Tuesday, August 5, 2014
Dari Facebook ustaz Syaari Ab Rahman
Jika benar 'tulen' perjuangan kita membela Gaza, kita akan 'memasuki' Gaza dari Malaysia melalui salah satu dari 5 pintu berikut :
1. Membelek mana-mana kita TAFSIR ayat-ayat mengenai karenah Bani Israel atau Yahudi sejak dari zaman Nabi Musa alahissalam hingga ke era Rasulullah. Percaya bahawa sejarah sedang berulang. Kemudian sebarkan kefahaman itu.
2. Membelek mana-mana fakta SEJARAH mengenai bagaimana pembukaan Masjidil Aqsa dilakukan Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi atau bagaimana kronologi berdarah menapaknya Yahudi dalam misi mengisraelkan Palestin. Kemudian sebarkan kefahaman itu.
3. Membelek mana-mana HADIS sahih akhir zaman khususnya mengenai Dajjal, Yahudi 'Asbahan', peperangan besar 'Gharqad' dan seumpama dengannya. Sebarkan kefahaman itu.
4. Menyumbang secara diam dan senyap WANG RINGGIT kepada badan-badan bukan kerajaan yang boleh menyampaikan secara terus dan telus kepada Gaza.
5. Menghalakan peluru DOA Qunut Nazilah secara diam dan senyap di atas tikar sejadah setiap kali selesai menunaikan solat Fardhu.
Dibimbangi jika tanpa SALAH SATU dari 5 kayu ukur diatas, apa yang kita buat sangat bermusim dan bergantung pada 'mood' orang lain.
Orang demo, kita demo.
Orang boikot, kita boikot.
Orang 'like', kita 'like'.
Orang 'share' video, kita 'share'.
Orang 'selfie' dengan bendera Palestin, kita pun 'selfie'.
Masjidil Aqsa memerlukan mereka yang benar-benar TULEN dan IKHLAS berjuang untuknya.
Mungkin kerana itulah sengaja Allah ketengahkan dua kali perkataan HAMBA di dalam surah Al-Isra' sebagai senjata kemenangan ke atas 'kerosakan kedua' bakal dicipta Israel Zionisme.
Ya Muslim, Ya ABDALLAH, Haza Yahudiyyun Khalfi Fata'ala Faqtuluhu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment