Thursday, August 28, 2014

CUIT-CUIT USTAZ KAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Rabu, 1 Zulkaedah 1435H. BERDAMPINGLAH DENGAN KU WAHAI..

Berdamping dengan ulama' dan orang soleh adalah suatu perkara yang perlu kita tekankan dalam kehidupan kita seharian. Orang soleh akan menjadi cermin bagi diri kita. Beruntunglah sesiapa yang bersama mereka, rugilah bagi yang menjauhi mereka dan celakalah bagi yang memusuhi mereka.

PENCERAHAN :
Di akhirat kelak, amalan berdamping dengan ulama' dan orang soleh ini ada nilainya di sisi Allah, sekalipun di dunia dahulunya, seseorang itu tidak pernah berdamping dengan ulama' atau orang soleh, melainkan hanya sekali sahaja dalam satu majlis makan, ia tetap dikira bernilai di sisi Allah. Antara hikmahnya ialah mendapat syafaat daripada mereka.

Jesteru, apakah kita di dunia ini memilih untuk mendampingi atau menjauhi ulama' ini? Marilah kita renung sejenak dan kenali golongan yang diizinkan Allah untuk memberi syafaat kepada kita. Mudah-mudahan kita akan berusaha mendampingi mereka dan amalan mereka. Antara golongan yang diizinkan Allah untuk memberikan syafaat ialah :

1. Para Nabi dan yang paling utama adalah Nabi Muhammad SAW.

2. Para malaikat. Berdasarkan firman Allah;

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُم مِّنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ

“Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (QS. Al-Anbiya : 28)

3. Orang Siddiqin dan yang mati Syahid. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi SAW bersabda ; "… Tidaklah seseorang memberikan syafaat lebih banyak dari pemberian syafaat Nabimu, kemudian para malaikat lalu orang-orang yang mati syahid." (HR : Tirmidzi, Hakim yang disahihkan oleh Baihaqi)

4. Orang soleh yang berbuat baik kepada manusia. Dalam syarah An-Nawawi, mengatakan bahawa syafaat orang beriman adalah bagi orang yang masuk neraka. Lalu Allah memerintahkan orang yang layak memberikan syafaat agar mengeluarkan mereka darinya atau kepada orang yang seharusnya ke neraka setelah orang itu berada dibarisan yang sedia dihumban ke neraka.

5. Para penghafaz Al-Quran. Saidina Ali r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa yang membaca Al-Quran, menghafalkannya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah akan memasukkannya ke syurga dan dia boleh memberikan syafaat kepada 10 anggota keluarganya yang kesemuanya sepatutnya masuk neraka.” (HR : At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

6. Anak-anak kecil yang meninggal dunia yang belum sampai usia baligh atau taklif. Nabi SAW Bersabda; ”Bahawa pada hari Kiamat nanti anak-anak kecil akan berdiri lalu dikatakan kepada mereka,"Masuklah ke syurga." Maka mereka mengatakan,"(Saya akan masuk) sehingga ayah-ayah kami masuk (juga) ke syurga. Dikatakan kepada mereka; "Masuklah kalian dan bapak-bapak kalian ke syurga.” (HR : Muslim dan An-Nasa'i)

ANDA TERLEPAS CCUK YANG LEPAS? DAPATKAN 'CCUK EDISI BUKU' TERBITAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA... TIDAK LAMA LAGI !

Kata Imam Jaafar as-Siddiq r.a : "...Barang siapa memasuki tempat-tempat yang biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan. Barang siapa bergaul dengan ulama', dia akan dimuliakan. Dan barang siapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat".

KESIMPULAN :
Tika dan saat ini Ust Kay sedang bersama barisan para alim ulama' dari kalangan Jurulatih Utama (J.U) Guru Mursyid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS). Rasa 'sejuuuk je' bila dapat duduk bersama mereka terutama di bilik aircond dan minum air sirap ais pagi-pagi ni... Wallahu a'lam - Makan ulam bersama ulama' di atas tikar sulam. Ukay's

No comments:

Post a Comment