Embah
ialah panggilan bagi nenek atau opah dalam kalangan masyarakat Jawa.
Menerusi karya Haryati Abu Nasir dalam antologi Kasut Kelopak Jantung
ini, embah digambarkan sebagai wanita lanjut usia yang sudah tidak
mengurus diri sendiri, di samping diburu oleh kenangan silam tentang
dirinya yang terpaksa akur dengan segala kehendak suaminya yang begitu
bengis dan panas baran. Ibu mengambil alih tugas menjaga embah daripada
mak cik yang tinggal di Kuala Lumpur apabila suaminya mati mengejut.
Watak dan perwatakan
Embah:
Isteri ketiga datuk, punya lima orang anak. Isteri yang taat, serta
akur akan segala kata-kata suami (datuk). Contohnya, Embah tidak berani
membantah kasut getah sempit pemberian datuk untuk kerja mengutip susu
getah. Akibatnya, jari telunjuk kaki embah menjadi herot dan menenggek
di atas ibu jari. Embah juga terpaksa menahan perasaan sedih kematian
anak kerana ditegah oleh datuk menyebabkan embah trauma hingga ke usia
tua (80 tahun).
Datuk: Berkahwin
tiga kali. Dengan isteri pertama, tiada zuriat, yang kedua empat orang
anak. Kahwin lain hanya setelah isteri yang ada meninggal. Suami dan
ayah yang tegas, bengis dan tidak suka dibantah. Contohnya, apabila
datuk melihat mak cik Rafiah membuat rambut keriting, datuk melontar
parang pendek ke arahnya, tetapi terkena tumit kaki ibu hingga berparut.
Meninggal lebih awal.
Ibu:
Wanita yang tabah, awet muda dan penyayang. Walaupun hanya berpeluang
belajar setakat sekolah rendah (dilarang datuk), ibu bijak menjalankan
perniagaan "parti serbaneka" di kampung-kampung. Jualannya ialah
peralatan dapur, serta cadar dan permaidani dibayar ansuran. Kelihatan
awet muda justeru menurut saranan "aku" (penulis) mengambil makanan
tambahan dan vitamin.
Aku: Penulis cerita (sudut
pandangan pertama). Telah mempunyai anak. Sering menziarahi ibu dan
abah, terutama setelah embah dijaga oleh ibu. Suka mengambil iktibar
daripada trauma yang dialami oleh embah, serta kasih sayang mak cik dan
ibu terhadap embah.
Abah: Sentiasa menyokong
kegiatan ibu. Setelah bersara sebagai guru, menumpukan perhatian
terhadap jemaah surau dan masyarakat kampung.
Mak cik: kakitangan syarikat
telekomunikasi yang sibuk. Menjaga embah selama 20 tahun sebelum
suaminya, fasilitator (pemudah cara) di Institut Aminuddin Baki (tempat
kursus pengurusan sekolah). Mempunyai 4 orang anak.
Perbincangan
Tema: Kasih sayang anak terhadap ibu yang telah banyak berkorban.
Teknik penceritaan: sudut pandangan pertama (menurut kaca mata penulis cerpen)
: imbas kembali (kisah datuk dan embah semasa datuk masih hidup)
(kisah perniagaan ibu dan abah sebelum abah bersara)
Perwatakan: penyayang (ibu, mak cik, aku sangat prihatin terhadap kesihatan dan penderitaan embah)
cekal / gigih (ibu menjalankan perniagaan walaupun tidak mempunyai ilmu perniagaan)
patuh / taat (embah menuruti segala kehendak datuk, tidak pernah membantah walaupun mendatangkan mudarat)
sabar / tabah (embah memendamkan perasaan pilu kehilangan dua orang anak lelaki sekali gus kerana tegahan datuk)
tegas / autoktratik (datuk tidak suka dibantah; cubaan mak cik Rafiah menyembunyikan rambut keriting gagal)
Nilai: kasih sayang, kecekalan, kegigihan, kesabaran, ketabahan, ketegasan
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Kecekalan / kegigihan dalam menghadapi cabaran hidup
Kesabaran / ketabahan dalam menghadapi kerenah ahli keluarga
Ketegasan dalam pegangan / prinsip hidup datuk tidak suka suka dibohongi anak)
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
Kita hendaklah cakal / gigih dalam menghadapi cabaran hidup
Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi kerenah ahli keluarga
Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pegangan / prinsip hidup
Latar tempat: kampung = tempat tinggal embah, datuk, ibu dan aku; lokasi perniagaan ibu
masjid kampung Jelutong = tempat yang selalu dikunjungi datuk
darat / kebun = tempat datuk menoreh getah / embah mengutip susu getah
Kuala Lumpur = lokasi rumah mak cik menjaga embah selama 20 tahun
rumah ibu: bau hancing yang cuba diatasi dengan haruman nyata tidak berjaya
Ringkasan cerita / sinopsis:
No comments:
Post a Comment