Wednesday, August 6, 2014
PERTANDINGAN YANG KEJAM
3 orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yg pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua matanya dan darah keluar dari hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpaling menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, “Akulah orang yang PALING KEJAM!”
Tidak diterima, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, memperkosanya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati seraya berkata sambil membusungkan dada “Tidak ada siapa yang lebih KEJAM daripada aku!"
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab:
“AKULAH YANG PALING KEJAM... Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah ADIK aku...”
SIAPA PEREMPUAN ITU ?
Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah cerminan diri Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.
Berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu saja yang mampu kita buat.
Mahukah kita jadi sekejam lelaki ketiga........???
Mudah-mudahan dengan artikel ini lebih ramai umat Islam yang akan sedar dari tidur lenanya.
Bersatu demi Islam, bantulah semampu yang kita miliki. Bersama-sama muhasabah diri dan berfikir tentang penderitaan di Gaza.
ﺍﺳﺘﻐﻔﺮﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻆﻴﻢ.,
Semoga Allah mengampuni kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment