Tukang Lama
Sinopsis
Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus di sekolah
Seni Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap kerja-kerja
membina rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk rumah
berkelepak dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib,
hanya membina reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah
selalu meleterinya.
Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan Mamat. Setelah
selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan upah
sebanyak RM 10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina
terhadap kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan
bimbang akan dimarahi oleh isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah
memberitahu ada orang merisik anaknya, Si Timah. Apabila diberitahu
calon menantunya ialah Manas, hati Pak Talib berbunga keriangan.
Nilai Murni
Nilai murni daripada cerpen ialah berdikari, contohnya Pak Talib
meneruskan kerjanya sebagai tikang membina rumah. Selain itu
tanggungjawab, contohnya Pak Talib bertanggungjawab mencari rezeki untuk
keluarganya. Akhir sekali kasih sayang, contohnya Pak Talib dan Mak
Lamah berasa gembira kerana anaknya Si Timah sudah dirisik oleh keluarga
Manas.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu mengikuti perkembangan
semasa untuk dihargai oleh masyarakat, contoh yang ditunjukkan oleh Pak
Talib yang kekal dengan reka bentuk lama dalam pembinaan rumah
janganlah diikuti. Selain itu masyarakat perlu menghargai kerja
berdasarkan kualiti dan masa yang diambil, contohnya yang ditunjukkan
oleh Mamat dengan memberi upah sebanyak RM 10.00 setelah Pak Talib
menyiapkan reban tidak patut dicontohi. Akhir sekali kita hendaklah
bersikap baik dengan orang lain, contohnya walaupun Manas memberikan
persaingan kepada Pak Talib, tetapi dia tidak pernah membenci lelaki
itu.
No comments:
Post a Comment