Thursday, August 28, 2014

CUIT-CUIT USTAZ KAY 3

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 3 Zulkaedah 1435H. SALAHKAH AKU MENCINTAIMU...

Terdapat banyak ayat-ayat suci Al Quran Al-Karim yang menganjurkan kita untuk mencintai tanah air atau Negara kita. Bahkan Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa kepada Allah untuk memberkati negeri yang didiaminya. Kerana pastinya tiada kenikmatan jika tanah air yang didiami rosak dan penuh kacau-bilau. Firman Allah : "Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman sentosa.." (QS Al-Baqarah : 126)

PENCERAHAN :
Nabi sentiasa mencintai negeri atau negara yang didiami Baginda. Sebab jika Negara kita rosak, kita juga yang akan menderita. Apa hebatnya jika negara kita sungainya tercemar hingga airnya tak dapat diminum dan udaranya kotor sehingga menyesakkan...

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا أُخْرِجَ مِنْ مَكَّةَ : اِنِّي لَأُخْرَجُ مِنْكِ وَاِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّكِ أَحَبُّ بِلَادِ اللهِ اِلَيْهِ وَأَكْرَمُهُ عَلَى اللهِ وَلَوْلَا أَنَّ أَهْلَكَ أَخْرَجُوْنِي مِنْكِ مَا خَرَجْتُ مِنْكِ

Dari Ibnu Abbas bahawa saat Nabi diusir dari Mekah baginda SAW bersabda: "Sungguh aku diusir darimu (Mekah). Sungguh aku tahu bahawa engkau adalah Negara yang paling dicintai dan dimuliakan oleh Allah. Andai pendudukmu (Kafir Quraisy) tidak mengusirku dari mu, maka aku takkan meninggalkanmu” (Musnad al-Haris, oleh al-Hafidz al-Haitsami)

Dan ketika Nabi pertama sampai di Madinah baginda SAW terus berdoa:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ

“Ya Allah, jadikan kami mencintai Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, atau melebihi cinta kami pada Mekah” (HR: al-Bukhari)

Ka'ab bin 'Iyadh r.a bertanya, "Ya Rasulullah, apabila seorang mencintai kaumnya, apakah itu tergolong fanatisme?" Nabi SAW menjawab, "Tidak, fanatisme (Asabiyah) ialah bila seorang tetap mendukung (membantu) k
aumnya atas suatu kezaliman." (HR : Ahmad)

Apa yang penting kecintaannya pada harta atau tanah air itu adalah kerana Allah. Itulah sebabnya para ulama dan para pejuang zaman dahulu akan sentiasa meneriakkan laungan takbir, Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar sebagai pembakar semangat dan peneguhan niat kerana Allah bukannya sekadar sorakan, Hidup Melayu ! Hidup Melayu atau Merdeka ! Merdeka ! Mauduitkah ! Mauduitkah !

Nabi SAW bersabda; "Orang yang gugur melindungi keselamatan hartanya (termasuk tanah air), mati syahid dan yang membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan dan jiwanya) juga mati syahid. (HR: Ahmad)

TAK SABAR MENUNGGU BUKU 'CUIT-CUIT UST KAY' (CCUK) EDISI PERTAMA TERBITAN KARANGKRAF... PASTIKAN ANDA TIDAK TERLEPAS UNTUK MEMILIKINYA !

Jangan sampai kerana menganggap cinta tanah air / nasionalis itu adalah dusta semuanya, kita akhirnya benci dengan tanah air kita dan merosaknya. Tanahnya dirosak, sungainya dicemari, dibuat peperangan dan sebagainya. Ini tidak benar. Firman Allah SWT ;
"lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu" (QS Al-Fajr : 12)

Allah membinasakan satu negeri, jika memang penduduk negeri tersebut derhaka kepada Allah: "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan penderhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. " (QS Al Israa' : 16)

Sebaliknya Allah tidak akan membinasakan negeri yang penduduknya berbuat kebaikan:
"Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS Hud : 117)

KESIMPULAN :
Nasionalisme tidak ada dalilnya, ataukah kita tidak tahu dalilnya? Jadi cinta tanah air ada dalilnya atau kita tidak tahu dalilnya? Wallahu a'lam - "Aku Cinta Pada Mu Malaysia Kerana Allah". Ukay's

No comments:

Post a Comment