contohnya Zali akhirnya mengakui dia yang menulis surat
kepada Zalina.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menyerahkan kepada guru
untuk menyelesaikan masalah berkaitan disiplin, contohnya Zalina
menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil untuk guru itu
mengambil tindakan. Selain itu kita hendaklah memaafkan kesalahan orang
lain, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat
kepadanya. Akhir sekali kita wajar memanfaatkan masa dengan aktiviti
berfaedah, contoh yang ditunjukkan oleh Zali, Jais dan Badar yang suka
berborak kosong janganlah diikuti.
No comments:
Post a Comment