KELOMPOK DASAR KATA TUGAS
1. Terdapat 17 jenis kata tugas
2. 17 jenis kata tugas tersebut dibahagikan kepada 4 kelompok
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS
1. Kata Penyambung Ayat
2. Kata Praklausa
3. Kata Prafrasa atau Pascafrasa
4. Kata Pascakata
KATA PENYAMBUNG AYAT
01. Kata Hubung Gabungan
02. Kata Hubung Pancangan
KATA PRAKLAUSA
03. Kata Seru
04. Kata Tanya
05. Kata Perintah
06. Kata Pembenar
07. Kata Pangkal Ayat
KATA SERU
DEFINISI
1. Bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
2. Digunakan dalam ayat seruan.
CONTOH AYAT
1. Aduh, sakitnya kepalaku!
2. Cis, terimalah tikamanku!
3. Wah, cantiknya gadis itu!
4. Oh, Tuhanku, temukanlah aku dengan jodohku!
5. Eh, bergaya nampaknya mereka semua!
KATA TANYA
DEFINISI
1. Digunakan untuk menanyakan sesuatu
2. Menggunakan kata tanya bila, mengapa, siapa, dan sebagainya
3. Hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat
CONTOH AYAT
1. Harga barang itu berapa?
2. Mengapakah kau tergamak melukai hatiku?
3. Bagaimanakah hendak menjadi suami yang baik?
4. Bilakah dia akan datang?
5. Kesihatannya sekarang bagaimana?
KATA PEMBENAR
DEFINISI
1. Perkataan untuk mengesahkan sesuatu penyataan.
2. Menggunakan kata ya, benar, betul.
CONTOH AYAT
1. Ya, itulah orangnya.
2. Benar, dialah yang mengumpat awak tadi.
3. Betul, tanyalah dia.
4. Ya, inilah rumah Cikgu Zul.
5. Betul, mereka akan berkahwin bulan depan.
KATA PERINTAH
DEFINISI
1. Menimbulkan sesuatu tindak balas.
2. Berbentuk perintah, larangan, suruhan, permintaan dan silaan.
CONTOH AYAT
1. Jangan ganggu dia lagi.
2. Usah biarkan aku berseorangan.
3. Sila ambil makanan di sana.
4. Jemput masuk!
5. Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin.
KATA PANGKAL AYAT
DEFINISI
1. Hadir di hadapan ayat
2. Menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana
CONTOH AYAT
1. Hatta istana itu pun siaplah.
2. Maka panglima pun diberi persalinan.
3. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
4. Adapun kuda itu dipunyai Tun Umar.
5. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
farihinzul1974.blogspot.com
KATA PRAFRASA DAN PASCAFRASA
08. Kata Bantu
09. Kata Penguat
10. Kata Penegas
11. Kata Nafi
12. Kata Pemeri
13. Kata Sendi Nama
14. Kata Arah
15. Kata Bilangan
Kata Prafrasa & Kata Pascafrasa
.Kata prafasa meliputi:
a)kata bantu
b)kata penguat
c) kata penegas
d)kata nafi
e)kata pemeri
f)kata sendi nama
a)Kata bantu:
- Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
- Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa hadapan (akan dan belum)
- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan
- Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat
b)Kata Penguat
- perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh
- contoh:
i. Pelajar itu sungguh rajin
i. Pelajar itu sungguh rajin
ii. Karangan Anita agak baik
iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.
iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah
keluarganya di kampung
iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.
iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah
keluarganya di kampung
c)Kata Penegas
-sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat. -sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian
-terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
i.yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata
penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah.
ii.yang menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa
predikat atau bahagian-bahagiannya.
iii.Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan
memang.
Contoh:
i. Itulah ibu pejabat persatuan kami
ii. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah
d)Kata Nafi
- Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut.
- Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.
Contoh:
i.Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i.
ii.Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.
e) Kata Pemeri
- unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
- terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contoh:
Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan.
2. Adalah, yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
i. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung
tersebut.
b) Dengan predikat frasa adjektif
ii. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik. f) Kata Sendi Nama
- perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
- contoh:
di, ke, daripada, kepada, dari, pada.
bagi, demi, untuk, tentang, seperti.
umpama, sejak, terhadap, akan, oleh.
hingga, untuk, antara, dengan, dalam.
g) Kata Bilangan
- sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
- contoh:
dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh.
Kata Pascafrasa
- hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.
- terdapat dua subjenis kata pascafrasa, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu:
1. kata penekan - yang memberikan penegasan
contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata
nama.
contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.
1. kata penekan - yang memberikan penegasan
contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata
nama.
contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.
http://katatugas987.blogspot.com/
KATA PASCAKATA
16. Kata Penekan-bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
contoh:sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya
17. Kata Pembenda-bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama.
contoh:ajunya, sakitnya, baiknya
No comments:
Post a Comment