KESALAHAN IMBUHAN
Pelajar akan mendapati dalam aspek ini lazimnya kesalahan dapat dikategorikan kepada 2 aspek, iaitu:
1.Tidak menggunakan imbuhan
Sebahagian besar ayat dalam bahasa Melayu terbentuk dengan frasa kerja. Dalam frasa kerja, kata kerja ialah kata utama. Banyak ayat yang salah terbina kerana kata kerjanya tidak diberi imbuhan.
Contohnya:
Salah | Betul |
Mereka jalan kaki ke sekolah | Mereka berjalan kaki ke sekolah |
Dia hendak beli buku itu | Dia hendak membeli buku iitu |
Ali senyum kepada saya | Ali tersenyum kepada saya |
2.Menggunakan imbuhan yang salah
Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis imbuhan, masing-masing dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Satu bentuk kesalahan yang kerap berlaku ialah menggunakan imbuhan yang salah.
Contohnya:
Ayat | Analisis | Pembetulan |
...rekaan kenderaan itu mengkagumkan... | ‘Mengkagumkan’ terhasil melalui proses pengimbuhan apitan meN-...-kan dengan kata dasar kagum. Dalam bahasa Melayu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k dan s mengalami proses pengimbuhan apitan meN-...-kan atau awalan meN-... maka huruf awal pada kata dasar itu hendaklah digugurkan. | ...rekaan kenderaan itu mengagumkan |
...doktor tidak dapat mempastikan... |
3. Awalan menge-
Awalan menge- ialah variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan-perkataan satu suku kata. Kesalahan berlaku apabila awalan meng- dan tidak menge- digunakan
Contohnya:
Salah | Analisis | Betul |
Mengsahkan | Kata ’mengsahkan’ terhasil daripada proses pengimbuhan apitan meN-...-kan dengan kata dasar ’syor’. Perkataan syor ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata. Bagi perkataan ini sekiranya menerima apitan tersebut hendaklah disisipkan vokal e | Mengesahkan |
Mengbom | Mengebom | |
Menghadkan | Mengehadkan | |
Mengcat | Mengecat |
4. Perbezaan antara apitan pen-...an dengan apitan per-...an
Terdapat perbezaan yang nyata antara perkataan yang menerima apitan tersebut. Kedua-duanya ada yang hanya dapat menerima salah satu. Kesalahan berlaku apabila pilihan salah satu ini tidak tepat.
Contohnya:
Salah | Betul | |
Perlantikan | Pelantikan | |
Perlaksanaan | Pelaksanaan | |
Pelumbaan | Perlumbaan | |
Pejuangan | Perjuangan |