Sunday, November 27, 2011

Sedikit renungan...Bagaimana Menjaga Kesihatan Otak?

...sambungan Seminar oleh Dr Danial bin Zainal Abidin...saya olah sedikit mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar juga mengikut pemahaman.

1.Peliharalah otak daripada kerosakan dan kecederaan.

2.Jauhi najis dadah.

3. Jauhi arak dan alkohol.

4.Jangan merokok.

5.Berhati-hati dengan TV. Saya cukup terkesan dengan fakta ke 5 ini. Rata-rata remaja mahupun kanak-kanak mahupun bayi zaman ini seolah-olah terikat dengan TV.  Bermula dengan iklan dalam kalangan bayi, dunia kartun bagi kanak-kanak, remaja : melayan siri-siri drama Korea hingga menjadi kewajipan. Dewasa...juga tidak dapat dinafikan leka diulik keasyikan telenovela...Keasyikan menonton TV membantut perkembangan otak. Juga meningkatkan tingkah laku antisosial.

6.Berhati-hati dengan telefon bimbit. Aktiviti sel-sel otak berubah apabila seseorang menelefon selama 50 minit tanpa henti dengan melekapkan telefon ke telinga. Ramai juga yang tidur dengan telefon bimbit mereka kerana fungsi alarm. Jadi elakkan keadaan tersebut.


7.Berhati-hati dengan makanan ringan dan makanan segera dan makanan segera. Ia disebabkan bahan pewarna,pengawet dan perisa yang terdapat dalam makanan tersebut. Bahan-bahan ini menyebabkan gangguan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Fakta ini juga menarik minat saya kerana dunia semakin canggih. Makanan segera kini menjadi pilihan anak-anak remaja. Meraikan sesuatu pasti di restoran makanan segera, seolah-olah makanan segera terlalu istimewa. Makanan ringan dan makanan segera memang ibarat irama dan lagu dalam kehidupan hari ini.


Marilah sama-sama menjaga kesihatan otak. Menjauhi perkara yang merosakkan otak. Sekian.

Tahniah buat NOORMAZIAH BINTI MOHAMAD

 Alhamdulillah...Tugasan cuti terancang pertama yang saya terima  melalui email...Tahniah buat

NOORMAZIAH BINTI MOHAMAD
KELAS:6 KPUB 1

Nilai murni seperti berbudi bahasa perlu ada dalam diri seseorang kerana amalan berbudi bahasa akan melahirkan masyarakat yang harmoni.Pada pandangan anda,mengapakah amalan barbudi bahasa perlu diamalkan?Cadangkan juga langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat
 
ISU:AMALAN BERBUDI BAHASA
KUNCI:FAEDAH,LANGKAH
TEMA:KESAN

    Amalan nilai murni sememangnya perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melatih diri anak-anak untuk berbudi bahasa terhadap orag yang lebih tua daripadanya tidak kira di mana sahaja. (ISI)Ini boleh menyebabkan anak-anak lebih berbudi bahasa dan sekali gus dapat menghayati nilai-nilai murni.Kesan daripada ini (dapat memberi  manfaat yang berguna:lewah bahasa kepada anak-anak).(Anak-anak juga perlu diberi galakan bagi memantapkan amalan berbudi bahasa) isi.Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil dalam menjayakan masyarakat yang harmoni dari segi berbudi bahasa dan terdapat banyak faedah yang boleh diambil daripada nilai murni.

(kunci sebaik-baiknya buat 2 ayat) 
sila tulis kunci untuk mengapakah (sebab)amalan berbudi bahasa perlu diamalkan terlebih dahulu. Mengikut kehendak soalan.

 
Teknik Mengembangkan Pendahuluan Karangan
BAHAGIAN PENDAHULUAN
1.Sebut   isu secara umum
2.Ulas isu secara ringkas
3.Berikan data atau contoh yang jelas
4.Jangan masukkan isi
5.Nyatakan kehendak soalan
6.Mesti menarik dan berkesan
 
Sebelum menulis pendahuluan pelajar perlu memahami perkara asas dalam karangan. Sila teliti soalan karangan terlebih dahulu. Biasanya dalam satu-satu karangan calon hanya dikemukakan dengan satu atau dua soalan sahaja. Pelajar perlu mengesan kunci tersebut. Sementara kunci solan yang tidak terdapat dalam soalan akan disebut sebagai tema soalan. Antara tema soalan ialah:
Langkah / cadangan
Punca/ sebab/ faktor
Kesan – sama ada kesan positif atau negatif
Kepentingan
 tujuan saya memperkenalkan tema supaya pelajar tidak menggunakan isi dalam pendahuluan mereka. Mereka juga dapat menjimatkan masa mereka. 

Sebenarnya banyak teknik untuk memulakan karangan. Teknik tersebut diterima dalam karangan STPM contohnya teknik definisi, sejarah dan lain-lain. Teknik  di atas saya dapati sesuai digunakan kepada pelajar saya di SMK Putra Jertih.  

Sunday, November 20, 2011

SEMINAR MEMBINA KECERDASAN MINDA MELALUI AL-QURAN & SOLAT

Alhamdulillah  19 November 2011 saya berkesempatan mengikuti seminar oleh Dr Danial bin Zainal Abidin di Dewan Masjid Hadhari Jertih. Syukur si kembarku yang berusia 2 tahun setengah tidak banyak meragam. Meledakkan Potensi Minda Model Ulul Albab adalah tajuk bagi seminar yang amat menarik ini.
Di sini saya ingin kongsikan dgn anak-anak pelajar cara:

MELEDAKKAN POTENSI MINDA

1.Beribadah dan Berzikir. Ketika bersolat otak mengeluarkan gelombang alfa iaitu ketenangan. Tahap yang maksimun ketika hendak sujud dan sujud.

2.Mengutamakan pemakanan yang halal lagi berkhasiat. Makanan yang disebut dalam al-Quran: buah tin, buah zaitun. Madu lebah, tamar-untuk menajamkan ingatan kerana membekalkan oksigen kepada otak.

3.Memakan ikan. Ikan merupakan sumber terbaik utk mendptkan asid lemak omega 3 bagi meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Bagi menguatkan memori atau ingatan serta membantu proses pembelajaran dalam otak.

5.Rajin Bersenam. Bersenam adalah baik untuk otak.


6. Rangsang Minda. Kuncinya dengan rajin membaca. Dalam surah al-Alaq Allah berfirman "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta." Ia menyebabkan otak berkembang dengan pesat sekali. Catur,scrabble, teka silang kata dan lain-lain boleh merangsang minda anda.

7.Tidur yang berkualiti.  Tidur pada waktu mlm  penting untuk kesejahteraan otak.

8. Bergaul dengan masyarakat. Bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik malah sentiasa menghubung silaturahim diberkatti-Nya.

9. Belajar teknik tingkatkan memori. Orang yang ingatannya baik sentiasa mengingati nikmat Allah kepadanya....

STPM sudah bermula...

Detik itu telah tiba, hari ini bermulalah perjuangan calon-calon STPM seluruh Malaysia...
Selamat berjuang untuk calon2 stpm....doa cgu mengiringi perjuangan kalian...
Hari pertama peperiksaan STPM, Pengajian Am Kertas 2, buatlah yang terbaik....
Tanggal 23hb November..tibalah saat kalian menjawab kertas Bahasa Melayu2....seterusnya...sehinggalah kertas terakhir 14 Disember Bahasa Melayu 1. 
....SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANAK-ANAK MURIDKU YA ALLAH. PERMUDAHKANLAH MEREKA DALAM URUSANNYA. LANCARKAN MEREKA MENJAWAB PEPERIKSAAN.TENANGKAN HATI MEREKA. INSYA-ALLAH KEJAYAAN MILIK KALIAN...

Sunday, November 13, 2011

Jamuan Akhir Tahun 4 Ibnu Hawkal 2011

cikgu nasarudin...

Add caption


study betul2....

jejeaka macho...Rahmat

pelajar-pelajar yang rajin...

tetamu


K

Tuesday, November 1, 2011

Tugasan Musim Cuti...

Assalamualaikum buat anak-anak didikku pelajar  6 Bawah 2011/12....Musim cuti bakal menjelang. Cuti kalian yang ingin meneruskan perjuangan di SMK Putra menjelang tahun baru ini bakal terisi dengan sedikit tugasan. Berikut tugasan yang bakal menanti kalian:
1. Sila siapkan hanya sebuah sahaja karangan yang dibekalkan. Kalian boleh pilih tajuk yang kalian suka...daripada 8 tajuk karangan yang disediakan. Bestkan!!! satu jerr....Karangan tersebut sebaik-baiknya ditaip dan emailkan: alamat sitizunaidamustapha@gmail.com. 
susah sangat nak email...nak taip...saya hanya terima yang bertaip dan email sahaja.

             *SILA EMAILKAN TUGASAN SEBELUM  1 JANUARI 2011..*

 .....................................      dah siap tugasan 1....lihat tugasan 2.......................................................
2. Sila sediakan karangan dalam bentuk power point seperti yang kalian selalu lihat semasa sesi P&P :
   kandungan power point : 1.    Tajuk Karangan,

                                         2.     Kunci Karangan Anda
                                         3.     1  Pendahuluan lengkap- 1 ayat 1 slide (jangan kedekut slide)
                                         4.     2  Isi Lengkap
                                         5.     Kesimpulan
                                         6.     Nama jangan lupa...
                                         7.     Awas!!! semua karangan pastikan yang original. " jangan tiru maksudnya..."

Power point kalian mesti menarik..Jelas... tulisan yang sesuai...jangan menyakitkan mata dan hati audien.

3. Jawab semua bahagian B,C dan D.  Bahagian B,C dan D perlu dihantar pada hari pertama persekolahan.


4. Selamat Bercuti.