Sunday, November 18, 2012

PROSA TRADISONAL:BUDI SEORANG BAPA ANGKAT

Prosa Tradisional
Budi Baik Seorang Bapa Angkat
 
            Kemangkatan Tuanku Si helang Laut dan permaisurinya di Bandar Mengkalih menyebabkan anaknya Awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjang. Kemudian Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Awang dapat membaca hingga khatam pada malam ketujuh. Seterusnya Awang Awang Sulung diajar belajar ilmu bahasa akal dan bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya. 
            Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh bapa saudara yang memeliharanya, Datuk Batin Alam. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang. Setelah sembuh daripada khatan, tukang mengasah gigi di panggil ke istana. Baja kayu disapukan ke gigi Awang Sulung menjadikan sesiapa yang terpandang wajah Awang Sulung akan terpikat. 
Nilai
            Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Datuk Batin Alam amat mengasihi anak saudaranya Awang Sulung Merah Muda menyebabkan perhatian dan segala ilmu diberikan kepada kanak-kanak itu. Selain itu tanggungjawab, contohnya Datuk Batin Alam memberikan pendidikan hal berkaitan dunia dan akhirat kepada Awang Sulung Merah Muda. Akhir sekali ketaatan, contohnya Awang Sulung Merah Muda taat kepada arahan bapa saudaranya kerana dia mengetahui tindakan bapa saudaranya untuk kebaikannya juga. 
Pengajaran
            Pengajaran yang diperolehi ialah kita perlu bertanggungjawab terhadap saudara yang terdekat, contohnya Datuk Batin Alam mengambil keputusan memelihara Awang Sulung Merah Muda setelah kedua-dua orang tua kanak-kanak itu meninggal dunia. Selain itu kita hendaklah memberikan ilmu yang secukupnya kepada anak-anak, contohnya Datuk Batin Alam memberikan ilmu dalm hal berkaitan dunia dan akhirat  kepada anak angkatnya, Awang Sulung Merah Muda. Akhir sekali seorang anak perlu patuh kepada kedua-dua orang tua, contohnya Awang Sulung Merah Muda patuh setiap arahan dan nasihat bapa angkatnya, Datuk Batin Alam

PROSA TRADISIONAL:TAJUL MULUK T1

Prosa Tradisional

Taju’l Muluk

                Raja Zainu’l Muluk yang memerintah Syarqastan dalam keadaan gering. Menurut nujum, penyakit baginda akan sembuh sekiranya memperoleh bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga bakawali, kecuali Taju’l Muluk. Sudah lama merantau, putera baginda tidak juga kembali kerana termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati, yang pandai bermain catur menyebabkan Taju’l Muluk pergi mencari.
                Taju’l Muluk bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya. Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju’l Muluk terpaksa mengaku seorang perempuan tua sebagai neneknya. Menurut nenek itu, kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur kerana memelihara seekor kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera diisyaratkan kepada kucing, kemudian kucing akan menggoyangkan kepalanya, lalu padamlah pelita itu. Ketika itulah tikus akan keluar mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda dapat mengalahkan berates-ratus orang raja.
                Apabila mengetahui akan rahsia itu, Taju’l Muluk membeli seekor musang dan dajar anak musang itu. Apabila dia memetik tangan, keluarlah musang itu. Dengan menggunakan kuda dan memakai pakaian lengkap, Taju’l Muluk pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati. Puteri Jenuh Hati melayan kedatangan Taju’l Muluk dengan baik. Kemudian Taju’l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur. Dalam pusingan pertama, Taju’l Muluk kalah. Ketika pusingan kedua, Puteri Jenuh Hati hamper kalah, lalu baginda member isyarat   kepada kucing, menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju’l Muluk kemudian member isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenuh Hati tidak dapat menipu, baginda kalah teruk di tangan Taju’l Muluk.
                Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju’l Muluk membuat pertaruhan dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya, jika dia kalah, baginda boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya baginda yang kalah, dia akan mengambil semula harta yang tinggal milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada Taju’l Muluk. Dia kemudian menceritakan tujuan dia datang ke mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju’l Muluk dibebaskan.
                Menurut cerita Puteri Jenuh Hati, Bakawali merupakan anak raja yang besar kerajaannya. Di dalam taman piteri itu terdapat sebuah kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang dicari Taju’l Muluk selama ini. Untuk mencari kekuatan, Taju’l Muluk menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Dengan semangat yang kuat, Taju’l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya Taju’l Muluk menemui raksasa dan dia terpaksa berbaik-baik dengan raksasa tersebut. Dengan bantuan raksasa, jin telah membawa Taju’l Muluk terbang menemui Dewi Hamalah. Taju’l Muluk menunjukkan surat yang ditulis oleh raksasa. Apabila jin itu pulang, Dewi Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.
Nilai
Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Taju’l Muluk kasih akan ayahandanya menyebabkan dia pergi merantau untuk mendapatkan bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat disembuhkan. Seterusnya baik hati, contohnya perempuan tua yang dianggap penghulu mahligai Puteri Jenuh Hati telah melayan Taju’l Muluk dengan baik dan menganggap Taju’l Muluk seperti cucunya sendiri. Akhir sekali keberanian, contohnya Taju’l Muluk seorang yang berani, antaranya sanggup berhadapan dengan raksasa.

Pengajaran

Pengajaran daripada petikan ialah kita perlulah berkorban terhadap darah daging sendiri, contohnya Taju’l Muluk sanggup menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan saudaranya yang diculik Puteri Jenuh Hati dapat dibebaskan dan ayahandanya yang gering dapat disembuhkan. Seterusnya kita hendaklah jujur dalam setiap tindakan, contohnya yang ditunjukkan oleh Puteri Jenuh Hati yang menggunakan tipu muslihat untuk menang dalam permainan catur janganlah diikuti. Akhir sekali kita sewajarnya bijak menggunakan akal ketika menghadapi kecemasan, contohnya Taju’l Muluk menggunakan tipu muslihat apabila berhadapan dengan raksasa yang sebesar gunung yang mahu memakannya. 

maklumat daripada :
http://sekolah.mmu.edu.my/smkadeputra/latihan_komsas.htm

KOMSAS:KIAN KITA LUPA

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

ZULFAZLAN JUMRAH
PBMP, UPM SERDANG
Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

Maksud
Rangkap 1:
Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila hidup dalam kemewahan.

Rangkap 2:Manusia semakin lupa akan menderitaan dan kesusahan generasi terdahulu apabila perasaan sombong dan bangga memenuhi dada pada zaman moden ini.

Rangkap 3:
Manusia sentiasa lupa akan keseksaan hukuman yang bakal diterima di negara apabila lalai menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam fana ini.

Rangkap 4:Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atau sudah terlanjur kata mahupun keterlaluan dari segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan sudah menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.

TemaSikap lupa diri dalam kalangan manusia pada waktu senang sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti.

Persoalan1. Kekayaan yang mengabui mata manusia
2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu
3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan keseksaan hukuman di neraka
4. Penyesalan yang terlewat
5. Kekesalan hidup akibat perbuatan diri
6. Kesalahan tutur kata da sikap yang menyusahkan diri

Gaya Bahasa
1. Inversi ( pembalikan kata)
Bukti: Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa
2. Sinkof (penggunaan singkatan kata)
Bukti: kita hanya tak lupa
3. Pengulangan kata
Bukti: Kian kita lupa (diulang pada rangkap 1 hingga rangkap 3)

4. Paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi)
Bukti: bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

* bahagia dan gembira ialah unsur positif
*derita dan duka ialah unsur negatif

5. Simbol (unsur perlambangan)
Bukti: pada azab dan seksa di sana
*di sana bermaksud di neraka atau alam selepas kematian

6. Penggunaan bahasa Arab
Bukti: Azab, kurnia

7. Asonansi ( pengulangan huruf vokal)
Bukti: bila Tuhan melimpahkan kurnia*dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 5 kali

8. Aliterasi
Bukti: pada derita moyang dahulu kala
*dalam baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 3 kali

Nilai Murni1. Mengenang jasa
Bukti: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya harta benda

2. Menghargai budi
Bukti: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

3. Patuh akan ajaran agama
Bukti: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

4. Hemah tinggi
Bukti: Pengarang meminta manusia menjada maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

5. Kesederhanaan
Bukti: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

6. Keinsafan
Bukti: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.
Pengajaran

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul.
2. Kita haruslah mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai bahang api neraka.
4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7. Janganlah kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan-Nya.
8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

KOMSAS:PUISI ASAP

SAJAK ASAP

[Penulis: Maya Iza Azizan]

MAKSUD Rangkap 1:
Penyajak mempersoalkan asap beracun yang menyakitkan matanya sehingga menyebabkan matanya berair tanpa sebab.

Rangkap 2:
Asap yang semakin luas tersebar menyebabkan penyajak mengalami masalah pernafasan.

Rangkap 3:
Asap telah meragut nyawa berjuta-juta manusia tanpa belas kasihan.

Rangkap 4:
Bahang asap mampu memusnahkan segala-galanya tanpa adanya api.

TEMA
 Kesan pencemaran udara kepada manusia.

PERSOALAN
• Masalah pencemaran udara yang semakin berleluasa.

• Pencemaran udara menjejaskan kesihatan manusia.

• Pencemaran udara menyebabkan kematian manusia.

• Pencemaran udara menyebabkan pemanasan global.

NADA - Marah

BENTUK
 • Bebas.
• Terdiri daripada 4 rangkap.
• Rangkap pertama mempunyai 5 baris, rangkap kedua 5 baris, rangkap ketiga dan rangkap keempat mempunyai 6 baris.
• Bilangan katanya 1-4 patah kata sebaris.
• Terdiri daripada 2-11 suku kata sebaris.
• Rima akhir bagi:
Rangkap pertama: abccd
Rangkap kedua : abcde
Rangkap ketiga : abcdec
Rangkap keempat: abcdee

GAYA BAHASA
• Asonansi
  Semakin lama semakin membesar (pengulangan vokal a)

• Aliterasi
  Hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n)

• Personifikasi
Hanya satu jantungku ini; telah kaurampas

• Inversi
Hanya satu jantungku ini

• Sinkope
  Mu, kau, ku

• Repetisi
     Asap

• Retoris (luahan perasaan dalam bentuk soalan)
  Mengapakah
  Bisamu
  Memedihkan mataku
  Menangis – tanpa sebab?

• Paradoks:
  Dan aku tenggelam lemas
      tanpa airnya?

NILAI
• Mencintai alam sekitar
• Prihatin
• Bersyukur
* Kesedaran

PENGAJARAN
• Jangalah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahayakan kesihatan semua pihak.
• Kita haruslah sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap.
• Kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam.

Sumber : Blog Cikgu Tan

KOMSAS:MENDUNG HITAM BERALIH JUA

Mendung Hitam Beralih Jua
Sinopsis
Pak Jusuh mengeluh apabila anaknya Jamilah meminta wang sebanyak RM75.00 untuk membayar yuran SPM, sedangkan pendapatannya sebagai nelayan tidak seberapa dan hutangnya di kedai Mutusami semakin  banyak. Mak Limah menegur sikap suaminya yang pernah menolak tawaran ke tanah rancangan. Akan tetapi bagi Pak Jusuh, nasib nelayan juga baik seperti Haji Dolah yang mempunyai rumah besar dan kereta. Ketika itu Mutusami datang dan meminta hutang daripada Pak Jusuh. Oleh sebab Pak Jusuh tidak mempunyai wang, radio miliknya menjadi cagaran.

Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan kesusahan hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar hidupnya boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah tuk penghulu pada esok hari.

Nilai murni
Nilai murni daripada drama ialah baik hati, contohnya Pak Seman mempelawa Pak Jusuh ke tanah rancangan agar nasibnya lebioh baik. Selain itu kerajinan, contohnya Haji Dolah gigih berusaha sebagai nelayan menyebabkan nasibnya lebih baik berbanding Pak Jusuh. Seterusnya rasional, contohnya Mutusami tidak berterusan mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Akhir sekali semangat bermasyarakat, contohnya Pak Seman mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya yang akan mengadakan kenduru doa selamat

Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah patut merebut peluang yang baik, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Jusuh pada mulanya menolak ke tanah rancangan janganlah diikuti. Selain itu kita perlu mengamalkan sikap tolak ansur, contohnya Mutusami tidak lagi mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Seterusnya kita wajib mengamalkan sikap bermasyarakat, contohnya Pak Jusuh menerima undangan Pak Seman untuk ke rumah menantu rakannya itu yang akan mengadakan majlis kenduri doa selamat. Akhir sekali kita perlu memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya Jamilah mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dalam kegiatan pertubuhan belia di balai raya kampungnya.

KOMSAS:DRAMA ARAH KE MANA

Arah ke mana
Sinopsis
Haji Pakir menegur sikap isterinya, Hajah Derisah yang memanjakan anaknya, Rohani. Bagi Hajah Derisah, anak daranya itu sudah besar dan tahu menjaga diri. Bagi Haji Pakir, terlalu memanjakan anak buruk padahnya. Walaupun Rohani sudah berjaya dalam pelajaran, tetapi ilmu agama perlu diberikan perhatian. Ketika suami isteri bertengkar, Rohani pulang. Haji Pakir melayan Rohani dengan baik tetapi Rohani bersikap biadap. Haji Pakir ingin tahu hala tuju Rohani hari itu, tetapi bagi Rohani ayahnya terlalu mengambil tahu hal peribadinya, malah sikap ayahnya menyekat kebebasannya dan berfikiran kolot. Haji Pakir membangkitan pergaualan Rohani yang kerterlaluan. Pertengkaran itu berakhir dengan Rohani mahu keluar dari rumah itu. Perbuatan Rohani yang terlibat dalam najis dadah telah menyebabkan dia meninggal dunia. Di tanah perkuburan, Haji Pakir dan Hajah Derisah mengakui kesilapan yang dilakukan oleh mereka dalam mendidik anak.

Nilai murni
Nilai murni menerusi drama ialah kasih sayang, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah teramat menyayangi anaknya, sebab itu keterlanjuran anaknya dalam kehidupan telah ditegur oleh bapanya. Selain itu keinsafan, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah insaf atas kesilapan mereka dalam mendidik anak sehinggakan anak mereka mati terjebak dalam najis dadah.

Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita, contoh yang ditunjukkan oleh Rohani yang biadap terhadap ayah dan ibunya janganlah diikuti. Selain itu setiap ibu bapa hendaklah mengimbanginya antara akademik dan akhirat dalam mendidik anak, contoh yang ditunjukkan oleh Haji Pakir dan Hajah Derisah yang mengutamakan akademik dan kurang menekankan soal akhlak dalam mendidik Rohani janganlah dicontohi. Akhir sekali kita wajib mengakui ajal maut ketentuan Allah, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah menerima ketentuan Ilahi bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

KOMSAS:DRAMA SURAT UNTUK INA

Drama
Surat untuk Ina
Sinopsis

Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama Zalina dengan  lebih lanjut. Jais mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat tanpa meletakkan nama dan dalam surat itu dinyatakan ingin berkenalan dan bersahabat. Badar memberitahu agar Zali menyatakan keinginannya berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan agar meletakkan surat itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu. Apabila Zalina muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina.

Zali telah meletakkan  surat di dalam meja Zalina. Kini dia sedang menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba Zalina mengajak Fatimah bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya jangan mengaku dan Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu kepada guru.

Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid mengeluarkan buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil mendapati tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina kepadanya. Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak mengambil tindakan terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan Zali.

Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah saling memaafkan, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya kerana dia tidak mahu memanjang-manjangkan kisah tersebut. Selain itu rasional, contohnya Cikgu Halil mengambil tindakan yang tepat dengan mengesan tulisan penulis surat menerusi buku latihan dan karangan. Akhir sekali kejujuran, contohnya Zali akhirnya mengakui dia yang menulis surat kepada Zalina.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menyerahkan kepada guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan disiplin, contohnya Zalina menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil untuk guru itu mengambil tindakan. Selain itu kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya. Akhir sekali kita wajar memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah, contoh yang ditunjukkan oleh Zali, Jais dan Badar yang suka berborak kosong janganlah diikuti.

KUPASAN KOMSAS TINGKATAN 1:SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN

Sepucuk surat daripada kawan
Sinopsis

Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis  dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima jam.

Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya.

Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.

Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah baik hati, contohnya penulis melayan Abe dengan baik ketika Abe tinggal bersama-samanya. Selain itu berdikari, contohnya Abe tinggal bersama penulis, sedangkan keluarganya berada di Kelantan. Akhir sekali memanfaatkan waktu, contohnya sejak kedatangan Abe, penulis lebih banyak mengulang kaji pelajaran dan ke perpustakaan, tidak lagi bersama Zul dan Fadli.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menghargai kunjungan rakan lama, contohnya penulis berbesar hati dan melayan dengan baik kedatangan Abe dari Kelantan. Selain itu kita hendaklah bersikap terus terang, contoh yang ditunjukkan oleh Abe yang merahsiakan penyakitnya membuatkan penulis tertanya-tanya janganlah diikuti. Akhir sekali kita wajar membantu orang yang dalam kesusahan, contohnya penulis membawa Abe pulang ke rumah apabila Abe mengadu sakit.

KUPASAN KOMSAS TINGKATAN 1:TUKANG LAMA

Tukang Lama
Sinopsis

Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus di sekolah Seni Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap kerja-kerja membina rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk rumah berkelepak dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib, hanya membina reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah selalu meleterinya.

Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan Mamat. Setelah selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan upah sebanyak RM 10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina terhadap kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang akan dimarahi oleh isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah memberitahu ada orang merisik anaknya, Si Timah. Apabila diberitahu calon menantunya ialah Manas, hati Pak Talib berbunga keriangan.

Nilai Murni
Nilai murni daripada cerpen ialah berdikari, contohnya Pak Talib meneruskan kerjanya sebagai tikang membina rumah. Selain itu tanggungjawab, contohnya Pak Talib bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarganya. Akhir sekali kasih sayang, contohnya Pak Talib dan Mak Lamah berasa gembira kerana anaknya Si Timah sudah dirisik oleh keluarga Manas.

Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu mengikuti perkembangan semasa untuk dihargai oleh masyarakat, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Talib yang kekal dengan reka bentuk lama dalam pembinaan rumah janganlah diikuti. Selain itu masyarakat perlu menghargai kerja berdasarkan kualiti dan masa yang diambil, contohnya yang ditunjukkan oleh Mamat dengan memberi upah sebanyak RM 10.00 setelah Pak Talib menyiapkan reban tidak patut dicontohi. Akhir sekali kita hendaklah bersikap baik dengan orang lain, contohnya walaupun Manas memberikan persaingan kepada Pak Talib, tetapi dia tidak pernah membenci lelaki itu.

KUPASAN CERPEN TRAUMA EMBAH

Embah ialah panggilan bagi nenek atau opah dalam kalangan masyarakat Jawa. Menerusi karya Haryati Abu Nasir dalam antologi Kasut Kelopak Jantung ini, embah digambarkan sebagai wanita lanjut usia yang sudah tidak mengurus diri sendiri, di samping diburu oleh kenangan silam tentang dirinya yang terpaksa akur dengan segala kehendak suaminya yang begitu bengis dan panas baran. Ibu mengambil alih tugas menjaga embah daripada mak cik yang tinggal di Kuala Lumpur apabila suaminya mati mengejut.

Watak dan perwatakan

Embah: Isteri ketiga datuk, punya lima orang anak. Isteri yang taat, serta akur akan segala kata-kata suami (datuk). Contohnya, Embah tidak berani membantah kasut getah sempit pemberian datuk untuk kerja mengutip susu getah. Akibatnya, jari telunjuk kaki embah menjadi herot dan menenggek di atas ibu jari. Embah juga terpaksa menahan perasaan sedih kematian anak kerana ditegah oleh datuk menyebabkan embah trauma hingga ke usia tua (80 tahun).

Datuk: Berkahwin tiga kali. Dengan isteri pertama, tiada zuriat, yang kedua empat orang anak. Kahwin lain hanya setelah isteri yang ada meninggal. Suami dan ayah yang tegas, bengis dan tidak suka dibantah. Contohnya, apabila datuk melihat mak cik Rafiah membuat rambut keriting, datuk melontar parang pendek ke arahnya, tetapi terkena tumit kaki ibu hingga berparut. Meninggal lebih awal.

Ibu: Wanita yang tabah, awet muda dan penyayang. Walaupun hanya berpeluang belajar setakat sekolah rendah (dilarang datuk), ibu bijak menjalankan perniagaan "parti serbaneka" di kampung-kampung. Jualannya ialah peralatan dapur, serta cadar dan permaidani dibayar ansuran. Kelihatan awet muda justeru menurut saranan "aku" (penulis) mengambil makanan tambahan dan vitamin.

Aku: Penulis cerita (sudut pandangan pertama). Telah mempunyai anak. Sering menziarahi ibu dan abah, terutama setelah embah dijaga oleh ibu. Suka mengambil iktibar daripada trauma yang dialami oleh embah, serta kasih sayang mak cik dan ibu terhadap embah.

Abah: Sentiasa menyokong kegiatan ibu. Setelah bersara sebagai guru, menumpukan perhatian terhadap jemaah surau dan masyarakat kampung.

Mak cik:  kakitangan syarikat telekomunikasi yang sibuk. Menjaga embah selama 20 tahun sebelum suaminya, fasilitator (pemudah cara) di Institut Aminuddin Baki (tempat kursus pengurusan sekolah). Mempunyai 4 orang anak.

Perbincangan

Tema:  Kasih sayang anak terhadap ibu yang telah banyak berkorban.

Teknik penceritaan: sudut pandangan pertama (menurut kaca mata penulis cerpen)
                             :  imbas kembali (kisah datuk dan embah semasa datuk masih hidup)
                                                      (kisah perniagaan ibu dan abah sebelum abah bersara)

Perwatakanpenyayang (ibu, mak cik, aku sangat prihatin terhadap kesihatan dan penderitaan embah)
                     cekal / gigih (ibu menjalankan perniagaan walaupun tidak mempunyai ilmu perniagaan)
                     patuh / taat (embah menuruti segala kehendak datuk, tidak pernah membantah walaupun mendatangkan mudarat)
                     sabar / tabah (embah memendamkan perasaan pilu kehilangan dua orang anak lelaki sekali gus kerana tegahan datuk)
                     tegas / autoktratik (datuk tidak suka dibantah; cubaan mak cik Rafiah menyembunyikan rambut keriting gagal)

Nilai: kasih sayang, kecekalan, kegigihan, kesabaran, ketabahan, ketegasan

Persoalan:  Kasih sayang sesama keluarga
                  Kecekalan / kegigihan dalam menghadapi cabaran hidup
                  Kesabaran / ketabahan dalam menghadapi kerenah ahli keluarga
                  Ketegasan dalam pegangan / prinsip hidup datuk tidak suka suka dibohongi anak)

Pengajaran:  Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
                    Kita hendaklah cakal / gigih dalam menghadapi cabaran hidup
                    Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi kerenah ahli keluarga
                    Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pegangan / prinsip hidup

Latar tempat:  kampung = tempat tinggal embah, datuk, ibu dan aku; lokasi perniagaan ibu
                      masjid kampung Jelutong = tempat yang selalu dikunjungi datuk
                      darat / kebun = tempat datuk menoreh getah / embah mengutip susu getah
                      Kuala Lumpur = lokasi rumah mak cik menjaga embah selama 20 tahun
                      rumah ibu: bau hancing yang cuba diatasi dengan haruman nyata tidak berjaya

Ringkasan cerita / sinopsis:

Cerpen mengisahkan kasih sayang ibu yang mengambil alih tugas menjaga embah yang sering taruma daripada mak cik di Kuala Lumpur. Ibu hanya berpendidikan sekolah rendah, tetapi pandai berniaga dengan sokongan abah, seorang guru. Ibu sangat memahami trauma embah yang terpaksa bertahan dengan kerenah datuk yang bengis dan garang sehingga tidak berani meluahkan perasaan yang terbuku. Ibu sanggup menjaga embah yang makin uzur setelah terkena serangan jantung dan sedikit nyanyuk. "Aku" pila sering mengunjungi rumah ibu untuk menjenguk embah. Peranan abang sulung ibu, Mak Cik Rufiah (kakak ibu) dan adik perempuan bongsu ibu tidak jelas. Abah pula sentiasa di sisi ibu. 

NOVEL BUKAN DUNIAKU

SINOPSIS

NOVEL: BUKAN DUNIAKU

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.
Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.
Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.
Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang menemani Halim ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.

ULASAN BAB

BAB 1: MENCARI SESUAP NASI

Halim bekerja sebagai pencuci kereta. Dia tekun mencuci kereta para pelanggannya.Setiap hari dia perlu melakukan tugas itu. Setelah selesai mencuci kereta, Halim tersangkal dipangkal pokok untuk melepaskan penat. Seorang lelaki berjeket hitam dan bertubuh gempal datang menghampiri Halim. Halim menyerahkan semua wang hasil kerjanya kepada lelaki itu. Halim memanggil lelaki itu Abang Joe.
Abang Joe pemeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta. Abang Joe banyak menpunyai kawan yang sanggup memerhatikan remaja-remaja ini bekerja. Kawan-kawan Abang Joe akan memukul dan mencederakan mereka yang ingkar atau mencuba melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh Abang Joe. Halim juga pernah dipukul dan diseksa kerana mencuba melarikan diri suatu ketika dahulu.
Halim berjalan ke gerai yang berhampiran untuk membeli makanan. Kemudian, Halim kembali ke pokok itu semula. Halim makan perlahan-lahan. Dalam pada itu, dia termenung mengenangkan nasibnya. Halim dicengkam rasa kesal kerana bertindak terburu-buru. Oleh sebab terlalu mengikut kata hati,akhirnya Halim menjadi hamba kepada seorang lelaki yang tidak berhati perut.

BAB 2: DIGANGGU RINDU

Selepas meletakkan beberapa bungkus makanan di atas meja, Abang Joe keluar dari pondok itu. Halim tahu bahawaAbang Joe keluar untuk mengedarkan dadah. Perkara itu terbongkar apabila seorang rakanya yang diperdayakan oleh Abang Joe membuka cerita. Menurutnya, Abang Joe merupakan pengedar dadah yang utama yang membekalkan dadah kepada penagih-penagih di sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, Abang Joe tidak pernah sekalipun ditangkap kerana dia begitu pandai menjalankan kerjanya.
Halim mengambil bungkusan makanan yang ditinggalkan oleh Abang Joe. Dia berikan bungkusan makanan itu kepada rakan-rakannya. Selepas tenaga mereka diperas pada waktu siang, di pondok usang itulah Halim dan rakan-rakannya menghabiskan masa pada waktu malam. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan keluar dari pondok itu tanpa kebenaran Abang Joe. Halim berbaring. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Mungkin perasaan rindu dan bersalah membuatkan dia bermimpi begitu. Saleh meminta Halim menceritakan peristiwa yang berlaku sehingga dia terperangkap di pondok itu. Halim terdiam. Dia bimbang kalau-kalau ceritanya nanti membuatkan Saleh berasa tidak selesa denganya. Saleh dapat membaca kegelisahan Halim. Saleh pun memutuskan untuk menceritakan kisahnya dahulu. Saleh berasal dari keluarga yang susah. Ayahnya penores getah dan ibunya pula suri rumah. Saleh mengingati segala peristiwa yang berlaku sehingga dia terperangkap dalam genggaman Abang Joe.

BAB 3: BERKORBAN APA SAHAJA

Ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Saleh rela berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin menberi peluang kepada adik-adiknya belajar.
Saleh meminta izin daripada ayahnya untuk pergi ke Bandar. Dia mahu mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.Pada mulanya, ayah Saleh tidak membenarkan Saleh ke bandar kerana bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa Saleh. Namun begitu, setelah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia akan mencari kawannya, Abu maka ayahnya bersetuju melepaskan Saleh.
Setelah tiba di Kuala Lumpur, Saleh menunggu bas untuk Shah Alam. Ketika itulah Saleh didatangi oleh Abang Joe. Abang Joe bersungguh-sungguh ingin membantu Saleh. Abang Joe berjaya memujuk Saleh supaya tinggal bersama-sama denganya. Saleh membatalkan niatnya untuk mencari Abu kerana termakan pujukan Abang Joe yang menawar pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
Akhirnya, Saleh sedar bahawa dia telah diperangkap oleh Abang Joe. Saleh dipukul dan diugut ketika mencuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib menimpa Saleh.

BAB 4: PERKENALAN

Halim Termenung di bawah pokok sambil menunggu kedatangan pelanggan. Ketika Halim asyik melayan perasaan,kelihatan sebuah kereta membelok masuk ke kawasan itu. Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Halim segera mengambil peralatan mencuci kereta. Lelaki itu meminta Halim mencuci keretanya bersih-bersih. Halim mengangguk-angguk sambil melakukan kerjanya.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Halim. Lelaki itu bernama Fariz.Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Faris,remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus-terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu,Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Fariz mempelawa Halim makan di gerai yang berhampiran setelah dia habis mencuci kereta itu nanti.Halim berasa serba salah sama ada hendak menerima atau menolak pelawa Fariz. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

BAB 5: BERKONGSI CERITA

Faris berusaha mengajak Halim makan di gerai dan sedikit curiga dengan ketakutan Halim. Halim tidak mampu menolak. Dalam pertemuan singkat, Halim merasakan Fariz seorang lelaki yang baik.Namun, dia masih takut untuk berterus-terang. Sebelum beredar, Fariz menyerahkan duit tambahan kepada Halim sebagai tanda terima kasih. Menjelang petang, van membawa mereka pulang ke pondok. Halim terkejut apabila Abang Joe ingin berjumpanya. Dia mengasyaki mungkin Abang Joe mengetahui pertemuannya dengan Fariz. Saleh bimbang apabila Halim berjumpa Abang Joe di luar pondok.
Rupa-rupanya Abang Joe hanya inginkan duit hasil kerja Halim kerana Abang Joe tidak datang mengutip wang daripada Halim pada hari itu. Abang Joe percaya pada kerja Halim dan terus menyimpan duit itu dalam poketnya. Namun, Abang Joe mengingatkan Halim agar tidak menyusahkannya. Halim masuk semula ke pondok dan Saleh berasa lega apabila Halim tidak diapa-apakan. Mereka bersama berharap agar dapat dibebaskan dan berdoa agar sentiasa sihat. Saleh memujuk Halim mencerita kisahnya. Halim memberitahu dia anak orang berada. Ibu bapanya ahli perniagaan dan dia merupakan anak tunggal.

BAB 6: MENGIKUT KATA HATI

Halim terus mengimbas kembali kisah hidupnya. Sejak akhir-akhir ini, ayah dan ibu Halim sibuk bekerja. Halim mengurung diri di dalam biliknya. Dia berasa hampa kerana ayah dan ibunya masih tidak pulang lagi sedangkan hari itu merupakan hari jadinya yang kelima belas.
Apabila ayah dan ibunya pulang, Halim bertanyakan sama ada mereka ingat akan hari jadinya. Ternyata kedua-dua orang tua Halim terlupa akan hari jadinya. Mereka meminta maaf dan berjanji akan membelikan Halim hadiah esok. Perkara ini benar-benar mengecewakan Halim. Dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, Halim lari dari rumah. Dia menaiki bas untuk sampai ke ibu kota.
Setelah tiba di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki ketika melalui sebuah lorong. Halim telah diselamatkan oleh Abang Joe dan dibawa pulang ke rumahnya. Abang Joe melayan Halim dengan baik. Namun begitu, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.

BAB 7: MENERIMA PELAWAAN

Halim menjalan tugasnya seperti biasa pada hari itu. Sebuah kereta masuk dan muncul Fariz. Halim terkejuk dan setelah bertanya khabar, Halim dimaklumkan Fariz bercuti. Halim mula mengesyaki Fariz konco Abang Joe apabila memberitahu dia bercuti sehingga urusan selesai. Namun, Fariz meyakinkan Halim bahawa dia orang jahat. Fariz masih bertanya tentang Halim kerana kelihatan Halim menyembunyikan sesuatu. Fariz membeli makanan di gerai setelah Halim menolak pelawaannya untuk makan bersama-sama di gerai. Fariz menunggunya di bawah pokok.
Sedang Halim ingin menjamah makanan, Abang Joe menyergahnya. Abang Joe memarahinya kerana tidak menjalankan tugasnya. Fariz yang terkejut akan kekasaran Abang Joe cuba menenangkannya dengan berkata keretanya sedang dicuci oleh Halim agar Abang Joe tidak memarahi Halim. Abang Joe member amaran agar Halim tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Abang Joe bimbang rahsianya terbongkar. Setelah Abang Joe beredar, Fariz mula menyoal Halim. Halim menyatakan bosnya memang garang namun masih enggan berterus terang. Fariz tidak memaksa Halim berterus-terang namun dia sakit hati melihat Halim diperlakukan begitu. Halim meminta maaf daripada Fariz dan Fariz menyatakan akan memberi hadiah kepada Halim pada hari esok.Halim tidak sabar menunggu hari esok.

BAB 8: DIBELASAH ABANG JOE

Setibanya dipondok kediaman, Abang Joe menyuruh semua remaja di dalam van itu turun. Semua kawan Halim turun dari van tersebut kecuali Saleh. Walaupun dimarahi oleh Abang Joe namun Saleh tetap enggan berganjak.
Halim dan Saleh dibawa ke sebuah pondok usang yang lain. Pondok itu dijadikan gudang menyimpan dadah dan ganja. Saleh dibelasah dengan teruk oleh konco-konco Abang Joe ketika dia cuba menghalang Abang Joe daripada mencekik leher Halim. Abang Joe mengugut akan membunuh Halim jika dia masih berhubung dengan orang luar. Konco-konco Abang Joe turut membelasah Halim sehingga dia jatuh pengsan.
Apabila tersedar, Halim mendapati dia sudah berada di pondok tempat tinggalnya. Dia dikelilingi oleh rakan-rakan yang lain. Halim bertanya tentang Saleh kepada mereka. Ternyata Saleh juga berada disitu. Halim bangun lalu memeluk Saleh. Beberapa orang rakan yang lain mengubati luka pada badan Halim Dan Saleh.

BAB 9: BERLAKU KEKECOHAN

Pagi itu, Halim menjalankan tugasnya seperti biasa. Kebiasaannya jam sembilan pagi baru ramai pelanggannya. Dia teringat akan Fariz yang mahu menemuinya hari ini untuk memberi hadiah. Halim risau akan ugutan Abang Joe. Mungkin dia perlu berterus terang. Tiba-tiba,beberapa buah motorsikal memasuki kawasan itu. Mereka merayau-rayau dikawasan itu dan akhirnya meninggalkan motosikal mereka dikawasan itu. Mereka hilang begitu sahaja. Halim hairan pelanggannya tiada pada hari itu.
Tiba-tiba, dia melihat kekecohan berlaku. Dua orang konco Abang Joe dikejar oleh lima orang lelaki yang bermotosikal tadi dan berjaya ditangkap. Halim mengesyaki mereka polis. Apabila ditanya, Halim menyatakan mengenali penjenayah itu. Tiba-tiba kelihatan dua buah kereta tiba.Fariz keluar dari kereta itu. Halim terkejut melihat semua anggota lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim semakin keliru. Fariz memegang bahu Halim.

BAB 10: BEBAS DARIPADA PERANGKAP

Fariz menerangkan kepada Halim identitinya yang sebenar. Dia bukan kerani tetapi pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Fariz memberitahu telah lama dia mengintip Johari atau Abang Joe dan memaklumkan Abang Joe telah ditangkap pagi tadi. Abang Joe merupakan penjenayah yang paling dikehendaki. Halim lega kerana dia akan kembali ke pangkuan keluarganya. Dia mula bertanya tentang rakan-rakannya yang lain. Fariz memaklumkan kesemua mereka berada di balai polis akan diserahkan kepada keluarga masing-masing termasuk Halim. Halim bersetuju menjadi saksi kepada semua jenayah Abang Joe. Sebelum dibawa berjumpa ibu bapanya, Halim diminta menunjukkan tempat simpanan dadah Abang Joe. Halim bersetuju menujukkan tempatnya kerana disitu dia dibawa semalam.
Abang Joe dan konconya menerima hukuman setimpal. Halim kembali kepada keluarganya. Dia menyambung kembali pelajarannya dan tidak lagi mengikut perasaan. Saleh gembira menerima sepucuk surat daripada Halim. Ayah Halim bersetuju membantu Saleh untuk menyambung semula pelajaranya. Mereka sedar dunia mereka bukan disitu dan harus menggunakan akal setiap kali membuat keputusan.

PLOT

Permulaan

Halim merupakan seorang remaja yang bekerja sebagai pencuci kereta dan sebagai orang suruhan Abang Joe. Dia sering merindui keluarga yang ditinggalkannya. Dia berasa menyesal kerana tindakanya lari dari rumah. Oleh sebab terlalu merindui ibu bapanya, dia bermimpi. Saleh,rakan yang senasib dengannya mengejutkannya dari mimpi. Saleh pun bercerita kisahnya yang berasal dari keluarga miskin dan terpaksa berkorban dengan berhenti sekolah demi adiknya yang masih bersekolah. Dia berjanji untuk membantu ibu bapanya mencari rezeki namun ditipu oleh Abang Joe apabila tiba di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan nasib Halim.Halim bercerita dia merupakan anak tunggal orang berada. Namun ibubapanya, membuatkannya tersinggung. Hal ini berlaku apabila ibu bapanya lupa akan hari lahirnya.Halim merajuk dan melarikan diri dari rumah menuju ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur dia diselamatkan oleh Abang Joe daripada dirompak dan ditipu dengan kebaikan Abang Joe.

Perkembangan

Halim berkenalan dengan Fariz yang begitu baik orangnya. Fariz yang begitu baik orangnya. Fariz melayannya dengan baik. Namun, Halim curiga kerana risau mungkin Fariz konco Abang Joe yang ingin mengujinya. Fariz member upah tambahan kepada Halim sebagai tanda terima kasih kerana mencuci keretanya. Keesokannya Fariz datang lagi berjumpa dengannya.Halim menolak apabila di ajak ke gerai makan. Namun Fariz tidak putus asa. Dia membeli makanan dan mengajak Halim makan dibawa pokok. Ketika itu,Abang Joe datang menjerkahnya. Halim dan Fariz terkejut.Namun,dia membela Halim menyatakan keretanya sedang dicuci dan dia mengajak Halim makan kerana dia berasa lapar.

Perumitan

Halim menerima padanya apabila dibelasah oleh Abang Joe dan konco-konconya kerana berbaik dengan Fariz. Saleh juga dibelasah kerana membela Halim.

Klimaks

Kumpulan bermotosikal yang tiba dikawasan Halim mencuci kereta membingungkan Halim. Mereka hilang dan tidak lama kemudian lima orang berjaya menangkap konco-konco Abang Joe. Fariz muncul dan angota polis lain memberi tabik hormat kepada Fariz. Halim tercengang dengan situasi itu.

Peleraian

Fariz menceritakan kepada Halim bahawa dirinya seorang pegawai polis di bahagian narkotik. Mereka sudah lama mengintip kegiatan Johari. Johari berjaya ditahan polis bersama konco-konconya.Halim kembali kepangukuan keluarganya.Bapa Halim berjanji untuk membantu Saleh dari segi kewangan agar Saleh terus bersekolah. Mereka insaf bahawa tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.

TEMA

Novel remaja Bukan Duniaku memaparkan tema yang unik, iaitu penderitaan dan keinsafan remaja yang terperangkap dengan satu sindiket di Kuala Lumpur. Itu pokok persoalan yang dapat dikesan daripada keseluruhan cerita novel tersebut. Idea tadi amat dominan dalam novel tersebut bermula dari peringkat awal hinggalah pengakhiran cerita.
Penderitaan remaja yang dijadikan mangsa sindiket akibat bertindak terburu-buru. Halim dan saleh menjadi mangsa sindiket yang menipu remaja yang tiba di ibu kota demi mengaut keuntungan dengan mudah. Mereka dipaksa bekerja sebagai pencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta. Semua wang hasil kerja terpaksa diserahkan kepada Abang Joe iaitu ketua sindiket.
Hal itu merupakan bentuk penderaan dan penderitaan fizikal yang dialami oleh Halim. Penderaan dan penderitaan fizikal yang lebih dahsyat ialah peristiwa Halim dibelasah dalam kejadian berasingan. Kejadian pertama berlaku ketika Halim cuba melarikan diri daripada cengkaman sindiket itu. Halim disepak dan diterajang oleh konco-konco Abang Joe. Kejadian kedua pula berlaku pada waktu petang selepas Halim pulang dari tempat kerja. Dia dibelasah dengan teruk hingga pengsan kerana didapati bercakap dan makan serta minum dengan salah seorang pelanggannya, iaitu Fariz. Rakannya Saleh yang mempertahankannya daripada dicekik oleh Abang Joe turut dibelasah hingga pengsan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Halim

Halim berumur lima belas tahun, berkulit gelap dan masih bersekolah. Dia merupa anak tunggal. Ibu bapanya merupakan orang berada namun terlalu sibuk bekerja. Antara perwatakan Halim ialah membuat keputusan terburu-buru. Contohnya, Halim melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila ibu bapanya terlupa akan hari lahirnya. Seterusnya, menyesal atas perbuatannya yang mengambil keputusan terburu-buru. Contohnya, Halim menyesal dengan keputusan terburu-burunya menyebab dia terperangkap dengan sindiket akibat merajuk dengan ibu bapanya. Selain itu, simpati terhadap orang lain.Contohnya, dia bersimpati dengan nasib Saleh yang hidup dalam kesmiskinan. Di samping itu, suka membantu. Contohnya, Halim berazam untuk membantu Saleh dan akhirnya ayah Halim bersetuju membantu Saleh dari segi kewangan. Halim juga seorang yang mengambil berat akan orang lain. Contohnya, apabila tersedar daripada pengsan, dia segera bertanya tentang Saleh yang teruk dibelasah kerana membelanya. Selanjutnya, bekerja bersungguh- sungguh. Contohnya, dia mengelap kereta sehingga bersih demi kepuasan pelanggan dan Abang Joe berpuas hati dengan pendapatan Halim.

Abang Joe

Berbadan besar dan sangat bangis. Merupakan seorang pengedar dadah dan mempunyai ramai anak buah. Perwatakannya suka memperdaya remaja. Contohnya, Halim dan Saleh terpedaya akan kebaikan Abang Joe yang pada awalnya melayan mereka dengan baik dengan tujuan jahat. Seterusnya, tiada sifat belas kasihan. Contohnya, Halim ditumbuk dan dibelasah apabila terbaik dengan Fariz.Selain itu, seorang yang garang dan bengis. Contohnya, apabila ada remaja yang cuba melarikan diri, mereka akan dibelasah dengan teruk. Disamping itu, suka mengugut. Contohnya Halim akan menerima padah sekiranya dilihat bertemu dengan Fariz.

Fariz

Merupakan seorang pegawai polis di bahagian narkotik jenayah. Perwatakannya ialah bertanggungjawab. Contohnyanya, beliau bertanggungjawab dengan menghapuskan kegiatan jenayah dan menankap penjenayah.Seterusnya, baik hati. Contohnya, sentiasa mengajak Halim keluar makan di gerai dan ingin berbaik dengan Halim. Selain itu, prihatin. Conohnya, Fariz menyatakan Halim patut bersekolah dan bukanya berkerja.

Saleh

Anak penoreh getah dan seorang pelajar yang terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan. Perwatakannya ialah sanggup berkorban. Contohnya, sanggup berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup dan ingin menbantu keluarga serta mahu adiknya terus bersekolah. Seterusnya, rajin.Contohnya sebelum ke sekolah, dia akan menbantu bapanya menoreh. Di samping itu, berani. Buktinya apabila dia tidak mahu turun dari van kerana risau akan Halim yang dipaksa mengikut Abang Joe ke tempat lain, walaupun Halim memaksanya turun tapi dia enggan.

PERSOALAN

Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram. Halim dan rakan-rakanya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco-konco supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakanya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati. Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah kepadanya.

Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain demi kepentigan diri. Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga tempat letak kereta dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka.

Semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah. Fariz bijak menyembunyikan identinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani disebuah syarikat swasta supaya identitinya yang sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan konco-konconya.

Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah. Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.

GAYA BAHASA

Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel adalah hiperpola, contohnya Dia hanya mampu mengukir mimpi itu, namun tidak berdaya mencipta semua itu. (Halaman 6). Contoh lain Hiperbola, Biarlah dia dikurniakan sepasang sayap untuk terbang, pasti dia terbang menghadap ayah dan ibunya.Akan dipohon seribu kemaafan atas kesalahan yang telah dilakukannya selama ini. (Halaman 29). Seterusnya simile, contohnya Dari sebuah rumah besar yang selesa, kini dia terpaksa bersesak-sesak hidup di dalam pondok usang yang tidak ubah seperti kandang kambing. (Halamn 11). Contoh lain,Gambaran itu sangat jelas bagaikan paparan skrin televisyen yang menayangkan kisah hidupnya. (Halaman 18) dan Dia layan kamu macam kamu ini hambanya sahaja. (Halaman 59). Terdapat juga bahasa Arab, contohnya, penggunaan perkataan Allah S.W.T (Halaman 40), assalumualaikum (Halaman 47), waalaikumusalam (Halaman 48) dan astaghfrullahalazim (Halaman 15).Seterusnya, simpulan bahasa Selama ini Halim buta hati kerana tidak tahu menilai kasih sayang ayah dan ibu. (Halaman 29). Seterusnya pepatah, contohnya Benarlah kata pepatah bahawa, ikut rasa binasa, ikut hati mati. (Halaman 77).

LATAR TEMPAT

Tempat cuci kereta-tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia terperangkap oleh Abang Joe.

Bawah pokok-Tempat Halim meletakan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk cuci kereta.

Sebuah lorong di ibu kota-tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota.Di tempat ini Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki.Disini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe yang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun.

Pondok usang-di pondok ini Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan.Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah hidup masing-masing.Mereka saling bercerita tentang peristiwa yang menyebabkan mereka ke Bandar sehingga akhirnya termasuk dalam perangkap dalam perangkap Abang Joe.

Rumah Halim-tempat tinggal Halim sekerluarga.Dirumah ini Halim sering ditemani pengasuhnya,Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluarga bekerja.

Rumah Saleh-tempat tinggal Saleh sekeluarga.Di rumah inilah ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi.Dirumah ini jugalah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia sanggup berhenti sekolah.Malah,Saleh turut memberitahu ayahnya tentang hasratnya yang ingin mencari perekerjaan di bandar demi membela nasib mereka sekeluarga.

Gerai makan-gerai terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta.Di sinilah Fariz membelanjai Halim makan.

Sebuah pondok usang yang lain-Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai tempat menyimpan dadah.di sini jugalah Halim dan Saleh dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana tidak suka Halim berkawan dengan Fariz.

LATAR MASA

Pada Waktu Siang-Setiap hari Halim berkerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.

Pada Waktu Pagi-Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah.

Pada Waktu Malam-Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang terlalu mengikut kata hati. Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinan. Ayah Halim tidak mampu menanggung belanja persekolahan Halim.

Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga. Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke Bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.

Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentigan diri. Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Dia mengugut Halim dan rakan-rakannya supaya bekerja mencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta tanpa memberi sebarang upah kepada mereka.

Masyarat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan Saleh apabila melarikan diri.

Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan.Halim dan Saleh tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah mereka termasuk dalam perangkap Abang Joe.

Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap anak. Ibu bapa Halim terlalu sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap Halim.

Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah. Fariz dan beberapa orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang Joe dan konco-konconya yang menjalankan kegiatan haram seperti mengedardadah dan memeras ugut.

Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihakberkuasa untuk membanteras kegiatan jenayah. Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di makamah.Sebagai akibatnya, kesemua penjanayah terbabit telah dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.

NILAI

Kasih sayang
Contohnya: Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.

Tabah
Contohnya: Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.

Rajin
Contohnya: Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

Bersimpati
Contohnya: Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.

Setia
Contohnya: Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Bijak
Contohnya: Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.

Baik hati
Contohnya: ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.

PENGAJARAN

Kita haruslah sayang akan keluarga kita.
Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.

Janganlah bertindak terburu-buru.
Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.

Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali.
Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak berhati perut.

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terabai.
Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah.

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan.
Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.

Kita haruslah belajar daripada kesilapan.
Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan itu.

Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah, Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang.
Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.

Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras jenayah.
Contohnya, Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah.

Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh

TEKNIK PENCERITAAN

Eksposisi

Pada peringkat ini, pengarang memperkenalkan watak utama dan beberapa watak sampingan kepada pembaca dengan cara yang kreatif.

Contoh yang ada dalam Novel Bukan Duniaku :
Halaman 1 perenggan 2.

Perkembangan

Dalam bahagian perkembangan, konflik yang dihadapi oleh Halim kian rumit
Gabungan konflik pada peringkat perkembangan ini membawa cerita ke bahagian klimaks

Klimaks

Binaan plot pada bahagian klimaks memperlihatkan penangkapan dua rakan Abang Joe di tempat Halim bekerja.

Peleraian

Apabila cerita melepasi klimaks, insiden-insiden yang berikutnya mula memasuki bahagian peleraian.

Semua rahsia sindiket yang diketuai oleh Abang Joe terbongkar dan mereka dibalas dengan hukuman yang setimpal, semua remaja yang menjadi hambanya kini selamat.

Dialog

Dialog ialah perbualan dalam kalangan watak

Halaman 3 perenggan 11.

Pemerian

Pemerian merupakan satu-satunya cara yang memberikan ruang kepada pengarang menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Pengarang seolah-olah campur tangan untuk menggambarkan apa-apa insiden.

Halaman 6 perenggan 4 - 6.

Monolog

Monolog ditakrifkan sebagai bercakap kepada diri sendiri dan suara itu dilafazkan serta kedengaran oleh watak tersebut dan mungkin juga oleh orang lain sekitarnya.

Halaman 6 perenggan 8.

Monolog Dalaman

Monolog dalaman didefinisikan sebagai kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.

Halaman 19 perenggan 6.
Halaman 25 perenggan 8.
Halaman 25 perenggan 6.

Suspens

Suspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan perasaan ingin tahu atau keadaan tertanya-tanya dalam diri pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku seterusnya.

Halaman 60 perenggan 6 - 7.

Imbas Kembali

Imbas kembali merupakan salah satu teknik plot dalam penghasilan karya sastera prosa, khususnya novel, cerpen dan drama.

Halaman 7 perenggan 3.

Diksi

Diksi bermaksud pemilihan kata oleh pengarang ketika menulis sebuah cerita.
Dalam novel bukan duniaku, keseluruhan diisinya berkait rapat dengan kehidupan remaja pada masa kini.

Bahasa Asing

Dalam sebuah novel, penggunaan istilah atau kosa kata bahasa asing bukanlah suatu hal yang luar biasa.

Halaman 4, 6, 15, 17 dan 20.

Ayat Pendek

Ayat pendek bermaksud ayat yang hanya dibarisi oleh beberapa patah kata.

Ayat Panjang

Ayat panjang pula biasa digunakan dalam ayat penyataan untuk memberikan penerangan secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembaca.

Peribahasa

Penggunaan peribahasa dalam sebuah karya, antaranya bertujuan untuk menimbulkan unsur keindahan dan memantapkan penceritaan.

Simile

Simile ialah bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep, dengan objek atau konsep yang lain yang sebenarnya tidak sama.

KUPASAN KOMSAS CERPEN YURAN

CERPEN "YURAN" 

Pengenalan

Amin, anak tunggal Mak Jah menghadapi dilema untuk ke sekolah justeru yuran sekolah dan yuran peperiksaan berjumlah RM60 masih belum mampu dilunaskan. Cikgu Arsad dan pengetua yang langsung tidak menyiasat latar belakang Amin terus mendesak, berserta amaran tersingkir daripada senarai calon peperiksaan. Akhirnya, Amin mengambil keputusan ponteng sekolah, tetapi anehnya, nasibnya berubah walaupun tindakan ponteng sekolah melanggar peraturan sekolah, kerana satu peristiwa... 

Permulaan

Amin berasa sukar untuk bangun pagi, tetapi harus akur dengan Mak Jah. Usai mandi, Amin sekali lagi membangkitkan hal yuran yang mesti dibayar hari itu. Sambil Amin menikmati ubi kayu goreng dan kopi panas, Mak Jah mengatakan percubaan meminjam wang pak Long tidak berhasil kerana mereka juga miskin.

Perkembangan

Di bilik darjah, Amin berhadapan dengan Cikgu Arsad yang memberi kata dua. Pengetua juga berkata demikian, dan Amin hanya mampu mengesat air mata mengenangkan keadaan hidupnya yang susah sesudah Pak Akob, ayahnya tiada lagi. Amin masih berahsia masalahnya daripada Jazid, rakan sekelasnya.

Pergolakan / Konflik

Amin nekad ponteng sekolah, lalu menghala ke pekan. Sedang asyik memerhati pemuda bermain alat video di sebuah pasar raya, Amir dilanggar dari arah sisi menyebabkan buku sekolahnya bertaburan. Setelah menyusunnya kembali, Amin mengejar seorang peragut dan berjaya mengilas tangan pemuda itu. Polis tiba dan Amin diangkut sama ke balai polis. Wanita yang ditolongnya cuba berbual dengan Amin, tetapi Amin berlalu tanpa teringat bahawa beg sekolah ditinggalkan di situ.

Puncak / Klimaks

Amin tiba di rumah tanpa beg sekolah, lalu ditegur oleh Mak Jah menebak Amin telah ponteng. Mak Jah mengingatkan Amin tentang pesanan Pak Akob supaya Amin belajar bersungguh-sungguh bagi membela nasib Mak Jah. Kedua-dua beranak itu menangis. Tidak semena-mena sebuah kereta muncul di laman rumah mereka dan wanita yang ditolongi Amin tadi datang sambil membimbit beg sekolah Amin.

Peleraian

Wanita itu menceritakan duduk peristiwa sebenar, lalu menghulurkan sampul surat (berisi wang tunai) kepada Mak Jah. Kemudian Amin dipanggil, dan tangannya terketar-ketar menerima hadiah berkenaan walaupun disokong oleh Mak Jah. Amin menggenggam sampul surat itu bagaikan menggenggam harapan untuk meneruskan cita-citanya.

Tema

Keberanian / Kejujuran membawa tuah

Perwatakan

Patuh / taat:  Amin tidak membantah suruhan ibunya untuk bangun pagi walaupun masih enak untuk meneruskan tidur.

Budiman / berani / suka menolong:  Amin sanggup menolong seorang mangsa ragut walaupun tindakannya itu mungkin mengundang padah.

Mengenang budi / membalas jasa:  Wanita yang ditolongi Amin menghadiahi Amin wang tunai.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang miskin:  Amin dan Mak Jah tinggal tinggal di pondok buruk di kawasan tanah bersaiz sekangkang kera.

2.  Masyarakat ibu tunggal:  Mak Jah memelihara Amin seorang diri setelah kematian Pak Akob, suaminya.

3.  Masyarakat murid sekolah:  Amin dan Jazid bersekolah dalam tingkatan 3.

4.  Masyarakat yang patuh / taat:  Amin tidak membantah suruhan ibunya untuk bangun pagi walaupun masih enak untuk meneruskan tidur.

5.  Masyarakat yang budiman / berani / suka menolong:  Amin berjaya memberkas peragut semasa ponteng sekolah.

6.  Masyarakat yang mengenang budi / membalas jasa:  Wanita yang ditolongi Amin menghadiahi Amin wang tunai.

Nilai

1   Kepatuhan / ketaatan

2   Budiman / keberanian

3   Budi bahasa

Persoalan

1   Kepatuhan / ketaatan kepada ibu

2   Keberanian mencegah jenayah / membantu mangsa jenayah

3   Budi bahasa sesama masyarakat

Pengajaran

1   Kita hendaklah patuh / taat kepada suruhan ibu bapa

2   Kita hendaklah berani mencegah jenayah / membantu mangsa jenayah

3   Kita hendaklah berbudi bahasa sesama manusia

NOVEL TINGKATAN 1 BUKAN DUNIAKU