1.4.1
Pengimbuhan
(a) jenis
imbuhan
(i)
imbuhan kata nama
(ii)
imbuhan kata kerja
(iii) imbuhan kata adjektif
(b)
fungsi dan makna imbuhan
(ii) Kata majmuk daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah.
(iii)Kata majmuk yang mendukung
maksud kiasaniaitu simpulan bahasa.
Imbuhan kata nama
Awalan ke-
Kata Akar | Kata Terbitan | Keterangan |
kasih |
kekasih
| Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama) |
lima |
kelima
| Membentuk kata bilangan tingkat |
tiga |
ketiga
| Membentuk kata bilangan himpunan |
tua |
ketua
| Membentuk kata nama |
Awalan pe(N)-
Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam
bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk
bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini
selalunya kata kerja.
Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:
- alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
- orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
- sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
- orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
- orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
- milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
- ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
- hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Varian pe-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r.
Kata Akar
|
Kata Terbitan
|
lawat
|
pelawat
|
lari
|
pelari
|
makan
|
pemakan
|
masak
|
pemasak
|
nafi
|
penafi
|
rokok
|
perokok
|
wangi
|
pewangi
|
Varian pen-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j atau t.
Kata Akar
|
Kata Terbitan
|
curi
|
pencuri
|
cuci
|
pencuci
|
dengar
|
pendengar
|
duduk
|
penduduk
|
jual
|
penjual
|
jemput
|
penjemput
|
tipu
|
penipu
|
tari
|
penari
|
tukar
|
penukar
|
tulis
|
penulis
|
Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal
tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan
hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.
Varian pem-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b',f dan p
Kata Akar
|
Kata Terbitan
|
baca
|
pembaca
|
beri
|
pemberi
|
buat
|
pembuat
|
bantu
|
pembantu
|
beli
|
pembeli
|
pakai
|
pemakai
|
pukul
|
pemukul
|
pasang
|
pemasang
|
punggah
|
pemungah
|
pungut
|
pemungut
|
fitnah
|
pemfitnah
|
Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf
akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata
akar tersebut akan digugurkan.
Varian peny-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.
Kata Akar
|
Kata Terbitan
|
sokong
|
penyokong
|
sembah
|
penyembah
|
sapu
|
penyapu
|
saring
|
penyaring
|
Varian peng-
Imbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.
Kata Akar
|
Kata Terbitan
|
ambil
|
pengambil
|
ajar
|
pengajar
|
gosok
|
penggosok
|
goreng
|
penggoreng
|
hantar
|
penghantar
|
hisap
|
penghisap
|
ikut
|
pengikut
|
isi
|
pengisi
|
ulang
|
pengulang
|
uji
|
penguji
|
Varian penge-
Imbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama.
Kata Akar | Kata Terbitan |
cat
|
pengecat
|
bom
|
pengebom
|
tin
|
pengetin
|
sah
|
pengesah
|
Kesamaran: Imbuhan untuk k
Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan:
Kata Akar
|
Jenis Imbuhan
|
Kata Terbitan
|
kerja
|
pe-
|
pekerja
|
kenal
|
peng-
|
pengenal
|
karang
|
peng-
|
pengarang
|
khayal
|
peng-
|
pengkhayal
|
kritik
|
peng-
|
pengkritik
|
keluar
|
penge-
|
pengeluar
|
kesan
|
penge-
|
pengesan
|
Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal
perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan
menggunakan imbuhan peng-.
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji.
Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan
p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok’
Imbuhan MeN...i
Pembentukan Imbuhan Me N...i.
Imbuhan Me N...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang tertentu.
Kata Dasar Imbuhan Me N...i
Pagar Memagari = Meletakkan sesuatu
(kata Nama) sebagai pagar
Pukul Memukuli = Melakukan perbuatan
(kata kerja) berkali = kali pada objek
Duduk = Menduduki Melakukan perbuatan
(kata kerja) pada objek
Kirim = Mengirimi Menyebabkan objek
(kata kerja) menerima sesuatu
http://www.tatabahasastpm.com
Contoh
1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.
2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.
3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.
Analisis
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung.
Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan
oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) ‘bapa’ sebagai objek tepat
menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.
Maksud Imbuhan Me N...i
Secara umum, imbuhan apitan Me N...i, menunjukkan maksud objek tepat
menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima
daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi.
Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat.
Contoh
1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.
2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.
3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.
4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.
Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan Me N...i dengan
ayat-ayat yang menerima apitan Me N...kan s eperti yang telah
dibincangkan.
Terdapat juga apitan Me N...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas objek tepat.
Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan
berulang kali. Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya
menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara, rakannya
menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan.
Perbezaan Makna Dalam Imbuhan Me N...kan dan
Imbuhan Me N...i
Imbuhan Me N...i
Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut,
pelajar akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara
kedua-dua imbuhan itu.
Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini
menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek
tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang
lebih jelas.
Contoh
1. Amin melontarkansepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi )
2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.
(objek tepat) (objek sipi)
3. Amin membacakan adiknyabuku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
4. Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Ulasan ringkas
Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata
kerja) tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan
objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan melontarkan menunjukkan maksud sepotong kayu sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan melontari menunjukkan maksud lembu itu sebagai objek, menjadi penerima perbuatan melontari. Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan Me N...kan
, maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk
perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu
mengangkat lembu itu dan melontarkannya.
Rumusan
Kekeliruan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar dari segi
pembentukan kedua-dua apitan tersebut disebabkan para pelajar kurang
memahami maksud perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek
tepat dan objek sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti imbuhan
apitan Me N...kan dan Me N...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat.
Imbuhan MeN...kan
Pembentukan Imbuhan Me N...kan
Imbuhan Me N...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada
kata dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata.
Penggunaan golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu
apabila menerima imbuhan Me N...kan .
Maksud Kata Dasar Imbuhan Me N...kan
Buku (kata nama) Membukukan = Menjadikan buku
Darat (kata nama) Mendaratkan = Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan = Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan = Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan = Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan = Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan = Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan = Menjadikan dua
Contoh ;
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Britisih.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.
Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan Me N...kan menunjukkan maksud bahawa
objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh
perbuatan iaitu kena ‘jatuhkan’, kena ‘duakan’, kena ‘bukukan’ kena
‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.
Maksud Dalam Imbuhan Me N...kan
Secara umum, imbuhan apitan Me N...kan menunjukkan dua maksud yang kerap menimbulkakn kekelirukan.
i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas
objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan
perbuatan ke atas objek sipi
Contoh
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan sepotong kayu (objek tepat) untuk melakukan perbuatan ke atas lembu itu (objek sipi).
Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas.
Contoh
1. Petani itu memagarkan kawat berduri di ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.
ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan ‘untuk’ objek tepat
Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain
iaitu pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi
merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.
Contoh
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya
bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang
dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan
Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti dalam ayat berikut:
Contoh
Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi )
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Contoh
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)
No comments:
Post a Comment